persimmon, pisang kaki
Ini ialah buah pisang kaki, walaupun bentuk macam tomato dan rasa macam epal..rasanya manis dan rangup, biji macam buah ciku tapi besar skit.. wah!! Macam-macam karakter buah dalam sebiji buah pisang kaki!

Saya dapat tau pasal pisang kaki ni pun secara verbal oleh kawan aku yang baru balik dari Korea..Katanya sana banyak buah Pisang Kaki ni...

Jika korang singgah di kedai buah dan jumpa Buah Pisang Kaki ni, cuba la rasa.. tadi saya beli RM2 sebiji..memang agak mahal kalau beli di kedai buah, mungkin di Pasar malam atau uptown lebih murah..

Published with Blogger-droid v2.0.9



UPDATE! Hari tu saya singgah Pasar Malam Stadium Kangar yang besar tu, terjumpa la buah Pisang Kaki atau nama komersialnya PERSIMMON ni... ramai peniaga jual buah ni..dah musim kot... murah..muah..!! RM5 UNTUK 4 BIJI JE...kalau kat kedai buah tepi jalan tu, RM2 sebiji!! cekik darah!! kawan pesbuk pun cakap kat KL RM2 Sebiji!!



UPDATE 15/12/2012..

Kali ni bertempat di pasar malam yang sama, Pasar Malam Rabu di Stadium Kangar, Perlis. Harga runtuh untuk buah Pisang Kaki/ Persimmon ni lagi.. dan apa lagi, aku angkat la bawak balik buat stock...

Harga Persimmon ni turun kepada RM6 untuk 10 Biji bagi yang tak berapa masak dan RM5 untuk 10 Biji bagi yang masak ranum....