18 Disember 2013

Sentuhan Pertama? First Touch. Kedai Alat Tulis First Touch ni memang agak femes kawasan utara ni. Kat pantai Timur takde la kedai alat tulis camni. Setakat beberapa kedai alat tulis yang pernah saya pergi, First Touch adalah terbaik dari segi harga walaupun kedainya tak berapa besar di Kangar dan Arau, Perlis. (Terdapat juga di Kedah)


Kebaikan tawaran harga di Kedai Alat Tulis First Touch adalah untuk ahli sahaja. Bukan susah nak jadi ahli (Member) First Touch ini. Cuma singgah di mana-mana kedai cawangan First Touch, pergi di kaunter dan minta untuk isi borang ahli (Member) hanya dengan bayaran RM10 untuk Setahun! Memang berbaloi jika korang selalu beli-guna alat tulis. Macam saya, selalu beli keperluan alat tulis kegunaan pejabat/ diri sendiri di sini…

First Touch selalu membuat “Members Day” di mana terdapat diskaun untuk sesetengah barangan alat tulis. “Members Day” bukanlah bermaksud untuk 1 hari sahaja, tapi dalam 1 bulan atau ada jangka tarikh mereka. Dan jika bukan pada “Members Day” pun, bagi pemegang Kad Ahli First Touch mendapat diskaun 10% bagi setiap barangan yang di beli!!

Jadi dengan bayaran RM10 Setahun untuk bayaran sebagai Ahli (Member) First Touch dan diskaun pada “Members Day’ serta diskaun 10% bagi setiap barangan adalah sangat-sangat berbaloi!!

Posted on Rabu, Disember 18, 2013 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

12 Disember 2013

Sejak akhir-akhir ini pelbagai produk berdasarkan Kolagen menjadi perhatian dan di hasilkan. Ada produk kolagen yang di campur dalam minuman harian seperti coklat, kopi, teh dan minuman campuran kesihatan lain. Namun adakah peratusan Kolagen di dalam pra-campuran Kolagen tersebut mencukupi untuk memenuhi keperluan harian seorang manusia? Mungkin harga produk pra-campuran Kolagen ini agak tinggi di samping peratusan kolagen yang rendah sebagai ‘syarat’ untuk mengelarkan sesuatu produk tersebut mempunyai Kolagen. Jadi penulis, Ixbarr Abdullah (Ix) ingin memperkenalkan produk GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen. Ia adalah 100% Kolagen dalam bentuk sedia untuk di ambil bersama makanan kegemaran, minuman atau sebagai topeng muka (mask). Bebas gula, tanpa pewarna dan pengawet tambahan serta tidak mempunyai rasa!
INGAT! GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini bukan khas untuk wanita sahaja, ia adalah untuk pelbagai golongan; Lelaki, Wanita, Tua, Muda kerana Kolagen adalah sejenis protein yang memang di perlukan oleh badan manusia!!
Sebelum membeli produk GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini, sila baca terlebih dahulu kenapa ia adalah pilihan yang tepat!
Kenapa Perlu Kolagen?
Protein dalam badan manusia mempunyai pelbagai fungsi seperti menggantikan sel yang rosak, menggantikan rambut yang gugur, menguatkan tulang, kuku dan pelbagai lagi. Kolagen adalah sejenis protein yang wujud secara semula jadi dalam badan manusia yang menyokong struktur kulit, tulang, sendi, gigi dan otot. Ia juga berfungsi menjadikan kulit anjal, gigi dan tulang yang kuat serta cecair pada sendi. Pada sekitar umur 25 tahun, Kolagen dalam badan manusia hilang fungsi untuk di hasilkan dan mengakibatkan garisan halus pada kulit, kedut, masalah sendi dan tulang lemah. Manusia memerlukan Kolagen tambahan seperti suntikan Kolagen, kapsul Kolagen dan  GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen untuk mengurangkan simptom-simpton seperti di atas.
Kelebihan Kolagen Marin
Antara sumber tambahan Kolagen yang biasa di temui adalah daripada tulang, kulit dan tisu daripada haiwan Lembu, Ikan, Arnab, Kuda dan Khinzir. Namun, selain daripada Ikan, sumber lain mempunyai isu was-was dari segi cara penyembelihan dan membabitkan isu Halal-Haram. Tetapi Kebaikan GlowBro ini adalah 100% sumber Marin Kolagen asli adalah daripada sumber marin iaitu sumber pemprosesan extrak Kolagen Ikan. Oleh itu isu was-was dan risiko penyakit haiwan yang di dapati daripada sumber haiwan lembu dan kuda adalah tiada, di samping GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen disahkan Halal dari segi sumber dan cara pemprosesan.
Kebaikan ‘Hydrolyzed’ Kolagen
Sudah mendapat idea tentang serba sedikit tentang Kolagen? Tentang kebaikan GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini adalah perkataan “hydrolyzed”!. Kolagen daripada sumber haiwan mengambil masa untuk di serap oleh kulit manusia. Namun, proses “Hydrolized” menyelesaikan masalah ini. Proses “Hydrolized” atau Hidrolisis ialah satu proses untuk memecahkan struktur Protein Kolagen kepada struktur yang lebih kecil di panggil ‘Peptide’ untuk memudahkan di serap oleh penghadaman manusia. Terdapat elemen dalam proses ini mempunyai nutrisi 20 kali ganda lebih banyak daripada sumber makanan protein lain! Kajian telah di buat pada tikus menunjukkan kadar penyerapan dan pencernaan Kolagen Hidrolisis ini lebih 90% dalam masa 6 jam. Dengan itu, Kolagen yang telah melalui proses hidrolisis dapat diserap lebih mudah oleh badan manusia dan membaiki struktur kulit, tulang dan sendi. Kajian klinikal juga menunjukkan pengambilan Kolagen yang telah diHidrolisis dapat mengurangkan sakit sendi.
Jadi, apabila usia makin meningkat dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam badan semakin berkurang. Oleh itu dengan pelbagai cara pengambilan GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen dapat menambah keanjalan kulit, mengurangkan kedut dan mengurangkan masalah sendi. 
GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen bukan khas untuk golongan wanita sahaja, ia sesuai untuk semua golongan kerana Kolagen adalah semulajadi wujud dalam badan manusia dan semakin lama semakin berkurang seperti tersebut di atas.
Cara Pengambilan (Disarankan) : Ambil satu scoop/ sudu besar dan campur dalam minuman kegemaran, sekali atau dua kali sehari.
Cara Penggunaan Mask : Ambil satu sudu besar dan pekatkan dengan sedikit air untuk buat topeng muka (mask). Biarkan seketika selama 10-15 minit untuk penyerapan kulit dan basuh.
Hubungi/ Whatsapp : Mr.Izzat Zin (Bob) : 010-2204 776
Facebook (FB) : Glowbro Collagen
Lokasi : (HQ) Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur . Delivery di seluruh Malaysia
Kos Produk & Penghantaran :
Semenanjung Malaysia : RM150 (Termasuk Pos)
Sabah/Sarawak : RM160 East Malaysia Termasuk Pos (tidak termasuk kawasan pendalaman) 

Posted on Khamis, Disember 12, 2013 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

02 Disember 2013


Apakah yang di katakan mati otak?
Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti penafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh di pulihkan.
Mati otak dan pendermaan organ.
Pemindahan organ hanya dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini, anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.
PERSOALAN MENGENAI MATI OTAK DAN PENDERMAAN ORGAN.
1. Saya diberitahu oleh pakar perubatan bahawa ahli keluarga saya mengalami mati otak. Dengan segala peralatan sokongan diberikan, bagaimana pakar perubatan mengatakan bahawa ahli keluarga saya itu benar-benar telah meniggal dunia.
Jawapan: pakar perubatan akan menjalankan ujian-ujian tertentu untuk menjelaskan bahawa pesakit benar-benar telah meninggal dunia.
Seseorang pesakit itu dikatakan telah meniggal dunia apabila.
· Tidak boleh bernafas tanpa adanya alat bantuan penafasan (ventilator)
· Anak mata tidak memberikan sebarang tindak balas kepada cahaya.
· Tiada tindak balas kepada batan otak (brainstem reflexes)
· Ujian juga akan menunjukkan tiada pengedaran darah ke otak.
2. saya di fahamkan apabila individu itu meninggal dunia, jantungnya berhenti berdenyut. Sekiranya ahli keluarga saya mengalami mati otak, kenapa jantungnya masih berdenyut?
Jawapan: jantung sebenarnya mempunyai pacemaker tersendiri daripada otak. Jantung akan berdenyut selagi mendapat oksigen. Jantung ini boleh dikeluarkan daripada badan dan diletakkan dalam larutan tertentu serta diberikan oksigen untuk terus berdenyut. Sehubungan itu selepas mati otak, jantung boleh berdenyut buat beberapa waktu tetapi akan berhenti tidak lama selepas itu walaupun dengan bantuan maksimum.
3. Adakah dengan menghentikan alat bantuan respiratori boleh menjadi penyebab kepada kematian ahli keluarga saya itu serta tidak memberinya peluang untuk meneruskan kehidupan?
Jawapan: apabila pesakit disahkan mati otak, dia sebenarnya telah meninggal dunia. Otaknya tidak berfungsi lagi. Oleh kerana pesakit telah meniggal dunia, tindakan memberhentikan bantuan respiratori tidak merupakan penyebab kematian. Bantuan respiratori hanya membuatkan jantung pesakit berdenyut untuk seketika tetapi jantung itu tetap juga berhenti walaupun dengan semua bantuan yang diberikan.
4. Adakah rawatan ke atas saya diabaikan sekiranya diketahui saya telah mendaftar sebagai penderma organ?
Jawapan: tidak. Semua pesakit akan diberikan rawatan dan perhatian yang sewajarnya tanpa mengira sama ada anda telah mendaftar sebagai penderma organ atau tidak. Pegawai perubatan akan berusaha sedaya upaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ adan tisu hanya akan dibincangkan dengan waris selepas kematian telah disahkan.

5. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
Jawapan: Organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pancreas. Tisu-tisu pula adalah mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung.
6. Adakah kami akan diberitahu organ mana yang di ambil dan kepada siapa organ tersebut didermakan.
Jawapan: Pusat transplan akan memaklumkan kepada keluarga penderma berkaitan organ yang di ambil dan sedikit maklumat berkaitan penerima. Namun begitu nama akan dirahsiakan dan tidak diberikan kepada keluarga penderma dan penerima.
7. Adakah keluarga penderma perlu membayar kos pembedahan pemindahan organ atau tisu yang di jalankan?
Jawapan: Tidak. Keluarga penderma tidak perlu membayar kos pembedahan. Namun begitu kos rawatan sebelum pembedahan pemindahan organ dijalankan masih di bawah tanggungjawab keluarga penderma.
8. Bagaimanakah pemindahan organ dijalankan?
Jawapan: proses pemindahan organ dan tisu adalah suatu pembedahan yang bersih dan steril. Pembedahan dijalankan oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak akan mengalami sebarang kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat, tanggungjawab serta tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.
PASTIKAN ANDA MEMBERITAHU AHLI KELUARGA TERDEKAT BAHAWA ANDA TELAH MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN. INI A\KERANA AHLI KELUARGA ANDA ADALAH PENENTU HASRAT MURNI ANDA TERCAPAI!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.
Talian Terus: 03-2615 6576 / 03-2694 2705 / 03-2694 2705
Talian Bebas Tol: 1-800-88-9080  
Faks: 03-2615 6269      Emel: ntrc@hkl.gov.my
Pusat Sumber Pendermaan Organ , Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Talian: 05- 5222 324     Faks: 05-2531 541
Pusat Sumber Transplan, Hospital Pulau Pinang
Talian: 04-2225 780     Faks: 04-2292 433
Pusat Sumber Transplan Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah
Talian: 07-2231 666 samb. 2751    Faks: 07-2242 694

Sumber: Terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (www.myhealth.gov.my / www.infosihat.gov.my )

Posted on Isnin, Disember 02, 2013 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. 

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Essential Keyboard ShortcutsLalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Posted on Isnin, Disember 02, 2013 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...