Salam perantauan.. Kali ini saya outstation di Hotel PREMIERE, Klang kerana menghadiri kursus latihan ISO 9001:2008 - Quality Management Representative (Update posting lain)
UPDATED VIA HTC WILDFIRE DALAM BAS SRI MAJU PUDU CENTRAL - KANGAR.
Peristiwa berlaku dalam LRT dari Bukit Jalil - Plaza Rakyat (Pudu Central). Seorang lelaki yang khusyuk DUDUk membaca buku, kemudian seorang lelaki tua bertongkat BERDIRI di sebelah.
Kemudian, seorang lelaki yang duduk bertentangan kedua-duanya tiba-tiba bangun dan pergi ke arah lelaki tua bertongkat tersebut.
"Uncle, Sila duduk....Uncle....sila duduk uncle", kata pemuda yang bangun tadi memberikan tempat duduk kepada lelaki tua bertongkat tersebut.
Lelaki tua tu duduk dengan selesa. Bila sampai.ke destinasi pemuda tersebut, dan pemuda tersebut bergerak ke pintu keluar LRT melalui lelaki tua tersebut. Lalu, lelaki tua mencuit lengan pemuda tersebut dan berkata,"Terima kasih....terima kasih...". Pemuda tersebut yqng berhenti di antara pintu LRT tersebut cuma mengukir senyuman terakhir buat lelaki tua tersebut yang mungkin tidak akan bertemu lagi.
Pemuda berlalu dengan rasa yang sangat sejuk hatinya, terbayang wajah tua yang berkedut di mamah usia tapi masih tenang memandangnya. Membuatku tersenyum kerana pemuda itu adalah..............
Hati yang tenang kerana keikhlasan hati tidak mengharap apa2 balasan... harta, atau pahala.. dosa minta dijauhkan...