05 Mei 2013. Hari yang menentukan kepimpinan negara. Bagaikan Hari Raya bagi semua rakyat Malaysia. Satu hari Perayaan tanpa mengira Bangsa, Agama & berumur 21 tahun ke atas. Pilihan Raya ke-13!!!
PRU-13 ini merupakan PRU pertama saya. (sebelum ni masih tak cukup bulan untuk undi). Baru sahaja melaksanakan tanggungjawab mengundi pemimpin yang saya letakkan harapan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Saya harap pemimpin itu dapat memikul beban semua pengundi yang memilih beliau.
dakwat kekal, pru13, pilihanraya, politik
Kalau tak silap, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) heboh memaklumkan bahawa penggunaan dakwat kekal bagi pengundi (dengan yakinnya) akan hilang dalam tempoh 7 hari. Selaku seorang pengundi yang bersifat ingin tahu, saya nak acu cuba try test la...

Semasa dalam bilik undi, ejen mencalitkan dakwat kekal tersebut. Rasanya agak dingin seperti mempunyai kandungan alkohol sebagai pelarut. Jari telunjuk kiri tu semasa memangkah masih sejuk (maksudnya belum kering lagi). Jadi, saya memangkah dengan hati-hati agar tidak merosakkan kertas undi tersebut.

Tak sampai 5 minit, sudah selesai tanggungjawab untuk 5 tahun akan datang. Apabila sampai di rumah, perasaan ingin tahu mengenai dakwat kekal seperti SPR dengan yakin menghebohkan dalam media massa adalah normal. Jadi, saya cuba membasuh dengan air paip mengalir, kelihatan dakwat masih tidak kering sepenuhnya kerana semasa membasuh masih ada sedikit dakwat biru mengalir. Kemudian saya cuba basuh dengan bahan cucian yang biasa guna 'Sunlight', nampaknya bahan cucian dapat melarutkan dakwat kekal tersebut dan secara tidak langsung menghilangkan sifat 'dakwat' dengan aliran air dan sedikit gosokan dengan jari.
dakwat kekal, pru13, pilihanraya, politik

Jadi, bahan cuci mempunyai ejen pelarut yang jenis bersifat berminyak dan beralkohol mungkin. Kemudian, gosok punya gosok, kesan dakwat kekal mulai pudar dan hilang dari permukaan kulit. Yang tinggal cuma kesan dakwat pada celah kuku sahaja.

Persoalan: Kenapa di panggil dakwat kekal? Adakah terdapat perbezaan dakwat yang demo dalam media massa dan dakwat yang digunakan secara realiti pengundian? Apakah prosedur atau SOP yang sepatutnya untuk penggunaan dakwat kekal tersebut?

Nota: Ya, memang yang lepas di biarkan. Tapi ia seperti 'Product Complaint', pengundi sebagai pengguna berhak komplain terhadap produk (dakwat kekal) seperti yang di iklankan. Mungkin SPR dapat membuat kenyataan seperti:-
"Produk Dakwat kekal tidak seperti demostrasi, sebarang perubahan warna, kesan pada kulit, sifat tanggal adalah BUKAN tanggungjawab kami".