8/6/13: Membawa kawan yang datang jauh ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk satu hari semalam. Sekecil-kecil negeri Perlis ni, kalau bawak naik motor letih jugak; panas terik..nak shopping pun tak berbaloi.

Oleh kerana panas terik, ahhhh!!! Dahaganya!!! Kami singgah ke Fatinaz Cendol Pulut. Tempat cendol yang terkenal di Perlis! Jom pekena Cendol Special yang sejuk...Sedapnya!!! Cendol pulut dan tapai serta Air Bandung Cincau di hari panas terik ni. Memang ramai orang sini...
Oleh kerana Perlis ni agak biasa, jadi salah satu tempat perlancongan ialah Rimba Herba Perlis. Di buka setiap hari sehingga jam 5 petang.

Semasa kami sampai di sana sekitar 2 petang,.hanya kami berdua sahaja dengan penjaga kaunter. Bayaran masuk tak pasti. 

Kemudian kami masuk ke dalam Rimba Herba mengikut trek berkenaan. Memang banyak herba yang tersenarai cuma ada sesetengah tidak dapat dikenalpasti kerana bercampur dengan tumbuhan lain dan ada yang mati. Memang menarik dapat tau yang ada tumbuhan hiasan dan tumbuhan yang biasa nampak sebenarnya mempunyai nilai perubatan seperti Bunga tahi ayam, lada hitam, kayu manis, lidah jin dll.

Selepas habis keluar dari Rimba Herba, ada hidangan minuman teh Misai Kucing. Rasa macam teh cina. Kemudian aku yang membeli cenderahati tiga jenis pokok herba berharga RM10 satu polibag untuk ditanam di rumah sewa aku ni... Pokok yang aku pilih ialah (1) Eurycoma longifolia -Tongkat Ali (2)Clinacanthus nutans - Belalai Gajah (3) Ortosiphon stamineus - Misai Kucing.
Waktu maghrib pula kami solat di Masjid Terapung di Kuala Perlis, berhampiran jeti. Yang sentiasa menjadi tanda soal aku ialah selepas solat aku tak mendengar imam baca wirid, doa... tup..tup..bagi pengumuman.. sekurangnya biar makmum maklum..

Untuk makan malam, kami makan di Medan Selera sana. Gerai No.10. Untuk order kena minta, pilih sendiri.. tak berapa banyak pilihan makanan laut berbanding kedai lain. Menu kali ini ialah seekor ikan siakap (kerat dua bahagian: masak 3 rasa & bakar), sepinggan kerang bakar, 2 ekor sotong bakar, 5 ekor udang celup tepung, sambal petai. Semua untuk makan dua orang dan harganya macam agak mahal! RM85!!!!
memang sendat aku makan coz aku yang banyak menghabiskan.. Biasa orang jauh ni datang nak merasa jer...

Sebelum gerak ke Kangar (kawan aku sewa hotel sana), kami singgah ke tapak jual beli tepi medan selera tu, dan aku yang terlebih dari pelancong, beli 'Kunai', yang macam Anime Ninja Jepun, Naruto tu.. macam pisau belati tapi ini untuk baling.. tapi aku beli bukan sebagai senjata, untuk hiasan sahaja. Banyak jenis Pedang, pisau, belati, baton, pedang samurai, kqtana yang dia jual. Memang ada permit. Dalam resit pembelian dia akan catat no.ic, bimbang jika ada roadblock nanti, tunjuk resit dan polis akan hubungi penjual untuk pengesahan.
Tour guide berakhir di situ sahaja untuk hari yang singkat...
P/S: Nak rasa Tongkat Ali pure?