25 Mei 2013

Aahhh!!! Akhirnya sampai jugak aku di Pulau Langkawi buat kali pertama dewasa ini.. Kali terakhir aku ke Langkawi ialah semasa lawatan lepas SPM 8 tahun lepas!!!

Perancangan kami sedikit lari sebab bas yang kawan2 dari Terengganu naik sampai lewat ke Kuala Perlis ni..jadi tak sempat naik feri terakhir dari Kuala Perlis-Langkawi pada 7 petang tu.. Jadi, kami berlima menginap  sementara di TYH Hotel (Hotel bajet yang tak berapa best dan tokey2 tak berapa mesra pelanggan)-:

- Bilik 1 katil double dengan tilam keras = RM80
- Bilik 1 katil double + 1 katil single = RM100
* Bilik air, aircond, tv dalam..tiada air panas..tv kena guna remote klu ada la...selimut, tuala sangat nipis melayang..sejuk giler!

Rate: 2/5.. Hotel Bajet..kalau nak.stay di T-Hotel kena booking awal2, kalau tak, memang penuh...
**Kalau nak.mewah skit, ada juga Putra Brasmana Hotel dan Seaview Hotel.

Jam 10:30 pagi kami naik Ferry Lada 2. Harga tiket untuk dewasa RM18 dan Kanak-kanak RM13, untuk umur bawah 3 tahun adalah Percuma. Perjalanan feri lebih kurang 1 jam.
Dalam 11:30 pg, kami pun sampai di Jetty Kuah, memang ramai pelancong dalam dan luar negara..di jeti siap ada Baskin n robin, starbuck, oakley dan branded2 semua!!! Kalau plan nak pergi snorkelling, ada kedai kamera yang jual underwater camera pakai buang (yang guna kodak tu)..nanti semasa beli minta nasihat, tunjuk ajar dengan tuan kedai ye...

Kawan kami dah sewa kereta (Toyota Vios) agak2 yang muat 5 orang.. Kadar dalam RM160 untuk 24 jam klu tak silap...Dan stay di rumah konon-konon homestay..sebenarnya Barrack polis.. so, kami kena masuk parking dalam kawasan Balai Polis, then pergi ke rumah sewa..Kadar harga RM240. 3 Bilik (2 bilik katil single, 1 katil queen size+bilik air), Hanya ada saluran TV3 sahaja (takde Astro)
Catatan blog untuk separuh hari ni Pulau Langkawi!!
P/S: Aku bercuti dengan pet Hedgehog aku, Si Bobo, tuan.baru Bobo dan kawan2 nya.

13 Mei 2013

Salam Semua...
Hobi saya dari kecil sampai la ke dah besar panjang ni ialah mengumpul benda-benda. Dan salah satu kategori benda-benda ni ialah #SeaShells (Kerang-kerangan/ Kulit Siput laut). Alang-alang dah balik Terengganu baru-baru ni semasa mengundi, lepak di pantai memang dah perkara wajib..dan perkara wajib juga untuk mengutip #SeaShells ni...

Semalaman dengan kepala berserabut dan melayan movie ulangan #TheHobbits dan membelek-belek #Artistic Wire serta  #SeaShells ni.. fikir-punya fikir, gulung-punya gulung, belit-punya belit... maka terhasillah seni terbaru saya!! #Ismiqbal.

seni, dawai, kerang laut, seashells., kreatif

seni kreatif, kerang laut, dawai
#Hobi #Sains #Seni #Semulajadi

12 Mei 2013

Musim Mempelam harumanis datang lagi!!! Tahun 2013 kira dah kali kedua saya merasa harumanis ni sepanjang di perantauan di Negeri Perlis Indera Kayangan.

Kebiasaannya musim MemPelam Harumanis sekitar Bulan 4, 5, 6. Tahun ni dapat juga merasa lagi Mempelam Harumanis yang menjadi agro-mark Perlis. Harumanis menurut orang tempatan ni ialah Buah mempelam yang telah dikacuk masa kecik2.

Tahun ni kualitinya agak kurang berbanding yang saya makan tahun lepas. Harganya pun dah naik!
Tahun lepas saya beli dengan harga RM15 sekilogram (Dua biji shj!) dengan gred B. Tahun ni bila tengok harga.....RM18-20 per kilo tapi buahnya kecik, rasa tak best, tak harum dan tak berapa manis.
Ada juga dijual Air Harumanis, tapi.....bergantung pada kedai gak... 

Jika pelawat luar datang nak beli buah harumanis ni, untuk merasa cukuplah sebiji je.. tapi sampai berkilo-kilo rasanya tak berapa sangat jika tak kena dengan betul-betul harum dan manis.

05 Mei 2013

05 Mei 2013. Hari yang menentukan kepimpinan negara. Bagaikan Hari Raya bagi semua rakyat Malaysia. Satu hari Perayaan tanpa mengira Bangsa, Agama & berumur 21 tahun ke atas. Pilihan Raya ke-13!!!
PRU-13 ini merupakan PRU pertama saya. (sebelum ni masih tak cukup bulan untuk undi). Baru sahaja melaksanakan tanggungjawab mengundi pemimpin yang saya letakkan harapan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Saya harap pemimpin itu dapat memikul beban semua pengundi yang memilih beliau.
dakwat kekal, pru13, pilihanraya, politik
Kalau tak silap, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) heboh memaklumkan bahawa penggunaan dakwat kekal bagi pengundi (dengan yakinnya) akan hilang dalam tempoh 7 hari. Selaku seorang pengundi yang bersifat ingin tahu, saya nak acu cuba try test la...

Semasa dalam bilik undi, ejen mencalitkan dakwat kekal tersebut. Rasanya agak dingin seperti mempunyai kandungan alkohol sebagai pelarut. Jari telunjuk kiri tu semasa memangkah masih sejuk (maksudnya belum kering lagi). Jadi, saya memangkah dengan hati-hati agar tidak merosakkan kertas undi tersebut.

Tak sampai 5 minit, sudah selesai tanggungjawab untuk 5 tahun akan datang. Apabila sampai di rumah, perasaan ingin tahu mengenai dakwat kekal seperti SPR dengan yakin menghebohkan dalam media massa adalah normal. Jadi, saya cuba membasuh dengan air paip mengalir, kelihatan dakwat masih tidak kering sepenuhnya kerana semasa membasuh masih ada sedikit dakwat biru mengalir. Kemudian saya cuba basuh dengan bahan cucian yang biasa guna 'Sunlight', nampaknya bahan cucian dapat melarutkan dakwat kekal tersebut dan secara tidak langsung menghilangkan sifat 'dakwat' dengan aliran air dan sedikit gosokan dengan jari.
dakwat kekal, pru13, pilihanraya, politik

Jadi, bahan cuci mempunyai ejen pelarut yang jenis bersifat berminyak dan beralkohol mungkin. Kemudian, gosok punya gosok, kesan dakwat kekal mulai pudar dan hilang dari permukaan kulit. Yang tinggal cuma kesan dakwat pada celah kuku sahaja.

Persoalan: Kenapa di panggil dakwat kekal? Adakah terdapat perbezaan dakwat yang demo dalam media massa dan dakwat yang digunakan secara realiti pengundian? Apakah prosedur atau SOP yang sepatutnya untuk penggunaan dakwat kekal tersebut?

Nota: Ya, memang yang lepas di biarkan. Tapi ia seperti 'Product Complaint', pengundi sebagai pengguna berhak komplain terhadap produk (dakwat kekal) seperti yang di iklankan. Mungkin SPR dapat membuat kenyataan seperti:-
"Produk Dakwat kekal tidak seperti demostrasi, sebarang perubahan warna, kesan pada kulit, sifat tanggal adalah BUKAN tanggungjawab kami".

04 Mei 2013

Kita selalu dengan quote "Di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita".
Jadi, pepatah itu tidak pernah luput. Sempena Pilihanraya esok hari (05hb Mei 2013), pilihlah seorang pemimpin yang dapat memimpin negara dengan sebaiknya.

Pemimpin-pemimpin di dalam Malaysia ini kita dapat lihat cara kepimpinan mereka. Tapi jika kita lihat wanita di sebalik Pemimpin tersebut. Bagaimana?

Jika pemimpin tersebut mampu memimpin wanita tersebut kearah yang sepatutnya seperti memelihara kesucian islam dengan menjaga aurat, menjaga batas pergaulan.. Jadi, tidak kekok lah jika pemimpin itu mencanang mengenai 'kesucian islam' tersebut... tapi sebaliknya.. bukankah ianya hanya kata-kata kosong?

Wahai Wanita di sebalik seorang Pemimpin, jagalah maruahmu, jagalah tingkah lakumu, tunjukkan yang terbaik kepada orang yang dipimpin oleh Pemimpin itu supaya orang yang di pimpin melihat dengan cara yang positif. 

Wanita itu yang memberi keyakinan kepada lelaki, Kerana wanita juga dapat meruntuhkan kepimpinannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com