17 Ogos 2013

Salam syawal. Salam kembali bekerja dan kembali ke sekolah.
Baru sahaja lepas menyambut aidilfitri di kampung Terengganu, sekarang dah kembali merantau di negeri Utara mencari rezeki. Biasalah, bila berada di kampung bersama keluarga tak pernah cukup masa untuk diluangkan bersama.
Lepas seronok raya-raya ni la mula fikir pasal 'ongkos' untuk menyara kehidupan diri sendiri.. dan selepas raya ni jugak la kedua-dua Notebook Asus dan Netbook Acer ni masuk air... Bila dah masuk air alatan eletronik ni mula la wat hal. Baru je hantar kat Kedai Komputer Magma (Berhampiran RHB Islamik Bulatan TNB Kangar). Diorang kata kedua-duannya rosak "motherboard".
Dan bila rosak motherboard pada laptop, memang boleh baiki dengan harga beberapa ratus, tapi kata mereka bila tukar motherboard baru, dibimbangkan mungkin komponen lain tak ngam lak dan kena baiki dengan kos beberapa ratus lagi....
Kesimpulannya, bila "motherboard" laptop atau komputer rosak, kos repair seperti membeli komputer baru la... Apa lah aku nak buat dengan komponen Acer dan Asus yang dah rosak ni ye?? Idea??

03 Ogos 2013

Salam Berhujung minggu terakhir dalam Bulan Ramadhan.

Hidup sebagai perantau memang akan melalui kehidupan yang macam ni pada bulan puasa sebelum@pada hari nak balik ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri..(aku la perantau yang camni)..

Yang macam
(1) Berebut2 beli tiket bas yang sangat terhad terutamanya bas Perlis-Terengganu ni...
(2) Berbuka puasa di stesen bas @ berbuka puasa, bersahur di dalam bas..
(3) Beli stok makanan banyak2 untuk bersahur dalam bas...
(4) Duk termenung, mengelamun, pandang luar tingkap bas...
(5) Tidur dalam bas..bila terbangun tengok luar tingkap sambil bertanya,"ehh..sampai mana dah ni????"...
(6)Tertidur dalam bas dan tak bangun sahur...
(7) kalau outstation, berbuka dalam bilil hotel sorang2....
(8) dan sebagai partime blogger yang ada smartphone, update blog ringkas dengan menggynakan app Blogger....

Apabila berada di dalam bas, semua penunpang mula mengambil tempat masing2 dan kemudian mula menelefon untuk beritahu,"Hello, orang dalam bas dah ni..."... memaklumkan kepada orang tersayang bahawa kita bakal bermusafir jauh dan mengharapkan untuk berjumpa dengan orang yang tersayang di destinasi musafir kita...

Selamat bermusafir, memulakan perjalanan..ingat kepada Tuhan, Ingat kepada tujuan, destinasi, dan harapan akhir musafir kita supaya kita lebih berhati2 dalam perjalanan.....

Saya Iqbal a.k.a Iqmal ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya secara langsung @ tidak langsung, secara realiti @ maya sepanjang perkenalan kita.Saya spt manusia lain yg ada emosi, mimik, tuturkata,perbuatan, tingkah laku yg menguris,membuat hati manusia lain terasa hati.Selamat Hari2 &Maaf Zahir Batin~~

Via Smartphone Android HTC Wildfire.

[Post ini di edit daripada Post pada 26 Ramadhan 1433H bersamaan 15 Ogos 2012 M] Hari ini sudah masuk 25 Ramadhan 1434H bersamaan 03 Ogos 2013 M. Bulan Ramadhan semestinya amat cepat berlalu. Cepatkah? Ia sama seperti hari sebelum-sebelum ini, masih 24Jam sehari, 7 Hari Seminggu dan dalam 365/366 hari setahun.Ramadhan berlalu syawal menjelma

Tapi kenapa Ramadhan terasa begitu cepat berlalu?

Bulan Ramadhan Berlalu, di sambut pula bulan Syawal. Pada 1 Ramadhan, umat islam yang berkemampuan akan menahan nafsu, lapar dan dahaga di siang hari; manakala pada 1 Syawal di sambut memberi nikmat kepada yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan merasai makan di siang hari.

Jadi erti “Raya pada 1 syawal” sebenar adalah untuk umat islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.

Tapi Istilah ‘Raya’ juga di gunakan untuk menarik minat umat manusia untuk meraih keuntungan. Memberi diskaun hebat! Berpusu-pusu mencari. menukar semuanya serba baru bagaikan ingin menjadikan teratak rumah kepada sebuah istana!

Mercun yang berharga berpuluh-puluh ringgit yang mampu mengisi perut manusia yang kelaparan dengan makanan beberapa hari dibakar dengan bangganya! Bersorak gembira terhadap api yang membakar, bunyi yang menggema seluruh alam seperti meneriak ke gedendang telinga. Ahh! lantak aku lah! duit aku cari! Raya setahun sekali jer!

Ya! Raya hanya setahun sekali. Tapi, hidup dan umur adalah sekali sepanjang hayat. Kehidupan hari ini adalah untuk hari esok dan seterusnya.

Lagu,festival raya pelbagai nada, lirik dan gaya bergema, menghiasi seluruh media. Menyelinap seluruh jiwa manusia mengatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling gembira seluruh hari, lupakan masalah, kawan, sahabat handai saudara mara ramai tak terkira sehingga terlupa nama… Kehidupan untuk esok masih ada, bagaimana persiapan untuk hari kita berduka? Masihkah ada mereka?

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN MENIKMATI BULAN SYAWAL DARIPADA PENULIS BLOG ismiqbal.

Berpada-pada berbelanja.

Berhati-hati di Jalan raya dan di mana sahaja berada.

Jangan asyik main mercun sehingga memudaratkan orang lain. Bunyi mercun adalah PENCEMARAN BUNYI! Jangan buat orang lain sakit hati.

01 Ogos 2013


Sempena sambutan Hari Pahlawan Malaysia 31 Julai lepas, kita layan video viral internet, gelagat abang-abang askar yang 'miming' lagu Alasanmu oleh Exist katanya.....

Video ragam aksi lebih kurang lima minit ni membuat korang..korang dan korang tersenyum...apa-apa pun layan jer la....

Kot-kot ada syarikat rakaman nak sign kontrak ke cam Si Bobo (nama Landak Hedgehog aku)  tu....

video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com