25 April 2013

AaaHhh... dah lama tak travel rasanya. Atau Perlis yang kecik molek ni sangat kecik coz di mana berada terasa sama sahaja.

Travel kali ni naik Bas Sani Ekspress. Nak naik Bas Intercity dah habis tiket dah....
Walaupun awek yang jaga kaunter ni cun, tapi yang sangat Tak cunnya ialah perangai...Bak kata pepatah, "You can cure diseases, but you cannot cure stupidity"
Jadi tak dapat nak caj telefon untuk wifi lama2.. 

Harga tiket Bas Sani dari Kangar, Perlis ke KL (Puduraya) dalam RM 45.50... Lebih kurang je mana2 bas, cuma kemudahan dalam bas dan tahap keselesaan je yang membezakan.
Notakaki: Sesekali travel ni bagus jugak, dapat mengubah mood, membuka fikiran dan seronok sesekali...

19 April 2013

Salam.

PRU Ke-13 akan datang merupakan Pilihan Raya yang pertama aku sebagai pengundi. Aku baru jer check status pengundi di SINI.
Sebelum ni PRU Ke-12, aku masih tak cukup umur beberapa bulan sebagai pengundi... Jadi kali ini aku sebagai PENGUNDI TERUNA la... Tidak tercabul oleh dakwat undi lagi..haha!!
video
Ini adalah video daripada Pihak Pembangkang yang sangat-sangat lawak habis!! Tabikk la kepada siapa yang sungguh sangat teramat gigih untuk mengedit video ni....

Nota: Kita sudah tahu yang mana betul, mana salah, mana was-was.. Undilah untuk menentukan masa depan Negara, Bangsa dan negara.

18 April 2013



persimmon, pisang kaki
Ini ialah buah pisang kaki, walaupun bentuk macam tomato dan rasa macam epal..rasanya manis dan rangup, biji macam buah ciku tapi besar skit.. wah!! Macam-macam karakter buah dalam sebiji buah pisang kaki!

Saya dapat tau pasal pisang kaki ni pun secara verbal oleh kawan aku yang baru balik dari Korea..Katanya sana banyak buah Pisang Kaki ni...

Jika korang singgah di kedai buah dan jumpa Buah Pisang Kaki ni, cuba la rasa.. tadi saya beli RM2 sebiji..memang agak mahal kalau beli di kedai buah, mungkin di Pasar malam atau uptown lebih murah..

Published with Blogger-droid v2.0.9



UPDATE! Hari tu saya singgah Pasar Malam Stadium Kangar yang besar tu, terjumpa la buah Pisang Kaki atau nama komersialnya PERSIMMON ni... ramai peniaga jual buah ni..dah musim kot... murah..muah..!! RM5 UNTUK 4 BIJI JE...kalau kat kedai buah tepi jalan tu, RM2 sebiji!! cekik darah!! kawan pesbuk pun cakap kat KL RM2 Sebiji!!



UPDATE 15/12/2012..

Kali ni bertempat di pasar malam yang sama, Pasar Malam Rabu di Stadium Kangar, Perlis. Harga runtuh untuk buah Pisang Kaki/ Persimmon ni lagi.. dan apa lagi, aku angkat la bawak balik buat stock...

Harga Persimmon ni turun kepada RM6 untuk 10 Biji bagi yang tak berapa masak dan RM5 untuk 10 Biji bagi yang masak ranum....
13 April 2013 lepas merupakan Ulangtahun Kelahiran Mama ku yang ke-53.
Oleh kerana anaknya seorang ini jauh merantau mencari rezeki, jadi mampu untuk dekatkan diri secara video blog  sahaja :)
Nak send melalui Whatsapp dah la teramat slow, nak emel lagi la slow, nak send via MMS sure kredit juta-juta punya.. Jadi, upload dalam Youtube sahaja la menggunakan Line Broadband Celcom 1 Malaysia yang RM25 sebulan ni jer.....

Jadi kepada Mama tersayang, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-53. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia di samping Papa dan anak-anak semua :)

Nota: Kalau bukan anak Mak, anak siapa lagi...

15 April 2013

Soalan ni memang sudah turun menurun lagi dalam sesi-sei orientasi dan apa-apa lagi.. banyak versinya...jadi.. cuba setel versi ini lak....

A pinjam duit daripada B (RM50)+ C (RM50) = RM100


A membeli barang bernilai RM97 = Baki RM3
Daripada RM 3, A membayar hutang B RM1 (RM50-1) ; Bayar hutang C RM1 (RM50-1).
Jadi, jumlah Hutang A dengan B (RM49)+C (RM49) = RM98
Jika di campur nilai baki dalam tangan A(RM1) + B(RM49) + C(RM49) = RM99;
Jadi, ke mana nilai RM1 lagi untuk mencukupi RM100???
Jawapan merujuk kepada Incik Izat Safuan:
"Haha..pernah dapat soklan nie 2 tahun lepas. Dulu kesnya nak beli seluar jeans. Aku still simpan jawapan sampai skang. Sebab dulu femes gak teka-teki nie time ligat berforum kat jiwang. Meh aku kirakan yer. XD
Ekceli RM1 x hilang. Masih pada "A".

Meh kita tengok :

Step 1 :
(A)RM0 (B)RM50 (C)RM50 (Barang)RM97
[Asal : RM100]

Step 2 :
(A)RM100 (B)RM0 (C)RM0 (Barang)RM97
[Pinjam : RM100]

Step 3 :
(A)RM3 (B)RM0 (C)RM0 (Barang)RM97
[Beli : RM100-RM97]

Step 4 :
(A)RM1 (B)RM1 (C)RM1
[Bayar kepada B&C:97+3=100] <--tada br="">
Soalan trick dekat RM50-1=RM49. Tengok lagi... XD

Step 1 :
RM50-RM1=RM49

Step 2 :
(B)RM49 + (C)RM49 = RM 98

Step 3 :
Hutang A = RM98 (sebab dah bayar kepada B&C sebanyak RM2)

Step 4 :
Perlu diingat! Harga barang RM97.
Makanya, RM98-RM97=RM1 (ada pada A)

Tadaaa...! :D"

14 April 2013

Salam hujung minggu! Bukan main tajuk.. siap ada musim luruh di 'Korea' (Kangar), Perlis lagi!!
Well, itu lah suasananya.. walaupun dah setahun aku bermastautin di negeri orang ni, ni baru kali pertama melihat musim luruh bunga-bunga yang warna kuning ni...
Suasana sangat cantik, menarik untuk sesi fotografi.. kalau ada awek, anak bini dah ajak berpicnic bawah rimbunan pokok ni..sambil angin sempoi-sempoi bahasa, pastu kelopak-kelopak bunga berguguran macam bunga sakura... wahhh!!! Seriously, absolutely breath-taking scenery..
Orang-orang Perlis (atau orang yang merantau di negeri Perlis yang kecik molek ni) dapat menikmati permandangan, suasana musim luruh ala-ala para-para sakura :)

08 April 2013

Harga sesebuah idea adalah amat berharga sekali, ia bergantung kepada bagaimana idea itu dapat memberi impak kepada orang lain. Mencari sesuatu idea mengambil masa yang lama, dan masa itu akan terus berdetik, tidak boleh di ulang dan di beli. Jadi pada pandangan penulis, harga sebuah idea adalah harga sesuatu masa yang di habiskan untuk mencari idea tersebut.

Harga Idea adalah Tidak Ternilai... Tetapi manusia memberi nilai sebagai perangsang dalam mencari idea lain. Memerah Idea semasa kerja, gaji di bayar.

idea
Source image: IDEA UK
Contoh: Seorang penulis novel menghabiskan beberapa bulan untuk menyiapkan sesebuah buku, jika hendak di bandingkan kos kertas, dakwat, percetakan; ia boleh di cari kerana ia sentiasa ada, tapi masa yang dihabiskan untuk menghasilkan plot-plot novel tersebut tidak dapat di kembalikan. bagaimana kos masa tersebut, Jadi dengan itu harga sebuah idea sangat penting.

Contoh lain: Jika suatu barang terbuang, pada pandangan A, ianya hanyalah sampah semata-mata yang hendak dilupuskan. Manakala bagi B, sampah tersebut dengan sedikit inovatif, idea semestinya. ‘sampah’ itu menjadi suatu yang bernilai dan berguna kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Kita tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk mencari sesuatu idea. Idea yang bodoh kadang kala berguna juga, ada idea yang tidak masuk logik akal, tapi dengan pengubahsuaian mengikut keadaan realiti semasa, ia adalah boleh di aplikasikan. 

NotaPositif: Bagaimana perasaan anda apabila anda memberi idea dan kemudian orang cakap “Good Idea!”, “Bijak Idea”,”Nice Idea”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com