As-salam-alaikum/ Good Day
Sudah agak lama sejak kali terakhir ‘update’ blog ismiqbal ni. Tidak tahu kenapa, Mungkin sebab internet connection agak limited dengan Broadband Celcom 1 Malaysia RM25 sebulan ni teramat slow; mungkin keletihan otak memikirkan kerja yang tak pernah habis, mungkin komitmen untuk blogging semakin kurang… Walau apa-apa pun sebab, niat manusia ada turun-naiknya…kadang-kadang semangat tinggi, kadang-kadang semangat kurang… Yang penting ada usaha.
Sebagai Resolusi baru dalam BLOG ISMIQBAL ni, jadi saya ingin sertakan sekali perkongsian mengenai Kategori Pengalaman Kerja. Sebelum mendapat pekerjaan ini, dulu saya pernah juga menganggur, merantau untuk interview, bekerja part-time salesman, tidak matang, tiada pengalaman, rendah diri, sampai pada satu tahap sudah tidak kisah dengan kerja apa-apa lagi. Jika nak cerita pengalaman dulu memang tak habis, tapi di sinilah saya sekarang.
Sekarang saya tengah sibuk dalam menjadi perintis untuk ISO 22000:2005, ia adalah gabungan antara ISO 9001 (Management) dan juga HACCP (Sistem Kawalan Mutu)
Nota: ISO = International Organization for Standardization; HACCP = Hazard Analysis and Critical Control Point keselamatan makanan, iso
Sebagai salah seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam melaksanakan ISO 22000 ni, memang memerlukan perancangan yang banyak, melibatkan banyak pihak, latihan, rekod, dokumen. Stress? entahlah. mungkin letih otak. Apa-apa pun, ia adalah pengalaman berharga kerana kami adalah perintis pada cawangan, bermula daripada sifar, mula melangkah.
Daripada Pantai Timur ke Utara. Memilih kerja yang jauh hanya kerana ingin menimba pengalaman yang sukar di temui. Sebuah cawangan baru, mengukir kualiti kerja ke arah kesenangan, faedah syarikat. Ini adalah PILIHAN SAYA!
Notakaki: Jika ada ingin berkongsi mengenai pengalaman kerja, kesusahan mencari kerja, hidup menganggur, sebarang persoalan-jawapan berkaitan kerja, tips-tips berkaitan kerja. Boleh berkongsi di sini atau emelkan di  iqbiotech@gmail.com