30 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Mengejar Cabaran Hari 24. Rumah impian saya :)

Hari 24 #Cabaran30Hari - Rumah Impian Anda

sumber: assets.dornob.com/
 Ciri-ciri rumah impian saya:
Ada elemen utama dalam fengshui dan elemen semulajadi
(Angin, Api, Tanah, Besi, Bumi, Air)

well, nampak tu sahaja yang jadi impiannya, yang lain2 seperti mudah berhubung dengan dunia luar, masyarakat setempat dan lain2.

Posted on Selasa, September 30, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

28 September 2014


Assalamualaikum dan Salam Blogging,

Cabaran Hari ke 25 ni agak susah ni nak sahut sebab saya ni tak berapa baca berita sangat. tapi untuk memenuhi syarat untuk hari Ke 25 ni tentang Berita Terkinin yang di baca.............. Biasanya dapat Berita Terkini daridapa Newsfeed Facebook, sesekali baca Harian Metro Online, baca E-News yang subscribe di Facebook.

Hari 25 #Cabaran30Hari Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca

Posted on Ahad, September 28, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dah hampir Tiga(3) tahun bekerja dengan 2 Syarikat yang berlainan dalam bidang yang dapat meyumbang kepada cita-cita.. Dalam pemikir sentiasa berfikir untuk bertukar pekerjaan daripada yang sekarang. Dan sekarang tengah berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut walaupun masih terikat dengan pekerjaan sekarang.

Hari 23 #Cabaran30Hari - Pekerjaan Di ingini (Selain Kerja Sekarang)

Pekerjaan yang di ingin selain daripada kerja sekarang ialah MENJADI BOS SENDIRI!!
 MYKOCEK ialah satu syarikat yang saya tengah usahakan. Masih mencari Misi dan Visi untuk di kembang kan. Masih bermula dari awal. Insya allah, berusaha untuk menaiktaraf mengambil masa tapi jika di usahakan sekarang, masanya telah bermula. Sampai suatu masa untuk fokus.

Saya juga harap ada yang memunyai impian yang sama untuk bekerjasama dalam mencari idea dan maklumat untuk menaikkan taraf diri sendiri.

Semuanya bermula dari sekarang.


Posted on Ahad, September 28, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Kejar punya kejar dah sampai Hari 22 dah untuk Cabaran 30 Hari Blogging ni. berkejaran sampai takde intro yang panjang lebar sangat, terus direc-to-the-point. Haha!

Hari 22 #Cabaran30Hari - Destinasi Percutian Impian

Untuk percutian, saya suka tempat yang tak terlalu terpencil dan tidak juga terlalu sesak.
Tempat yang ada komuniti setempat, tak la hanya beberapa orang jer di kawasan percutian tu.
Tempat yang menarik untuk di pandang, tenang dan juga seronok.
Tempat yang boleh merasa kelainan berbanding tempat sendiri.
Tempat yang boleh bagi pengalaman dan pengetahuan baru.
Paling best percutian yang PERCUMA/ Di Sponsor! Haha!
SUMBER: http://cutiperhentian.blogspot.com/
 

Nak bagi contoh untuk destinasi impian tidak dapat di gambarkan sebab untuk gambaran berdasarkan dari sumber maklumat yang terbatas padahal impian percutian lebih dari bayangan serta memori sedia ada.

Posted on Ahad, September 28, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Mengejar Backdated dengan gigihnya!

Hari 21 #Cabaran30Hari - Tempat Yang Ingin dan Tak Pernah Pergi

mekah

Tempat pertama yang ingin pergi ialah ke MEKAH semestinya. Telah menjadi Rukun Islam yang ke-5 bagi setiap muslim untuk mempunyai kemampuan ke Mekah bagi menunaikan haji.

Antara tempat lain yang ingin dan tak pergi pergi ialah tempat yang menarik di seluruh Malaysia, Seluruh negara, di langit dan di laut!
 
sea, diving

Saya ingin menyelam (SCUBA Diving) lagi di dalam laut yang mempunyai pelbagai hidupan laut, batu karang yang cantik sehingga lupa untuk bernafas

Posted on Ahad, September 28, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

27 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Akhirnya sampai jugak ke Hari 20 walaupun terkejar-kejar buat cabaran 30 hari ni. bagu jugak sebagai motivasi diri untuk terus berblogging.
 Di samping motivasi diri ada juga beberapa QUOTE yang sentiasa aku jadikan motivasi diri jugak.

Hari 20 #Cabaran30Hari - Quote Kegemaran Anda




"Time is a luxury we don't have" - Merlin

"One of the hardest thing in life is deciding to walk away or try harder"

"Kalau tak tolong diri sendiri, siapa lagi nak tolong?"

"Positif thinking"

dan beberapa lagi Quote yang saya sentiasa bagitau diri sendiri (macam monolog) untuk terus berusaha seperti untuk update blog ni, untuk cari rezeki.

Posted on Sabtu, September 27, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments


Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Oleh kerana saya ni suka dengan makanan, jadi tiada resipi makanan kegemaran sebab ianya subjektif dan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Tapi Cabaran Hari ke 19 menyatakan Apa 1 Resepi kegemaran anda. Apa dia eh?

Hari 19 #Cabaran30Hari - 1 Resepi Kegemaran Anda

  
semesti ada campuran rencah-rencah kehidupan dan masam manis masin pahit.

Posted on Sabtu, September 27, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

26 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Terus direct to the point je la demi memastikan cabaran 30 hari ini berjalan walaupn tak sempat nak berjalan-jalan ke blog orang lain (blogwalking)

Hari 18 #Cabaran30Hari - Siri TV Kegemaran

Sekarang jarang dah tengok TV sebab dah boleh download TV Series kegemaran tu. Jadi istilah 'TV' hanyalah dari segi nama tajuk padahal bukan tengok di TV pun. Tengok TV agak bosan sebab tak boleh nak 'pause' dan selalu banyak iklan.


1. Dulu semasa zaman sekolah menengah suka sangat tengok TV Series 'Angel' . Sampai sanggup turun ke dewan makan yang ada TV untuk tengok cerita ni semasa tinggal di asrama.

2. TV Series kegemaran yang 'Download' ialah Anime. Untuk senaraikan anime ni lebih daripada 5 ni. One Piece, Bleach, Tokyo Ghoul, Log Horizon, Sword Art Online dan kebanyakkan anime siri yang banyak bagi motivasi.

3. TV Series yang download lagi ialah The Vampire Diaries, The Originals, Friends, dan tak ingat dah.

4. Ada satu Siri TV Cina-Malaysia yang di tayangkan tengah malam pun follow jugak. Cerita yang pasal 2 orang rupa sama dari 2 darjat berbeza.

Siri TV ni banyak layan semasa lapang dan jika jalan cerita yang menarik

Posted on Jumaat, September 26, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging 

Cabaran 30 Hari tertanggung lagi selama 9 hari...aiyarkk!

Hari 17 #Cabaran30Hari - 5 Perkara Anda Rindukan (Apa Sahaja)

Banyak juga perkara yang saya rindukan. Tapi rindukan yang lepas je. kalau rindu semula kena kembalikan semula perasaan tu.

1. Rindukan zaman kanak-kanak semasa di kampung, mandi sungai, tangkap ikan di sungai, sawah.
(Tapi bila di fikir-fikir, zaman kanak-kanak yang rindukan hanyalah kerana keseronokan tanpa masalah, hakikat di dunia realiti kita perlu mencari rezeki untuk menambah baik kehidupan.. Dan pada zaman kanak-kanak, kita hanya bergantung sumber rezeki daripada ibu bapa yang bekerja keras untuk mencari rezeki bagi memastikan kegembiraan anak-anak)

2. Rindu nak makan sedap-sedap yang orang belanja. kalau diri sendiri belanja mesti la mahal kan..Haha.

3. Rindu nak dapatkan tidur yang berkualiti, hari yang penuh bermanfaat serta produktif.

4. Rindu nak dapat duit banyak-banyak dan berbelanja.

5. Rindu nak rasa gembira seolah-olah tiada masalah di dunia ini.

Rindukan yang tiada,
Rindukan yang lepas, 
Rindu datang dari Hati, 
Rindu memuhasabahkan diri,

Posted on Jumaat, September 26, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

22 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Masih terkejar-kejar lagi Cabaran 30 Hari blogging ni...

Hari 16 #Cabaran30Hari - Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Sekarang Tahun 2014, dan 10 Tahun lagi Tahun 2024

Jadi impian saya untuk 10 Tahun lagi.

  1. Tetap seorang Blogger dan bermula dari sekarang mula mengaktifkan semula blog.
  2. Seorang usahawan Online dan Offline di sebalik tabir.
  3. Mempunyai Jenama dan syarikat sendiri (walaupun bukan di bawah nama sendiri di sebabkan polisi tidak membenarkan)
  4. Mempunyai Aset bernilai melebihi RM100,000.
  5. dan banyak lagi....yang belum tercatat...
Bagaimana?
Semuanya bermula sekarang........Join me? Geehee!

Posted on Isnin, September 22, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Hari 15 #Cabaran30Hari - Surat Kepada Seseorang (SesiapaSaja)

Kepada sesiapa sahaja, 

Mungkin kita tidak pernah berjumpa di alam realiti, tetapi bertegur di alam maya,
Mungkin kita pernah berjumpa, tetapi tidak pernah bertegur,
Mungkin kita pernah bertegur sapa, tetapi tidak banyak bercakap,
Mungkin kita pernah bercakap, tetapi terputus hubungan,
Mungkin sekadar pernah membaca di media maya, tetapi tidak pernah bertegur,
Mungkin pernah melihat rupa, dan tidak pernah melihat realiti, 
Mungkin pernah ternampak di alam realiti, tetapi tidak berpeluang bertegur,

Mungkin saya ada menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesiapa sahaja,
Mungkin kita tidak akan berpeluang untuk berjumpa sekali lagi,
Mungkin tiada peluang untuk bercakap, bertemu, bertegur sapa dan melihat,

Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja, baik yang kenal atau tidak kenal,
Sebelum saya meninggalkan dunia, anggap ini yang terakhir,
kita mungkin tiada peluang dan jodoh untuk bertemu lagi,
Andai ini yang terakhir, maafkan saya..halakan segala kata, makan, minum, perlakuan saya kepada sesiapa sahaja,

Mungkin ini yang terakhir saya berpeluang untuk meluahkan.

Mungkin saya pernah di beri peluang kedua, terima kasih atas itu.
Mungkin saya mendapat kenangan manis dari sesiapa sahaja, terima kasih juga,
andai saya ada terasa hati dan ada kenangan yang kurang baik dengan sesiapa sahaja, saya berterima kasih juga.

Terima kasih atas memberikan saya peluang dan pengalaman hidup yang sebenar.
Terima kasih kerana mewarnakan kehidupan saya dengan perkara-perkara tersebut.

TERIMA KASIH SESIAPA SAHAJA.

Posted on Isnin, September 22, 2014 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging Alam Maya

Demi mengejar cabaran 30 hari ni, tetapkan keazaman jugak la walaupun 6 hari terbelakang.
Saya bukanlah seorang yang suka berkasut sangat, kecuali kasut kerja dan kasut sekolah dan kasut sukan. Kalau kasual suka pakai selipar jer.. Jadi, Cabaran Hari 14 berkenaan Kasut Anda menceritakan pasal Kasut Sekolah atau Kasut Kerja atau Kasut Sukan sahaja la... :)

Hari 14 #Cabaran30Hari - Cerita Kasut Anda

Sumber Internet
 Tak berapa segar sangat cerita kasut sekolah zaman sekolah rendah, masa sekolah dulu jarang sangat basuh kasut sebab letak je kasut kat luar rumah, tengok-tengok dan putih... Ada hari sabtu tu, mak tak basuh kasut dah, jadi kena basuh sendiri..rendam-rendam dalam air sabun, tenyeh-tenyeh dengan sabun buku, berus-berus dengan berus sabut, lepas tu letak kapur kasut dan gi jemur. Kalau masa tu waktu mendung atau hujan, letak kertas surat khabar dalam kasut, lepas tu letak belakang peti... 

Lepas tu bila pergi sekolah hari Ahad (saya duk Terengganu jadi sekolah hari Ahad), jalan punyalah berhati-hati sebab kasut putih melepak, taknak bagi kotor. Bila sampai di kelas, bila kawan terpijak skit mula marah, pastu balas dendam balik pijak kasut diorang. Hahaha.. Sesi pijak memijak kasut bermula lah.

Bila naik sekolah menengah mula pakai kasut hitam, tak kisah sangat kotor ke tak..cuma perlu lap dan gilap dengan kiwi jer. Terasa bergaya bila pakai kasut hitam.

Bila dah bekerja, pakai kasut hitam juga, sesuai dengan pakaian formal di pejabat. Memakai kasut saya suka memilih kasut yang lembut pada tumit sebab selalu berdiri, dan ada lapisan di hadapan untuk membengkokkan tapak kaki.

Saya jenis tidak suka memakai kasut bila kasual, tetapi kadang kala teringin juga bergaya.

Nota: Kasut pejabat lelaki yang bertumit rendah tu terasa sakit pada tumit bila berdiri lama, macam mana perempuan boleh memakai kasut tumit tinggi tu dan berdiri lama? "Pain is Beauty" ke?


Posted on Isnin, September 22, 2014 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

21 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Cabaran hari ke-13 agak complicated kerana saya takde Blog kegemaran sangat sebab tak berapa rajin nak blogwalking atau blog-reading.
Blog dan Website ada perbezaan tak?

Jadi saya cuba untuk senaraikan Blog/Website yang menjadi kegemaran secara general/umum.

Hari 13 #Cabaran30Hari - 5 Blog/Website Kegemaran Anda

 1.  Blog yang menceritakan pengalaman hidup/ pengalaman yang sesuai di kongsi.

 2. Blog yang tidak copy-paste tanpa huraian tersendiri.
Contoh: Bila sesuatu isu timbul di internet, kemudian mula kelihatan satu-persatu blog sibuk untuk highlight perkara yang sama dengan 'caption' yang 'bombarstic' dan kadang-kadang terover.
3.  Blog yang tidak terlalu santai dari segi penulisan dan tidak terlalu serius tapi tidak jugak syok-sendiri.

4. Blog bergambar yang menarik dan berbaloi untuk terus scroll ke bawah.

5. Blog yang memberi tips yang berguna (tak kisah apa-apa tips asalkan berguna untuk di aplikasikan ke dalam dunia realiti)

Usha-usha di LINK di bawah tengok anda di kategori blogger yang mana..


Posted on Ahad, September 21, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Cabaran 30 Hari di teruskan lagi dengan Back-dated untuk Hari Ke-12
Bagi saya, untuk Wishlist saya kategorikan sebagai 2 perkara iaitu  WISHLIST dan WANTLIST.

WISHLIST - Sesuatu perkara yang saya inginkan tetapi di peroleh secara hadiah atau datang tidak di sangka. Bila WSHLIST itu tertunai, rasa sangat-sangat gembira, tetapi jika tidak tertunai, tidak jugak kecewa dan terus berharap untuk dapatkannya

WANTLIST - Sesuatu yang saya inginkan dan berusaha untuk mendapatkannya.Bila WANTLIST ini tertunai terasa tersangat puas apabila ia adalah daripada hasil usaha sendiri (dan dengan bantuan juga). Jika tidak tertunai, terasa kekurangan tetapi tetap berusaha untuk dapatkannya.

Hari 12 #Cabaran30Hari - 5 Wishlist Anda

Sebenarnya banyak WANTLIST dari WISHLIST.
Okay. Antara WISHLIST yang saya inginkan:-

1. Jodoh/ Perhubungan yang baik
2. Kebaikan
3. Rezeki
4. Kebahagiaan/ Kegembiraan
5. Keredhaan

Semoga 'Wishlist' ni dapat di tunaikan. amin

Posted on Ahad, September 21, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

18 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging.

Kali ni agak gigih nak kejar cabaran 30 Hari ni Jadi Buat entri cukup syarat je la..aci tak?
Zaman kanak-kanak aku agak aktif (bila dah besar jadi pasif lak). Umur paling muda yang aku ingat ialah umur 6 Tahun. Bawah umur 6 tahun aku dah tak ingat walaupun cuba untuk ingat. Mungkin sel-sel otak telah di ganti dengan memori yang baru kot. Bila di fikirkan, tak pasti lucu atau tidak kenangan tu bergantung kepada persepsi pembaca sebab penulis tengah keliru.

Cabaran kali ini tak sebut lak berapa biji kenangan tapi asalkan lucu (tapi oleh kerana aku tidak reti untuk melawak/ membuat lawak...buat-buat lucu je la bila baca...)

Hari 11 #Cabaran30Hari - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Sumber: http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=4503

 

Masa zaman kanak-kanak, saya tinggal berhampiran dengan sungai, jadi aktiviti banyak di habiskan di tepi sungai (dah macam orang Sungai lak). Pada masa tu kawan-kawan masa tu berbeza usia, kawan yang usia lebih tua mula bercerita pasal orang seberang (masa kat sungai tu nampak la seberang sana..). Kanak-kanak bila bercerita mula untuk menakutkan kanak-kanak lain.. Mereka bercerita yang orang seberang tu sebenarnya jahat, culik budak dan bla..bla..bla... Jadi ramai la yang percaya.

Pada suatu hari, sedang bermain-main pancing ikan tepi sungai tu, nampak sebuah bot dari seberang mula bergerak ke arah kami, oleh kerana teringat cerita sebelum tu jadi, bila orang dewasa dalam bot tu sampai ke tebing sungai mula jerkah (mengusik dengan suara yang kuat). Kami pun mula bertempiaran lari, dan termasuk saya lari balik rumah dengan lari lintang pukang...haha.

Notakaki: Aku hanya budak kampung berasal daripada Kuala Terengganu.

Posted on Khamis, September 18, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Assalamualaikum dan Salam Blogging Netizen

Alamak. Dah banyak Entries perlu back-dated, walaupun visitor/commentators tak seberapa tapi update jugak la demi menyahut Cabaran 30 Hari dan untuk mengaktifkan budaya Blogging dalam diri walaupun kadang-kala takde mood nak update blog.

Okay kembali kepada back-dated untuk Hari ke-10:

Hari 10 #Cabaran30Hari - Apa Di Dalam Dompet Anda

 Cabaran Hari ke 10 versi Blogger lelaki

Oleh kerana dompet lelaki tidak seperti handbag perempuan yang mempunyai ruang yang lebih banyak, jadi dompet lelaki cuma di isi lebih kepada keperluan kewangan dan identiti diri sahaja.

Okay. Saya senaraikan apa yang ada dalam Dompet saya ni:-
  1. Kad Pengenalan Baru (wajib ni..Buat semasa umur 25 Tahun lebih skit di Perlis, kena bayar RM10 tak pasti untuk apa tetapi ada perubahan alamat.)
  2. Lesen Memandu Baru (B2,D)(Lesen ni baru buat tahun ni 2014. Buat untuk 2 Tahun..Sepatutnya alamat berubah, oleh kerana buat di Pejabat Pos UPM, Alamat rumah perlu di buat di JPJ.)
  3. Kad ATM (Buat masa ni saya ada kad ATM Akaun Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank. Sebelum ni ada ATM BSN tapi dan tutup Akaun BSN sebab tidak di gunakan)
  4. Lesen SCUBA Diving (Lesen SCUBA Diving di buat semasa belajar di UMT pada tahun 2007 Apr.11. Masa tu Harga Pelajar dalam RM700 (kalau tak silap) sebab menggunakan alatan SCUBA UMT dan di buat di Pulau Bidong; iaitu Pulau UMT)
  5. Kad Keahlian dan Touch n Go Watson (Saya tak guna pun Touch n Go, masa tu beli supplement Vitamin B kat Watson Alamanda terus buat Kad Ahli.)
  6. Kad Kumpulan Darah (Kumpulan darah saya Group A+, dapat semasa buat Ujian darah di Pathlab. Penting jugak ada kad Kumpulan darah dalam dompet untuk waktu kecemasa di mana perlukan penerimaan darah di hospital jika kemalanga/ kehilangan darah.)
  7. Kad Enrich MAS Airline (baru lagi buat ni. Selepas ni beli tiket MAS cuma masukkan No.Enrich untuk dapatkan mata ganjaran.)
  8. Kad Kredit (Kad Kredit ni dapat selepas di tawarkan oleh Maybank. Kena bijak berbelanja menggunakan Kad Kredit ni, Saya biasa guna di waktu hujung minggu dapat rebate 5% untuk Kad American Express dan MasterCard. Caj Tahunan RM50 untuk kedua-dua kad (kalau ta silap). Kalau nak guna Kad Kredit, pastikan mampu bayar balik atau buat ansuran bulanan dengan Maybank dengan kadar caj 6%).
  9. Ada duit syiling dan duit kertas.
  10. Ada slip pengeluaran ATM untuk rekod sementara sahaja.
Itu sahaja ada dalam dompet saya ni si Blogger lelaki.

Nota: Kalau dalam handbag perempuan, berapa banyakla barangan diorang ya.

Posted on Khamis, September 18, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

17 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Seperti biasa masih back-dated lagi Cabaran 30 Hari ni walaupun dah siap wat draft post sampai Hari Ke-31.

Sebenarnya saya 'stuck' di Hari Ke-9 ni sebab ia agak rumit untuk menghuraikannya.. (Cabaran asal ialah '5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda'-Untuk Blogger Perempuan dan sebaliknya)

Oleh kerana saya ni agak 'introvert' jadi bukan jenis sosial sangat, tapi tak jenis berkurung sangat..'siew-siew' je.. Apa pun ini lah dia seperti tajuk Cabaran Hari Ke-9 ni.

Hari 9 #Cabaran30Hari - 5 Perempuan Yang Menarik Perhatian Anda

1. Oleh kerana aku ni bukan jenis 'approach' perempuan dulu (atau sesapa saje), tapi yang menarik perhatian perempuan yang 'approach' dulu (maksudnya memulakan perbualan ya..bukannya mengorat...). Yang tu pada awal perkenalan, bila lama-lama okay la aku nak 'approach' dulu pun..

2. Tentu sekali yang cantik :) TETAPI 'Beauty is in the Eye of the Beholder'. Maksudnya 'Kecantikan itu Subjektif'. Contohnya banyak je perempuan yang cantik tetapi berperangai buruk tetap akan di pandang buruk tak kira secantik mana pun dia. Cantik rupa, cantik sifat, cantik di hati; Cantik rupa, Buruk Sifatnya makan Buruklah dia.

Bila berbicara tentang manusia, siapalah kita untuk menilai manusia lain tetapi setiap manusia mempunyai citarasa yang berlainan. Tak kira agama, bangsa dan negara.

3. Perkara No.2 dah menjelaskan secara umum. Perempuan yang menarik perhatian ialah mempunyai usaha dan 'passion' dalam sesuatu perkara sehingga saya sendiri berasa kagum dan segan kerana tidak dapat berusaha/ mempunyai 'passion' seperti mereka.

Contohnya: Saya suka tengok 'Britain Got Talent'. Kagum tengok mereka yang sudah berusia atau kanak-kanak walaupun pada tanggapan mulanya mereka tidak mempunyai apa-apa yang istimewa tetapi mempunyai bakat yang sangat-sangat mengkagumkan!

(Mati akal untuk update Cabaran Hari 9 ni...)

4. Seperti Perkara No.3.Pada pendapat saya, walaupun berbeza pandangan agama, bangsa, negara, warna kulit, rupa, bentuk, sifat.. Asalkan pandai dan faham untuk menjaga hubungan antara manusia-manusia, manusia-hidupan lain. manusia-benda lain.

5. Macam No.4. Yang faham akan tanggungjawab dan adab dalam kehidupan.

Sebenarnya aku mengambil masa yang lama jugak memikirkan 5 Point berkaitan dengan tajuk ni.. Jadi,s ekian sahaja



Posted on Rabu, September 17, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

12 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging,

Macam biasa backdated lagi..

Hari 8 #Cabaran30Hari - 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

1.  Life Is Like A Boat - Rie Fu (Bleach)

2. Unconditional - Harrison Craig (The Voice) **Kebanyakkan lagu Harrison Craig.

3. Aku Masih Cinta - Shiela Hamzah

4. Time To Say Goodbye - Andrea Bocelli and Sarah Brightman

5. Alejate - Josh Groban **kebanyakkan lagu Josh Groban


(Sebenarnya banyak lagi Lagu yang kegemaran..lebih dari 5.Ni pun amik dari playlist..yang kegemaran lain tak download lagi.)
 

Posted on Jumaat, September 12, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

11 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Blogging

Alamak.. masih backdated lagi Cabaran ni...Cabaran Hari 7 ni agak serius skit nampaknya.

Hari 7 #Cabaran30Hari - Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Anda

Sejauh mana pendidikan penting bagi anda?
Tak kira walau macam mana kehidupan, pendidikan sangat teramat terlalu terlampau penting!
Aku tak nak bercakap soal pendidikan UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma, Ijazah.. kerana semuanya telah aku laluinya (kecuali STPM).
Point aku di sini pendidikan yang sebenar dalam kehidupan. Pendidikan yang sangat penting di mana semua manusia, makhluk perlu mempelajarinya.

Dulu masa belajar saya bukanlah best student, bukan jugak poor student.
Masa Universiti dapat pointer rendah je.. Selepas habis belajar dari universiti, kebanyakkan syarikat akan menilai daripada pointer..oleh kerana pointer aku tak tinggi jadi peluang itu sangat, teramat rendah untuk dapatkan pekerjaan.

Mungkin kita dah belajar sebaiknya tetapi hasil tidak memuaskan.
Kemudian aku mencuba untuk ambil pendidikan kemahiran. Dan daripada Pendidikan berkaitan kemahiran yang banyak memberi input yang berguna sehingga aku mendapatkan pekerjaan.

Kepentingan pendidikan bagi saya memang teramat penting. Tetapi apa-apa pun semuanya bermula daripada diri sendiri.
Setinggi mana pendidikan yang kita dapat, bagaimana kita mengaplikasikan dan memanipulasikan keadaan supaya memberi kebaikan kepada diri sendiri.
Pada awalnya saya mula berfikir pendidikan yang dapat memberi keuntungan kerana kehidupan sekarang memerlukan kewangan yang mencukupi.
Tetapi pada masa sama kepuasan diri juga adalah penting.

Daripada pendidikan pengalaman hidup ni tercetusnya idea untuk menubuhkan satu syarikat sendiri
Logo Syarikat aku
Idea asal untuk tubuhkan syarikat ni hanyalah untuk mengembangkan jenama, deskripsi yang lain masih dalam fikiran yang belum di terokai. Boleh KLIK LINK untuk pergi ke FANPAGE FB MyKocek.

Sebarang cadangan di alukan.hehe.. Perancangan untuk membuat sebagai 'Komuniti' untuk mengisi kocek.

Posted on Khamis, September 11, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

08 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Alam Maya

Macam mana boleh terlepas untuk post Hari 5 ni lak..padahal hari 6 dah post...haha.
Oeh kerana menghormati cabaran 30 hari, kita buat jugak la yer dengan ringkasnya.

Hari 5 #Cabaran30Hari - 3 Perkara Disampaikan Untuk Bekas Kekasih

"1. Thank you for your second chance.
2. Hope there is no hard feeling and
3. Hope we will still remain as friend"
Okay. Post ni takyah panjang-panjang sangat. Baru je lepas buang feeling2 ni. taknak ingat. Kbye!

Posted on Isnin, September 08, 2014 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Harini dah 08hb Sept. dah..sepatutnya buat Cabaran Hari ke-8, tapi oleh kerana asyik back-dated..teruskan jugak lah.. Draft untuk cabaran 30 hari ni pun dah siap awal-awal.
Jadi untuk cabaran Hari ke-6 seperti di bawah:-

     Hari 6 #Cabaran30Hari - Apa Yang Saya Makan Hari Ini

  Oleh kerana update draft semalam, jadi bercerita pasal semalam jer la.. Apa yang aku makan hari tu..Kenny Rogers' Roaster di Alamanda Mall, Putrajaya (Oleh kerana aku menyewa di Putrajaya)

1/4 Ayam dengan Smoked BBQ Sauce
  Aku makan sini sebab belanja kawan aku yang gigih menjaga Sugar Gliders aku selama 2 minggu (sebab aku bercuti balik kampung, nak hantar boarding lebih kurang jer kos belanja..)

Jadi menu yang aku pilih 1/4 Roasted Chicken with Smoked BBQ sauce, 3 Side dished:- ntah-apa yang macam macaroni cheese, coleslaw, salad, vege (tomato) soup dan Air tak-ingat-nama-pelik-pelik dan muffin chocolate.

Komen:
- Ada satu side dish tu masih sejuk macam baru keluar dari chiller.
- Smoked BBQ best.

Nota: banyak post ketinggalan lagi ni dalam cabaran 30 hari.

Posted on Isnin, September 08, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

06 September 2014

Assalamualaikum dan Salam Alam Maya

Sepatutnya pada Hari 04 September 2014 dan Hari ke-4 untuk #Cabaran30Hari dalam #KelabBloggerBenAshaari. Dan aku dah update Draft cuma asyik tak habis menulis jer untuk cabaran ni
Untuk hari ini, cabaranya ialah:-

Hari 4 #Cabaran30Hari - Buku Kegemaran Anda   

Oleh kerana aku ni tidaklah kaki buku sangat sejak dewasa ini, jadi aku ceritakan tentang Buku Kegemaran semasa zaman dulu lah...

Buku Kegemaran semuanya (kebanyakkan) ialah komik, kartun, anime.. ada Komik yang bertajuk 'Kreko'
Buku "Kreko' aku ikut dari Tingkatan 3/4 sehinggalah masuk Universiti Tahun 2/3...
  Dalam Buku Komik Kreko ni aku suka baca anime dalam tu tapi sekarang since dan ada Manga Online lepastu dah follow cerita Anime yang di download, jadi tak beli dah Kreko ni..

Cuma beberapa bulan lepas aku baru sahaja beli Novel MAGIS - Ramlee Awang Murshid tapi belum belek satu helai pun lagi. Oleh kerana genre cerita agak sesuai dengan minat aku. Agak akan jadi buku kegemaran jugak la...

p/s: masih back-dated untuk cabaran 30 hari ni.. isk.
Dan aku gak masih belum blogwalking blog geng blogger yang join cabaran ni..pasif betul.

Posted on Sabtu, September 06, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

04 September 2014

Salam Alam Maya semua

Hari ini dah 04 Sept.2014 dan aku masih back-dated untuk #Cabaran30Hari bersama #KelabBloggerBenAshari. Jadi untuk kali ini ialah update untuk Hari 3.

Hari 3 #Cabaran30Hari - Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Sesuatu yang menguatkan diri saya sendiri atau motivasi diri sendiri dalam menghadapi cabaran kehidupan ini ialah MUHASABAH DIRI.

Muhasabah Diri menjadi sesuatu yang menguatkan diri sendiri.Walau bagaimanapun, muhasabah diri ini bermula dari dalam diri. Kita tidaklah sempurna, tapi tidak juga cacat.

1. Mata yang melihat dan memerhati segala yang nampak dan belajar serta mengambil pengetahun berkaitan kemudian 'Muhasabah Diri" "Kalau aku buat camtu..", "Kenapa aku tak boleh jadi camtu gak..","ooo..camtu rupanya...". Adakah kita melihat sesuatu perkara yang tidak sepatutnya? atau melihat sesuatu tetapi tidak tercapai daya untuk kita menolong, bagaimana?

2. Telinga yang mendengar kemudian berfikir dengan akal apa yang di dengar. Simpan di dalam memori sebagai peringatan. Adakah kita mendengar perkara yang tidak sepatutnya?

3. Kulit yang merasa apa yang di sentuh, menilik dengan mata, menggunakan deria untuk mengambil maklumat berkaitan. Adakah pernah kita menyakiti orang lain?

4. Lidah yang bertutur, patah kata yang keluar daripada mulut akan di simpan di dalam pemikiran makhluk lain. Jika positif kata-kata, maka positif la pandangan makhluk lain. Adakah pertuturan kita telah menyakitkan hati orang lain?

5.Akal yang berfikir, turun ke hati menjadi niat, dan niat itu menjadi ibadah atau motivasi diri. Adakah kita sentiasa berfikiran postif?

6. Naluri hati ialah bisikan hati. Mungkin tidak semua naluri itu betul, dan mungkin tidak semua naluri itu salah. Naluri daripada hati, adakah hati mengikut akal atau emosi?

7. Hidung yang menghidu bau, bau yang harum di sukai tetapi tidak terlalu kuat baunya hingga mengganggu makhluk lain. Bau yang busuk mungkin ia petanda yang perlukan kebersihan. Bau juga suatu nikmat. Menjadi penambah selera menikmati hidangan.

Maaf jika penulisan agak serius. Semakin dewasa, semakin mencari arah tuju dan logikal kehidupan.




Posted on Khamis, September 04, 2014 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

03 September 2014

Salam Alam Maya,

Untuk hari Ke-2 #Cabaran30Hari oleh #KelabBloggerBenAshaari ini aku back-dated lagi oleh kerana hari ini dah 03 September 2014 dan sepatutnya buat Cabaran 30 Hari untuk hari ke-3...
Hari 2 #Cabaran30Hari - 5 Cara Memenangi Hati Saya
Kembali blogging yang poyo dengan gambar sendiri macam zaman2 dulu
Okay. Cara memenangi hati tidak semestinya untuk jatuh hati bercinta, tapi dari segi pergaulan, berkawan, bersahabat, berurusan dalam kehidupan seharian.

1. Oleh kerana aku ini kurang bersosial dan agak 'introvert', jadi untuk mulakan perbualan santai agak susah dan lebih banyak mendengar dari bercakap.. jadi, aku lebih suka orang lain yang memulakan dan berbincang perkara perbualan yang positif.

2. Seperti yang tercatat pada Hari#1; Aku suka dengan makanan, haiwan, sains dll.. jadi agak seronok dan tertarik bila berjumpa orang yang agak 'sekepala' dan mudah untuk 'get along'.

3. Semestinya mempunyai personaliti (attitude) yang positif, ada give-and-take, tidak terlalu dominant, tidak terlalu recessive.

4. Dalam berkawan, aku suka orang yang selalu 'keep in touch' especially dengan orang yang ada 'chemistry'. Walaupun bukan semua kawan yang selalu keep in touch (dan sebaliknya).

5. Dan yang ke- 5 a.k.a yang terakhir untuk Cabaran 30 Hari (Hari 2) ialah menjaga adat dan adab (walaupun kadang kala kita sendiri ada tersasul tersalah adat dan adab sendiri.

Posted on Rabu, September 03, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

02 September 2014

Salam Blogging,

Sekian lama jugak aku tak berblogging. Maklumlah dah tua-tua ni..Jadi sedang ber-sosial-media, terjumpa post oleh Cik Qaseh Dalia dan kemudian di perkenalkan kepada Cik Sue Izza tentang #Cabaran30Hari dan #KelabBloggerBenAshaari .Jadi dengan ini aku mengambil kesempatan untuk merajinkan diri berblogging setelah sekian lama tak aktif.

Menarik jugak sebab dengan #Cabaran30Hari ni dengan ada jugak modal untuk berblogging selama 30 hari bermula 01 September 2014 (Oleh kerana aku bermula pada 02 Sept.2014, jadi, back-dated la ye...)

Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

with Adopted Sugar Gliders
1. [ASAL] Asal Kuala Terengganu. Hidup merantau sejak tahun 2000-sekarang mencari ilmu dan rezeki dari Besut, ke Perak, Ke Perlis dan sekarang ke Selangor/Putrajaya.

2. [PERSONALITI] Tak banyak cakap** (**bergantung pada situasi..kalau takde modal, senyap la..kalau kena pada pengetahuan, pengalaman, minat dan modal cakap..banyak la cakap). Lebih suka menaip dari bercakap...

3. [MINAT] Suka mengumpul barang-barang (kebanyakkannya terpakai), suka benda yang 'rare', mistik, fantasy, sains, haiwan, tumbuhan, makanan, pengurusan, Kartun, Movie, Anime, Komik dll.

4. [KAWAN & KELUARGA] Anak ke-3 dari 6 orang. Ikut trait ibu bapa.

5. [LAIN-LAIN] Suka haiwan pelik-pelik, pernah bela Jengking besar,Hedgehog, Sugar Gliders. Teringin nak ada Mini Zoo sendiri dengan Mini Cafe.

Okay. Sekian sahaja untuk Hari 1 #Cabaran30Hari Blogging dengan #KelabBloggerbenAshaari.

Terima kasih kepada Cik Qaseh Dalia dan Cik Sue Izza sebab memperkenalkan acara ini...

Posted on Selasa, September 02, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...