Tinggal beberapa jam lagi sebelum driver (bas) menjemput (menunggu) aku di stesen bas Kangar. Dana aku masih di office walaupun HR dah bagi balik awal. Tapi nak buat macam mana dah bas malam nanti, balik awal pun takde apa pun kat rumah sewa tu. Takde banyak barang nak bawak balik. Tiket bas dari Kangar ke Kuala Terengganu sekitar RM58! Mahal jugak. Makin jauh la…10 jam perjalanan kata penjaga kauter tersebut.
Suasana di pejabat terasa apabila semua staff berkumpul dan setiap orang mengucapkan ungkapan raya..”selamat hari raya’, ‘maaf zahir batin’,’halalkan makan minum’,’berhati-hati di jalan raya’.
Di Kangar, Perlis ni, aku dah beli buah anggur buatan malaysia ni! Nak bawak balik kampung bagi orang terengganu merasa… Nak beli anak pokok anggur dah habis dah…ishk!!

Bila dah bekerjaya ni, suasana hari raya dah kurang meriahnya… Bila di perantauan, berebut-rebut balik ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Raya hanya untuk bersama keluarga. Kawan-kawan semestinya sibuk dengan aktiviti mereka juga. Kali terakhir aku pulang beraya semasa di perantauan adalah 6 tahun lepas semasa zaman kolej matrikulasi.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. FIZIKAL. EMOSI. BIOLOGI. IKATAN KIMIA.