Salam Ramadhan,Salam Blogging semua.
Hari kedua puasa. Baru je nak stock-up barang makan dan plannya nak singgah kat Kedai Rakyat 1Malaysia area Bintong.. Bila masuk cari barang yang hendak dibeli...dah naik dah!!! Walaupun cuma naik beberapa sen,bagi yang kurang mampu macam aku ni memang ada bezanya.
Memang sesetengah barang sini ada yang lebih murah, tapi kebanyakkan yang murah adalah repack semula dari barang berjenama. Mungkin Kedai Rakyat 1Malaysia di Kangar,Perlis ni agak kecik, tersorok dan pelanggan tak berapa ramai untuk pengurus nak dapatkan keuntungan bulanan, sebab tu harga tak berapa nak murah kot.
Jadi kebanyakkan pembeli beralih ke Kedai Borong Din-CS di Taman Kemajuan,Kangar,Perlis untuk borong barang2 stock dapur khususnya.
Kesimpulannya, untuk lebih banyak pilihan..pilihlah Kedai Borong Din-CS... Jangan keliru, di Perlis ada dua Kedai Borong Din. Satu kedai Borong Din-CS dan satu lagi Borong DinHH....