Salam Blogging.
Minggu lepas baru saya baru buka akaun Bank Rakyat “Saya Mesti Pilih!!”. Hahaha…
Lokasi : Bank Rakyat, Bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan. Bank yang paling kecik dalam Bandar Kangar ni (kawasan masih dalam pembinaan).
Situasi : Nak buka akaun Bank Rakyat baru.

Akaun Bank Rakyat: Akaun Simpanan i-Tawfir (Berkonsepkan Al-Mudharabah)
Situasi bermula bermula bertanyakan pada penjaga bank (yang agak blurr..) macam mana nak nak buka akaun bank baru ni. Hanya dengan RM20 sudah boleh buka akaun ni. Setelah isi borang yang sepatutnya, menunggu angka giliran dan di ‘interview’ sekejap oleh penjaga kaunter tentang kerja, gaji, dan apa yang sudah tertulis dalam borang akaun bank tu.
Dalam 5-10 minit menunggu, akaun bank sudah siap! tapi yang tak berapa best-nya, Kad ATM dah habis! Yang tinggal cuma Kad ATM Bank Rakyat Koperasi. Untuk mendapat Kad ATM Koperasi ini perlu menjadi ahli koperasi dan kena daftar sendiri menjadi ahli koperasi. Saya bertanyakan,”Apa itu Koperasi?”, Pegawai tu menerangkan koperasi ni Koperasi-LAH! Ada banyak koperasi, macam koperasi sekolah, koperasi kesihatan… Dan saya yang masih tak faham ni..Apa itu Koperasi?? Okay! Abaikan la.. Kalau nak Kad ATM Bank Rakyat ni kena ambil di cawangan Arau, Perlis (Lebih kurang 20 minit dari tempat kerja, waktu rehat 1 jam sahaja, mintak izin keluar pun 1 jam..nak menunggu lagi..Tak cukup masa)
Akhir sekali untuk buka akaun Bank Rakyat ni, ada Akad…Pegawai bank sebut,”Bla…bla…bla…jika ada keuntungan pihak bank akan…bla..bla…bla…dengan nisbah 9:1..bla..bla…”. Dan akhir sekali akan di akhiri dengan “Saya Setuju”. Maka termaktubla akad-buka-akaun.