Salam Berhujung minggu terakhir dalam Bulan Ramadhan.

Hidup sebagai perantau memang akan melalui kehidupan yang macam ni pada bulan puasa sebelum@pada hari nak balik ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri..(aku la perantau yang camni)..

Yang macam
(1) Berebut2 beli tiket bas yang sangat terhad terutamanya bas Perlis-Terengganu ni...
(2) Berbuka puasa di stesen bas @ berbuka puasa, bersahur di dalam bas..
(3) Beli stok makanan banyak2 untuk bersahur dalam bas...
(4) Duk termenung, mengelamun, pandang luar tingkap bas...
(5) Tidur dalam bas..bila terbangun tengok luar tingkap sambil bertanya,"ehh..sampai mana dah ni????"...
(6)Tertidur dalam bas dan tak bangun sahur...
(7) kalau outstation, berbuka dalam bilil hotel sorang2....
(8) dan sebagai partime blogger yang ada smartphone, update blog ringkas dengan menggynakan app Blogger....

Apabila berada di dalam bas, semua penunpang mula mengambil tempat masing2 dan kemudian mula menelefon untuk beritahu,"Hello, orang dalam bas dah ni..."... memaklumkan kepada orang tersayang bahawa kita bakal bermusafir jauh dan mengharapkan untuk berjumpa dengan orang yang tersayang di destinasi musafir kita...

Selamat bermusafir, memulakan perjalanan..ingat kepada Tuhan, Ingat kepada tujuan, destinasi, dan harapan akhir musafir kita supaya kita lebih berhati2 dalam perjalanan.....

Saya Iqbal a.k.a Iqmal ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya secara langsung @ tidak langsung, secara realiti @ maya sepanjang perkenalan kita.Saya spt manusia lain yg ada emosi, mimik, tuturkata,perbuatan, tingkah laku yg menguris,membuat hati manusia lain terasa hati.Selamat Hari2 &Maaf Zahir Batin~~

Via Smartphone Android HTC Wildfire.