Salam syawal. Salam kembali bekerja dan kembali ke sekolah.

Baru sahaja lepas menyambut aidilfitri di kampung Terengganu, sekarang dah kembali merantau di negeri Utara mencari rezeki. Biasalah, bila berada di kampung bersama keluarga tak pernah cukup masa untuk diluangkan bersama.

Lepas seronok raya-raya ni la mula fikir pasal 'ongkos' untuk menyara kehidupan diri sendiri.. dan selepas raya ni jugak la kedua-dua Notebook Asus dan Netbook Acer ni masuk air... Bila dah masuk air alatan eletronik ni mula la wat hal. Baru je hantar kat Kedai Komputer Magma (Berhampiran RHB Islamik Bulatan TNB Kangar). Diorang kata kedua-duannya rosak "motherboard".

Dan bila rosak motherboard pada laptop, memang boleh baiki dengan harga beberapa ratus, tapi kata mereka bila tukar motherboard baru, dibimbangkan mungkin komponen lain tak ngam lak dan kena baiki dengan kos beberapa ratus lagi....

Kesimpulannya, bila "motherboard" laptop atau komputer rosak, kos repair seperti membeli komputer baru la... Apa lah aku nak buat dengan komponen Acer dan Asus yang dah rosak ni ye?? Idea??