21 Julai 2014

 Salam Blogging, Salam Online, Salam Maya, Salam Ramadhan, Salam.

Sejak beberapa bulan lepas (26 April 2014), aku mula terjebak ke dalam dunia Online Game ni jenis MMORPG (Massively Multiplate Online Role Player Game). Semua ni akibat pengaruh rakan sebaya la ni... pastu di tambah lak dengan pengaruh game online android..lepas tu terpengaruh lak dengan anime 'Sword Art Online'. Apa-apa pun, dengan bantuan line internet wifi yang berpatutan dan kemudahan laptop..Aku menjadi la pemain Game Online tegar ni 'DRAGON NEST SEA'
  
Watak dalam game ni ada beberapa kelas; Warrior, Archer, Sorceress, Cleric, Kali, Academic & Assasssin. 
Watak pertama aku ialah Kelas Warrior.. Kemudian selepas bermain sampai Lebel 40++, aku dah stop kemudian tukar kepada Watak Kelas Sorceress sebab lebih magical.
Semasa mula-mula main agak addictive sebab benda baru kan..Lama-kelamaan menjadi kebiasaan, tapi tak addictive..cuma hobi..
 
Dragon Nest WikiDragon nest Web
 Sebagai salah seorang peminat anime, manga, fantasi, imaginasi, magical; benda-benda ni agak 'exciting' untuk follow... Dragon Nest ni jugak ada Manga Dragon nest: Shungeki No Sedo (Klik Link untuk baca Manga Online)


    
Ni Watak RPG aku,      


Nama Watak : ikkiso
Kelas : Sorceress
Server : Westwood
Guild : LoveLust (Sementara)
Negara  :Malaysia

Posted on Isnin, Julai 21, 2014 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

04 Julai 2014

Kali ni suka-suki jer aku nak habaq camne aku melakukan Blogwalking.
Tapi aku rasa memang blogger pun wat camni gak kan...So, memandai jer aku nak tambah entry ni....
puyooo btul!

1-Blogwalking bermula apabila aku tengok tajuk-tajuk yang menarik untuk di baca di Dashboard Blogger ni.....
2-Kemudian pergi terjah, baca entries, tinggalkan komen.
3-Pada masa sama, baca komen blogger lain di entry Blogger tersebut.
4-Kemudian, klik pada Blogger-lain bernasib baik, baca entry diorang then tinggalkan komen.
5-Langkah 2-4 tersebut di ulang apabila terjah ke blog baru.

Biasanya aku akan komen berdasarkan entry tersebut, dan di sertai dengan 
"Salam Blog-night-walking kat sini..Sila lah singgah sana lak...." 
(Biasanya aku blogwalking malam hari.....)

Atau pun aku baca entry blogger baru tersebut tapi tak tahu nak komen apa di sebabkan faktor;
i) Entry tersebut mengenai luahan perasaan blogger.
ii) Entry tersebut aku tak berapa faham tapi cuba untuk faham dan mencari POint untuk komen.

Kalau faktor tersebut, aku biasanya komen, 
"tinggal jejak blog ni...Salam blogwalking by blogwalker...."

So, nak harapkan kunjungan balas tu yer la jugak kan...tapi yang penting kita dapat kenal blogger-blogger lain...Yang followernya riban-riban (ribu2) walaupun tak sampai setahun blogging <<--memang aku respect la...

Jika terdapat blog yang menarik pada pandangan pertama, aku akan follow jugak. Itulah pentingnya First Impression! Kan......

Blogwalking merupakan salah satu cara untuk menaikkan Blog-Traffic kita, aku sendiri dapat lihat jumlah visitor pada Blogger-Stat dan Nuffnang-Analytic-Stat.....

p/s: amiklah peluang untuk blogwalking walaupun sekadar 2,3,4,5,6,7,8,9,10 blog jer....hehhe

Posted on Jumaat, Julai 04, 2014 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

As-Salam-Alaika-ya-Qari,

Kadang-kadang LIKE beberapa Fan Page Blogger, tengok gelagat blogger zaman sekarang. Masing-masing mengejar populariti blog. Macam-macam update setiap saat dengan tajuk post yang bombastik untuk menarik pelawat blog. Biasa lah pernah terbaca yang blogging ni boleh menjana pendapatan pasif. Siapa yang taknak, tapi bila saya blogwalking dari satu blog ke blog yang lain. Walaupun isi entry yang berlainan, tetapi mempunyai fikiran yang sama. Isi boleh sahaja copy-paste, yang penting gambar dan tajuk menarik. Advertisers mungkin melihat populariti blog, tapi kita yang mengupdate blog semata-mata untuk mendapatkan unique visit. Dengan itu dapatlah iklan-iklan masyuk.

At the end, macam tu jer la… Nak blogwalking pun takde feeling. Layan jer la blog-blog ni. Asalkan diorang ‘bahagia’, cukup masa leh cashout; Sumber ‘cashout’ pun daripada post internet jer. Sama macam website Yahoo! News, Metro Online bahagian Luar Negara, Bahagian Fakta-fakta, semua maklumat pusing-pusing benda sama jer..
Nota: Saya lebih hormat dan kagum pada Bloggers yang mengetengahkan idea, pengalaman, pendapat, ayat sendiri berbanding Bloggers yang hanya blogging-for-nothing.
Ala.. macam aku sendiri tak pernah buat copy-paste pelbagai sumber dalam blog ni.... tapi kekadang je la tengok pada isu.. sebab bila dah blogging sejak Tahun 2009 ni, sekarang dah Tahun 2014.. ada la perkara yang belajar



p/s: Apa beza Blog Porno dengan Blog Copy-Paste?

Posted on Jumaat, Julai 04, 2014 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...