Salam Blogging. Salam Perantauan. Salam Ramadhan.

Sebagai perantau di negeri orang pada hari puasa ialah 'Tiket bas beli tak lagi????', 'Tiket bas ada tak lagi???'. Begitu lah nasib seorang perantau yang takde kenderaan sendiri nak balik kampung. Dah la hanya beberapa kali sahaja balik kampung dalam setahun.

Kali terakhir aku balik kampung Kuala Terengganu ialah pada Pilihanraya Umum Ke-13 dulu. Pada masa tu harga tiket bas dari Kangar,Perlis ke Kuala Terengganu ialah RM58. Sekarang masa beli tiket pergi-balik raya dah naik harga dah; RM63.80!!!! Beza RM5.80 tu!!!. Naik 9.09%... ingat ni caj GST ke.. tapi sebagai rakyat a.k.a pengguna tetap terpaksa la menerima dengan hati yang rela.

Bagi yang merantau dan balik dengan pengangkutan awam. Dah beli tiket ke? Rancang cuti awal-awal.. senang nak beli tiket pergi-balik... aku pun dah apply cuti awal2 dah, tak tau approve ke tidak.. tiket dah beli dah...

SELAMAT BERPUASA. BERBUKA. BERTERAWIH. MERANTAU.