21 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Selamat sampai ke back-dated Cabaran Hari ke-29!! Untuk cabaran ni tajuk asal ialah 'Bunga Kegemaran dan Erti Pada Anda' tetapi saya ada sedikit perubahan secara umum iaitu tukar kepada 'Tumbuhan Kegemaran'..
Harap ada Blogger yang sama minat :)

Hari 29 #Cabaran30Hari - Tumbuhan Kegemaran dan Erti pada Anda

 Bercerita tentang bunga atau tumbuhan, saya ni jenis peminat kebanyakkan tumbuhan terutamanya yang eksotik sebab kebanyakkannya segar, semulajadi, unik dan mempunyai erti yang tersendiri. Bagi memenuhi syarat cabaran yang masih tertinggal ni..teruskan juga..

Tumbuhan kegemaran saya ialah Pokok Pudina. Gemar dengan aroma daunnya serta mempunyai khasiat herba yang baik untuk kesihatan. Saya pernah beberapa kali pergi ke Pasar Tani dan beli Daun Pudina. Murah! Satu ikat dalam 50sen-RM2 berbanding dengan Supermarket/Hypermarket yang jual beberapa gram Daun Pudina dah beberapa ringgit.

Antara kegemaran saya menggunakan Daun Pudina ialah membuat Teh + Daun Pudina. Menyegarkan dan relaks.

Posted on Selasa, Oktober 21, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

18 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging,

Baru-baru ni saya selesai outstation di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Sepang. Dekat dengan GoldCoast, Sepang tu (Bukan GoldCoast Australia tu). Sebelum ni kawan pejabat dan pernah berkursus di sini. Saya nak bercerita panjang pasal Pusat Latihan LKIM ni tapi entry kali ni bukan pasal ni. Nak cerita pasal Buah Naga daripada Sepang Selangor ni.

Saya pun kali pertama sampai di Sepang ni. Atas cadangan kawan pejabat untuk beli Buah Naga di sini, maka kami berhenti la buah naga di tepi gerai. Murah! Buah naga yang kecil tu berharga RM10/ 4 Biji, manakala yang besar RM10/ 3 biji! Buah-buahnya di petik.segar dari ladang yang boleh di lihat di tepi jalan. Rasanya manis dan enak berbanding Buah Naga yang saya beli di Serdang berharga RM10/ 3 Biji bersaiz kecil.


Manakala yang dalam botol tu ialah Minuman Enzim Buah Naga. Sedap gak! Rasa manis, masam, sedikit pahit dan berasid. Bagus untuk pencernaan dan merupakan anti-oksida yang tinggi. Bagi yang tak biasa mengambil minuman berasid, jadi mungkin tidak biasa. Saya pun pernah buah Minuman Enzim Buah yang lain. Harga satu botol ialah RM 25/ sekitar 900ml. Agak berbaloi.

Jadi, bagi yang berkunjung ke Sepang, GoldCoast, Malaysia bolehlah singgah di gerai-gerai kecil di tepi jalan dan beli Buah Naga yang murah, manis dan enak ni.

posted from Bloggeroid

Posted on Sabtu, Oktober 18, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

14 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekarang dah masuk Bulan Oktober dan Cabaran 30 Hari masih tertangguh! biasalah Part-Time Blogger, ada sahaja pasang surut Mood. Tinggal beberapa lagi entry untuk di selesaikan. Alhamdulillah.

Hari 28 #Cabaran30Hari - 5 Perkara Bermula "Andainya"

 1. Andainya aku mempunyai kewangan yang mencukupi.
2. Andainya aku mempunyai personaliti yang menarik.
3. Andainya aku mempunyai istiqamah berterusan dalam melakukan perkara yang positif.
4. Andainya rajin update blog.. Okay yang ni menyelit jer.
5. Andainya dapat membina satu rangkaian seluruh dunia.

Cabaran 30 hari yang ringkas.

Posted on Selasa, Oktober 14, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

09 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging!

Kali ini seronok untuk aku berkongsi. Cepat-cepat sertai Give Away 1000 tiket percuma oleh Wet World Shah Alam ini sempenan dengan Malaysia First Halloween Escape!!
Caranya mudah sangat-sangat!
 KLIK SINI UNTUK JOIN
1,000 Halloween Escape admission tickets to give away NOW!
Just follow these simple steps:
1) Like "Wet World Water Parks"
2) Share this post (Make sure your post is to be set to be view by public)
3) PM us your Full Name, I/C No, Contact Number, Email Add
4) AND Wait for the good news

Hurry up and SHARE NOW!!

Cepat-cepat! Sebelum tiket ni habis di menang oleh orang lain!!
Aku dah join dah Give Away ni dah telah menang Satu (1) tiket percuma untuk pergi ke Malaysia 1st Halloween Escape ni!! Sangat-sangat teruja untuk pergi sebab dah lama teringin nak pergi ke ala-ala Halloween Party ni...
Selepas aku share poster campaign, inbox details aku..Kemudian Pihak Wet World Water Parks reply mesej di facebook beserta lampiran Tiket!!
Join la. kita pergi konvoi sama-sama..haha! Tiket ni hanya sah di gunakan pada 10, 11 dan 12hb Oktober Sahaja (iaitu hujung minggu ni). Kalau tak radeem, alamatnya di Give Away pada orang lain la....

Give Away Wet World Water Parks ni tak habis setakat ni sahaja. Bila pengunjung yang akan pergi ke Malaysia 1st Halloween Escape ni, kena lah ambil gambar banyak-banyak, share dan berpeluan untuk mendapat Give Away lagi iaitu 10 Tikets ke Kota Tinggi Waterfalls Resort dan Wet World Batu Pahat Village resort!!

Jadi kepada semua 'netizen', cepat join Give Away Wet World Water Parks (Cuma LIKE! SHARE! WIN!)

Posted on Khamis, Oktober 09, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

08 Oktober 2014


WORDLESS WEDNESDAY

Hari 27 #Cabaran30Hari - Mood Anda Hari ini


 

 

Posted on Rabu, Oktober 08, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Feeling nak update blog dalam flight sekali walaupun secara offline. Sekarang dalam flight Malindo Air dari Sultan Mahmud Airport Kuala Terengganu ke Subang Airport setelah bercuti selama 5 Hari sempena Hari Raya Aidiladha. Flighy sebenar jam 06:30 pm tetapi delay selama 20 minit kerana cuaca mendung sangat di K.Teregganu ni.

Pertama kali naik flight Malindo Air ni. Semasa beli Tiketnya agak murah berbanding Air Asia dan Malaysian Airlines walaupun beli waktu akhir dan tiket bas balik kampung pun dah habis. Cuma nak naiknya di Subang sahaja, jadi agak menjadi masalah sebab saya stay di Putrajaya. Jadi, saya minta tolong kawan hantarkan ke Subang Airport. Belum merasa nak teksi lagi.

Di Subang Airport walaupun tak sebesar KLIA dan lebih kurang Kuala Terengganu Airport sahaja. Jadi, kalau dah web check-in, tak perlu tergesa-gesa nak masuk tunggu depan gate tu (sama macam KT Airport). Walaupun web check in website Malindo Air agak masalah kerana beberapa kali saya refresh, error dan cuba lagi sampai berjaya jugak. Nak pergi ke Kapal Terbang perlu berjalan kaki dan naik tangga macam pesawat ringan tu. Buat yang jakun, orang kampung macam saya ni terasa seronok sebab dari jauh nampak Kapal Terbang dan melangkah naik tangga masuk ke dalam flight.

Malindo Air menyediakan snack(biskut) dan air mineral semasa penerbangan. Jika dalam cuaca baik, tempoh perjalanan purata sekitar 45 minit, kelajuan purata 500km/jam dan ketinggian 15,000 kaki dari paras laut (kaptain yang kata ya). Jadi semasa saya tengaj update ni, cuaca agak mendung, berawan, penerbangan ketinggian 14,000 kaki dan mengambil masa perjalanan sekitar 55 minit ke 1 jam 5 minit (akak pramugari yang umum).

Sampai sahaja di destinasi dan mendarat, penumpang kena berjalan sikit untuk ke pintu keluar. Bila turun tangga flight terasa udara panas daripada enjin flight.

Apa-apa pun pengalaman naik Malindo Air walaupun hanya 45 minit perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu memang pengalaman yang baru. Amat berbaloi untuk naik flight kerana jimat masa 7 jam berbanding Bas walaupun kadangkala tiketnya agak mahal sedikit dari bas, tapi anggaplah ianya nilai masa yang telah saya belanja. Sebab saya ni memang jarang balik kampung.

posted from Bloggeroid

Posted on Rabu, Oktober 08, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

04 Oktober 2014

  Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Nak bercerita bab gajet lak untuk Cabaran 30 Hari ni.
Bab gajet memang agak menarik perhatian saya (sesetengah cuma menarik perhatian sahaja sebab tak mampu milik). Jadi bercerita untuk masa sekarang sahaja, gajet yang telah menjadi kepunyaan diri sendiri.

Hari 26 #Cabaran30Hari - Gajet Kepunyaan Anda

Sebelum ini saya menggunakan HTC Wildfire S, model Android yang pertama menggunakan duit gaji yang pertama dengan kerja yang pertama. Kemudian selepas setahun guna HTC Wildfire, aku beli Samsung S4 (2nd Hand), beli dengan housemate saya di Perlis.
SAMSUNG S4
SUMBER : http://cdn.theunlockr.com
 Kemudian bila berpindah ke Selangor, housemate di sini ajak pergi ke Port Dickson dan saya ni seorang yang suka mengambil gambar. Semasa kami berkayak di pantai port dickson, saya guna Telefon Samsung S4 ni unuk mengambil gambar, jadi telefon tu kebasah-basahan. Bila balik rumah, fungsi Touchscreen dah tak berapa elok dah. Jadi, gadjet Samsung S4 ni saya hantar ke pomen Smartfon di Shah Alam, Harap-harap tiada modal yang tinggi untuk baiki.

SONY XPERIA Z1 COMPACT
Kemudian, saya dapatkan Gadjet lain, Telefon Sony Xperia Z1 Compact di Giant, Kuala Terengganu. Masa beli ada promosi sempena filem Spiderman, jadi saya dapat freegift Slingbag Spiderman dan TShirt Spiderman.
SUMBER: http://cdn.cultofandroid.com
 Apa yang menarik bagi Sony Xperia Z1 Compact ini ialah ia Waterproof! Oleh kerana kelemahan utama gadjet ni ialah sensitif pada air, Kemudian ia jenama Sony. Sejak dulu lagi aku tertarik dengan model Sony kerana mempunyai kamera telefon yang sangat cantik. Kemudian, bateri telefon lebih tahan berbanding dengan model Samsung S4 tu.

LAPTOP LENOVO IDEAPAD Z400 TOUCH

SUMBER: http://www.lenovo.com

Gadjet lain ialah semestinya lemudahan laptop. Sejap laptop Acer yang di guna sejak zaman belajar telah rosak setelah lebih kurang 3-4 tahun penggunaannya, Saya beralih guna jenama Lenovo lak. Laptop sekarang ialah Lenovo Ideapd Z400 Touch, laptop yang boleh menggunakan keyboard dan Touchscreen. Tetiba gedik nak ada dual-function ni. Setakat sekarang guna masih okay menggunakannya.



 

Posted on Sabtu, Oktober 04, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...