25 Jun 2014


DOWNLOAD JADUAL BERBUKA PUASA 2014/1435H MENGIKUT NEGERI
NIAT PUASA
Arab:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

Lafaz:
Nawaitu saumaghadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala.

Erti:
"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"
Atau Niat berpuasa untuk Sebulan 
"Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"

  • Do’a Berbuka Puasa Ramadhan :
doa buka puasa
Dibaca   : Allahuma laka shumtu wabika amantu wa ‘ala rizqika aftartu birahmatika ya arhama rohimin.
Artinya : Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rizki-Mu aku berbuka, Maha besar Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

23 Jun 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. SELAMAT BERPUASA/ BERBUKA/ BERSAHUR DAN BERTEARAWIKH kepada Seluruh Umat Islam.
**Untuk yang bukan Islam, selamat berpesta di Bazaar Ramadhan, sure rambang mata nak pilih makanan ;P

Puasa dan tidur ni agak ngam jugak la, masa kecik-kecik dulu bila dah petang skit tak tahan lapar, mak cakap,"Tidurlah dulu, nanti nak berbuka Mak kejutkan". Pernah alami situasi sama tak?
Bila dah tak tahan lapar, mata mula layu jer..so, apa lagi, sorong bantal, 'landing'kan kepala..Tengok siling, tengok dinding, kedip-kedip mata......eh..eh!! dah nak kul 7 petang! bila masa aku lak lelap ni..!!!

Hehehe...Ni mula nak bagi teori amateur tak bertauliah ni...

Teori: Tidur adalah satu cara untuk mengalihkan fikiran otak tentang 'Lapar' yang berkadar langsung dengan masa.. Semakin lama tidur, semakin lama mimpi, semakin cepat masa berlalu, ..Eceh!!

Berpegang pada konsep "Mengalihkan fokus pemikiran" - Signal Utama ialah LAPAR dan DAHAGA!
So cara lain seperti, Blogwalking, Online, Main Game, Layan Movie, Gossip dan banyak aktiviti yang kurang berfaedah, membazir masa. Cara ini tidak produktif dan amat tidak di galakkan walaupun kadang-kadang penulis sendiri yang membuat perkara-perkara ini.

 Ingat apa yang saya tulis tadi, iaitu:

Berpegang pada konsep "Mengalihkan fokus pemikiran" -

Satu cara lain ialah MEMBUAT SESUATU PERKARA DENGAN IKHLAS.

Menurut pandangan saya, IKHLAS ialah tidak mengharapkan sesuatu pun melainkan KEREDHAAN daripada Tuhan. Dan bagi Muslim ialah ALLAH. Dan sudah tentu IKHLAS dan NIAT berkait rapat (Baca Entry saya yeng lepas: Hadis Rasullullah:'NIAT' dan MINDSET). Berbalik kepada point utama, Bila Ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan, semata-mata keredhaan Tuhan (Allah), 

Jadi, hati, otak, fikiran tidak di bebani dengan perkara-perkara seperti:- "Bila nak berbuka ni","Dah pukul berapa sekarang","nak makan apa berbuka nanti","laparnyaaaa!!".. Jadi, fikiran kita fokus kepada "BILA NAK MAKAN". Fokus,berfikir tentang Makanan adalah seperti memberi SIGNAL kepada otak bahawa KITA SEDANG LAPAR DAN PERLU MAKAN. Lepas tu, Otak gossip ke usus/ perut bahawa tuan dia ni lapar, jadi yang terpaksa Tahan lapar ialah kita sendiri..

Baca Entry Pandangan Saya yang lain:
  1. Puasa dan Sains : Bakar Lemak!! 
  2. Fadilat Solat terawih: Umat Islam Terperangkap Dengan Hadis Palsu! 
  3. Hadis Rasullullah:'NIAT' dan MINDSET
  4. DOWNLOAD JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2016

Terbaca SHARE POST Soal-Jawab di facebook. Seperti di bawah.
Soalan: Batalkah puasa sekiranya tidur sepanjang hari?

Jawapan: Tidur tidak membatalkan puasa sekalipun seseorang itu tidur sepanjang hari. Oleh itu, tidur tidak sama seperti pengsan. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa, namun tidur sepanjang hari tidaklah membatalkan puasa.

Perbezaan antara tidur dan pengsan ini adalah kerana tidur tidak mengeluarkan seseorang dari kelayakannya menerima perintah Syarak, berbeza dengan pengsan di mana ia mengeluarkan seseorang dari kelayakannya menerima perintah Syarak dan kerana itu ia tidak wajib mengqadha solat yang tertinggal selama pengsan itu (sama seperti wanita yang kedatangan haid dan nifas), sedangkan orang yang tidur tetap diwajibkan mengqadha solat yang tertinggal semasa ia tidur.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Nota: Janga tidur lepas tu pura-pura pengsan dah la.....

DISCLAIMER:
Penulis ialah seorang bekas pelajar Jurusan Biology, Bekerja di dalam Industri Minuman, Makanan dan hanya Manusia biasa. Segala tulisan ini berdasarkan sedikit daripada ingatan penulis dan berasaskan pandangan peribadi mengikut logik akal. Jika terdapat kesalahan, kekeliruan fakta, sila ajurkan kepada emel penulis atau pada ruangan komen.

02 Jun 2014

NOTA: INI IALAH KEJADIAN YANG BENAR BERLAKU DI PERUMAHAN BERTINGKAT (KUARTERS)
Pada suatu hari, menceritakan seorang pemuda bujang di rumah bujang keseorangan.

Kemudian dia berfikir untuk memanaskan Gula Melaka untuk jadikan cecair pemanis.

Selepas panaskan seketika dia berfikir "Ahh.. buka api perlahan la... sekejap je"

Kemudian dia sambung melayan 'Britain Got Talent 2014" di Youtube.

Dengan asyik melayan aksi, gelagat Britain Got Talent, matanya sangat asyik memandang skrin laptop. 
Setengah jam kemudian, dia terbau sesuatu...pandangan menjadi kabur dan pedih..

Gambar Hiasan


"Ya allah..!!" Habis berasap dapur yang tengah panaskan Gula Melaka tersebut...

Dengan segera dia terus pergi ke dapur menutup api dapur dan mengangkat bukti kes periuk hangit ke sinki.

Asap berkepul-kepul seperti rumah sedang kebakaran serius.. Dengan pantas dia membuka semua kipas tahap maksimum, membuka semua tingkap seluas-luasnya.

Kedengaran suara kejiranan "Tingkat 6!!", tapi pemuda masih bertenang menangani kejadian asap tersebut. Nasib baik asap daripada karbon gula melaka, tiada bau hangit sangat.

Kemudian kedengaran orang mengetuk pintu, "Ahh..itu jiran-jiran nak bertanya khabar la tu.."

Kemudian pemuda itu membuka pintu dengan muka bajet comel, innocent, mata puppy eyes sambil tersenyum lebar clumsy,"Maaf..maaf... dapur hangit....dapur hangit...takde apa-apa". 

'Pheww...", kejiranan mula beredar. "ingatkan apa yang berasap.... ingatkan dapur terbakar...bau...bla..bla...bla..." kedengaran suara kejiranan sayup-sayup.

Malangnya, periuk hangit tidak dapat di selamatkan dengan bersih. Periuk boleh di ganti, kalau rumah mati la.

Moral daripada cerita:

1. Jangan tinggal masakan atas dapur yang ada api kalau duk sorang-sorang walaupun dalam hati berkata "Ahh.. sekejap jer...tak pe". Manusia mudah lupa dan lalai dan alpa.

2. Kejiranan anda ambil berat sebenarnya walaupun jarang dan tak pernah terserempak.

3. Sentiasa bersifat tenang menghadapi apa-apa masalah. Cari penyelesaian sepantas mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com