Assalamualaikum semua.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai tentang Pra-Saringan Interview Mardi (1st Interview) pada 12 November 2013 lepas. Kemudian syukur alhamdulillah saya berjaya ke peringkat interview kedua Pegawai Penyelidik pada 03 Januari 2014.

Pada 03 Januari merupakan Batch Pertama Interview daripada 6 Batch (menurut kata staff Mardi), dia berkata keputusan interview akan di umumkan selewatnya dalam sebulan selepas interview terakhir. Jadi, saya menunggu dengan penuh harapan dan impian serta cita-cita. (amboiii....)

Pada 27 Februari 2014 (Khamis) lepas, semasa saya baru sahaja tiba di Karnival Usahawan Mega Zon Utara di Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah; telefon bimbit berbunyi. Panggilan daripada nombor pejabat 038941xxxx; Jam 06:05 PM. Ingatkan nak jual insurans.
Caller: "Assalamualaikum, Boleh bercakap dengan Encik Muhammad Iqbal Abdullah?"
Saya: "Ya, saya.."
Caller: "Saya call dari HR MARDI Serdang.. Haritu ada call tanya result interview kan...ni nak bagitau ni.. Tahniah la awak berjaya melepasi temuduga tersebut...."
Saya: "Ya...ya.... Terima kasih.."
Caller: "Jadi Surat Tawaran ni awak nak ambil di Pejabat ke nak pos?"
Saya: "Pos la...."
Caller: "Okay.. Jadi pos ke alamat ni... (dia baca alamat rumah kat kampung saya tu.)"
Saya: "Ya..ya...betul..Terima kasih ya..."
Setelah mendapat panggilan tersebut, aku terus menghubungi Papa aku bertanyakan pendapat kerana pada yang sama aku mendapat Tawaran Kerja yang lain.

Jadi, Bajet Hari jumaat tu mesti Mardi pos surat ke Terengganu, Hari Ahad sampai di Kampung. Kemudian Mama Whatsapp surat tawaran untuk saya tau tarikh lapor diri. Tengok tarikh 17/03/2014!! Cepatnya!! saya dah la kena bagi notis surat berhenti kerja 1 Bulan sebelum.

....bersambung.....