KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Beberapa hari lepas, boleh pulak nak mengidam makan Ketupat Sotong ni... Jadi dengan gigihnya aku meng'google' segala resipi yang ada dalam internet, print dan baca...Akhirnya aku nekad!!! first time masak dan second time makan ketupat sotong ni....

Untuk yang tak tahu, Ketupat Sotong merupakan makanan tradisional Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Jadi, versi Ketupat Sotong Kelantan dan Terengganu mungkin sedikit berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kebiasaannya bahan-bahan aku beli di pasar malam, pada hari Isnin ada Pasar Malam di Simpang Abi, Kangar, Perlis. Aku beli sotong mentah (kecil-kecil jer) RM5 untuk 600gm (RM8 untuk 1kg) tak tau la murah ke tidak, first time beli. Halba satu peket RM1, Bawang merah dan halia RM2, cukup la untuk beberapa kali masak. Beras pulut RM5 untuk 1 kg. Oleh kerana berada di Perlis, mungkin beras pulut daripada Thailand kot...

So, pada petang selepas maghrib bermula lah aktiviti di dapur bersama orang bujang di perantauan yang sedang mengidam ni....
Setelah beberapa resipi aku baca di internet, akhirnya aku buat suka hati jer...

BAHAN-BAHAN/ LANGKAH-LANGKAH
- Sotong segar (mengikut saiz dan kuantiti). Rekemen Sotong saiz sederhana. Baru puas makan.
- Beras pulut
- Sedikit rempah Halba
- Bawang merah (di mayang halus)
- Halia muda (di mayang halus)
- sedikit Oat (mengikut citarasa)
- sedikit garam (mengikut citarasa)
- Kalau suka manis, letak gula melaka/ gula perang (tak rekemen guna gula putih)
- kalau suka pedas boleh letak hirisan cili (mengikut tahap kepedasan).

1. Sukat beras pulut mengikut kuantiti dan saiz sotong...oleh kerana sotong aku kecik jer, jadi sedikit sahaja la berasnya (aku tersilap letak banyak, jadi banyak membazir!!)
2. Rendamkan beras pulut yang telah di cuci bersih dengan sedikit santan cair. Rendam dengans sedikit air panas/ atau letakkan sedikit air dan panaskan untuk kembangkan beras pulut. Nanti boleh jimatkan masa masak. Rendam lebih kurang 1 jam.
3. Basuh setiap sotong yang di gunakan. Asingkan kepala dan badan sotong. Buang tulang sotong supaya tidak kacau line  semasa nak makan nanti.
TIPS: Cuci sotong dengan teliti, buang segala dakwat kekal sotong tu.. nanti bila masak takdela hitam kuahnya....Ada resipi cadangkan buang kulit sotong yang merah tu.. boleh juga, tapi aku biarkan biar nampak natural dan rasa sotong tu..kuah mungkin nampak kemerahan disebabkan kulit luar sotong tersebut.
4. Sediakan hirisan halia muda (di mayang halus), hirisan bawang merah (dimayang halus), sedikit halba, (kalau nak letak daun pandan boleh juga untuk naikkan aroma selera.)
TIPS: Aku suka guna halia muda kerana bila makan Ketupat Sotong dengan kauhnya, terkaut punya sekali dengan halia, boleh makan sekali..rasa halia muda yang rangup, aroma halia dan halba bercampur dalam kuah tersebut memang menyelerakan!!
 5. Setelah beras pulut dan rendaman bersama santan dan oat sudah kembang, sotong pun sudha di cuci bersih tanpa dakwat kekal... mula la tugas menyumbat beras pulut ke dalam sotong!!

TIPS: Jangan terlalu penuh atau terlalu kurang... dalam anggaran 3/4 jer.. nanti beras pulut akan kembang memenuhi badan sotong semasa masak nanti.
6. Panaskan sedikit air bersama santan dan oat sebagai pemekat. Taburkan secubit garam sebagai perasa. Aku tak suka masakan terlalu masin dan terlalu manis. Biar rasa natural  sotong baru best.

TIPS TAMBAHAN: Memang dah jadi tabiat aku jika hendak pekatkan masakan, aku guna Oat. tapi jangan terlalu banyak.
7. Masukkan sotong yang di sumbat dengan beras pulut kedalam periuk dan biarkan seketika sehingga mendidih.. Jika suka kuah pekat, masak lama sedikit.. tapi oleh kerana sudah di campur oat, ia memang menjadi pekat lemak berkrim.. tak perlu letak santan banyak-banyak.

makanan tradisional, resipi, ketupat sotong,
SELAMAT MENIKMATI. Aku dah bagi sampel ke kawan aku dan dia kata sedapp!! (cuma dia kata dia pernah makan yang manis semasa di Kelantan.. Itu versi Kelantan ye..)


Resepi Ketupat Sotong Terengganu [Sumber: Resipi Bonda]

Bahan-Bahan:
1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya
200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
3 cawan santan pekat – untuk kuah
Sedikit halba
2 cm halia – dimayang
3 ulas bawang merah – dimayang
Gula, garam dan perasa.
lidi yang mencukupi

Cara Memasak:
1. Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk.
2. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
3. Masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
4. Kemudian, masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.
Resepi Ketupat Sotong #2 [Sumber: Dapur Tanpa Sempadan]
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram beras pulut, cuci dan rendam 45 minit
250 ml santan cair + sedikit garam dan kacau rata
9 - 10 ekor sotong bersaiz besar
1 liter santan
6 biji bawang merah, hiris halus
1 camca teh halba
2 batang serai
1 inci halia, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, satukan pulut dengan 250 santan tadi, kacau dan tuang dalam bekas, kukus 25 minit hingga pulut tanak, kareh pulut tadi dan sejukkan.
  2. Sotong dibersihkan buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian putih, bersihkan juga kepala sotong. Lab dengan paper towel hingga kering. Ketepikan.
  3. Ambil satu sotong tadi dan isi dengan pulut 3/4 penuh, kemudian masukkan kepala sotong dan semat dengan lidi sate yang dikerat pendek atau gunakan toothpick, kemaskan dan buat hingga siap.
  4. Panaskan santan tadi, bila mendidih, masukkan serai, halba, bawang merah hiris, halia dan sotong, kecilkan api, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, kacau perlahan dan masak hingga kuah pekat.
  5. Keluarkan sotong, hiris dan tuang kuah atasnya sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!



Ketupat Sotong/ Sotong Sumbat ~ Pedas [Sumber: Resipi Raidah]


  1. 6 ekor sotong ~ buang selaput/kulit luar, bersih dan ditoskan
    1 cawan beras pulut
    1 cawan santan cair
    2 sudu cili kisar
    2 ulas bawang kecil**
    2 batang serai**
    1/2 inci lengkuas**
    2 biji buah keras**
    **Dikisar/tumbuk halus
    2 cawan santan pekat
    Garam dan gula secukupnya
    Lidi
    Minyak untuk menumis.

    Cara penyediaan:
    1. Masak/kukus beras pulut dengan santan cair sehingga separuh masak. Setelah agak sejuk sumbatkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh/padat, lebih kurang 3/4 badan sotong.
    2. Kemudian masukkan kepala sotong dalam sotong tersebut dan sematkan/tutup dengan lidi.
    3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar/tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan santan dan sotong. Masukkan juga garam dan gula secukupnya.
    5. Masak dengan api sederhana sehingga sotong masak dan kuah agak pekat.