Pada suatu hari, ada akak cleaner tu datang masuk office dia bagitau,"Cik xxx, Encik Xy, Encik XZ! ada ular dekat tuuuttttt.....", then kami pun agak gelabah, maklumlah baru sebualn lebih pindah kerja sini, takde kes ular masuk kilang lagi. Tutt..tutt... tengok ular hijau-hitam ni.
Nama ular ni ialah 'Ular Sawa Burung'

Oleh kerana aku dan ular memang macam best-buddy (at least aku jer syok-sendiri rasa camtu), dengan normalnya aku kata,"Saya biasa tangkap ular ni..." (Budak kampung.. selalu jumpa ular ni.)
So, dengan pakaian office, lipat lengan baju terus tangkap Ular ni. Walaupun kecil, dan dengan nakalnya ular ni gigit jari aku. Nasib la ular ni tak berbisa jika tengok secara kasar macam ular lidi atau ular daun.
Aku anggapkan makanan ular ni macam katak, cicak atau serangga. 

Jadi, aku pergi jauh-jauh campak ular ni. Tak baik bunuh haiwan. Lagipun haiwan ni tak berbisa dan tidak mengancam nyawa, sebaik-baiknya jangan bunuh haiwan. Lain la kalau macam ular tedung ke. Kalau tak dapat tangkap, bunuh terus la, kalau tidak kita yang akan di bunuhnya.

Tips Bila Bertembung dengan Ular:
  1. Jika tiada pengetahuan tentang ular, elok pegang senjata seperti kayu panjang.
  2. Pastikan ular tersebut berbisa atau tidak.
  3. Pastikan lokasi ular tersebut.
  4. Telefon Jabatan Penghilitan/ Bomba atau orang ramai untuk minta tolong.
  5. Jangan bertindak seorang diri tanpa pengawasan.
  6. Jarakkan diri dengan ular.
  7. Jangan mengancam ular tersebut sehingga berkemungkinan ia menyerang atau menyembur bisa.
  8. Jika hendak menangkap ular dengan tangan, pastikan menangkap daripada ekor untuk elak daripada digigit.
  9. Jika mempunyai penyapu, tekankan pada badan ular berhampiran kepala dan pegang kepala ulang serta badannya bagi mengelakkan ia bergerak bebas/ mengigit.
  10. Lari daripada tempat ular tadi!
Nota: Next Cerita aku pergi Taman Ular, Kangar, Perlis.

Cerita Aku dan Ular Sebelum ni: