NOTA: INI IALAH KEJADIAN YANG BENAR BERLAKU DI PERUMAHAN BERTINGKAT (KUARTERS)
Pada suatu hari, menceritakan seorang pemuda bujang di rumah bujang keseorangan.

Kemudian dia berfikir untuk memanaskan Gula Melaka untuk jadikan cecair pemanis.

Selepas panaskan seketika dia berfikir "Ahh.. buka api perlahan la... sekejap je"

Kemudian dia sambung melayan 'Britain Got Talent 2014" di Youtube.

Dengan asyik melayan aksi, gelagat Britain Got Talent, matanya sangat asyik memandang skrin laptop. 
Setengah jam kemudian, dia terbau sesuatu...pandangan menjadi kabur dan pedih..

Gambar Hiasan


"Ya allah..!!" Habis berasap dapur yang tengah panaskan Gula Melaka tersebut...

Dengan segera dia terus pergi ke dapur menutup api dapur dan mengangkat bukti kes periuk hangit ke sinki.

Asap berkepul-kepul seperti rumah sedang kebakaran serius.. Dengan pantas dia membuka semua kipas tahap maksimum, membuka semua tingkap seluas-luasnya.

Kedengaran suara kejiranan "Tingkat 6!!", tapi pemuda masih bertenang menangani kejadian asap tersebut. Nasib baik asap daripada karbon gula melaka, tiada bau hangit sangat.

Kemudian kedengaran orang mengetuk pintu, "Ahh..itu jiran-jiran nak bertanya khabar la tu.."

Kemudian pemuda itu membuka pintu dengan muka bajet comel, innocent, mata puppy eyes sambil tersenyum lebar clumsy,"Maaf..maaf... dapur hangit....dapur hangit...takde apa-apa". 

'Pheww...", kejiranan mula beredar. "ingatkan apa yang berasap.... ingatkan dapur terbakar...bau...bla..bla...bla..." kedengaran suara kejiranan sayup-sayup.

Malangnya, periuk hangit tidak dapat di selamatkan dengan bersih. Periuk boleh di ganti, kalau rumah mati la.

Moral daripada cerita:

1. Jangan tinggal masakan atas dapur yang ada api kalau duk sorang-sorang walaupun dalam hati berkata "Ahh.. sekejap jer...tak pe". Manusia mudah lupa dan lalai dan alpa.

2. Kejiranan anda ambil berat sebenarnya walaupun jarang dan tak pernah terserempak.

3. Sentiasa bersifat tenang menghadapi apa-apa masalah. Cari penyelesaian sepantas mungkin.