Salam hujung minggu! Bukan main tajuk.. siap ada musim luruh di 'Korea' (Kangar), Perlis lagi!!
Well, itu lah suasananya.. walaupun dah setahun aku bermastautin di negeri orang ni, ni baru kali pertama melihat musim luruh bunga-bunga yang warna kuning ni...
Suasana sangat cantik, menarik untuk sesi fotografi.. kalau ada awek, anak bini dah ajak berpicnic bawah rimbunan pokok ni..sambil angin sempoi-sempoi bahasa, pastu kelopak-kelopak bunga berguguran macam bunga sakura... wahhh!!! Seriously, absolutely breath-taking scenery..
Orang-orang Perlis (atau orang yang merantau di negeri Perlis yang kecik molek ni) dapat menikmati permandangan, suasana musim luruh ala-ala para-para sakura :)