Halal Jakim memang telah di perakui oleh seluruh dunia secara am-nya. Malah, Halal daripada Malaysia (JAKIM) merupakan salah satu pengiktirafan Halal yang agak ketat di dunia. Sebab itu apabila produk yang mendapat Halal Jakim lebih terjamin keyakinan terhadap produk makanan.
Since, saya sendiri terlibat dengan industri pengilangan makanan dan minuman ini, Audit Jakim mungkin akan menjadi lebih kerap selepas ini.

Berikut merupakan sebahagian daripada surat Jakim terhadap kami tentang peringatan betapa pentingnya mendapat pengiktirafan Halal Jakim ini.

Ada sesetengah industri makanan mengambil cara mudah untuk mendapatkan pengiktirafan Halal iaitu daripada badan-badan swasta yang mungkin hanya mementingkan keuntungan. Pengalaman saya dalam menerima audit daripada Jakim baru sekali. Daripada sekali itu, audit tersebut tidaklah terlalu ketat atau longgar, ia seperti pelanggan yang sentiasa mempersoalkan sumber bahan mentah yang di gunakan dalam produk tersebut.

Katakan produk itu menggunakan gula, gula itu daripada mana? bagaimana gula itu di proses? gula itu mendapat pengiktirafan Halal luar negara mana? Adakan Badan Halal luar negara di iktiraf oleh Jakim? Kerana pihak Jakim juga akan menghantar wakil ke luar negara untuk mungkin berbincang atau melihat bagaimana badan Halal Luar negara audit industri makanan. Yang penting ialah SUMBER YANG HALAL. Kerana itu yang di syariatkan oleh agama Islam.

Jika kita mengikut piawaian cara yang betul, kawasan yang betul, sumber yang tak syubhah, halal. Insya-allah, produk makanan kita mudah untuk mendapat status Halal. Penduduk Islam merupakan Penduduk agak majoriti di dunia ini, mendapat Status Halal bermaksud memberi keyakinan pengguna Islam untuk membeli produk tersebut, apabila produk tersebut laku, maka, bisnes menjadi untung. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Malah, bukan sahaja tauke islam jer yang mohon Halal Jakim ni, Tauke bukan Islam pun turut mohon Halal Jakim. kerana pengguna yang beli produk, yang memberi keuntungan kebanyakkannya pengguna yang mahukan Halal Jakim. Semua pengguna tak kira bangsa, agama akan berasa yakin terhadap Halal Jakim kerana cara pemprosesan produk tersebut adalah bersih dan suci daripada perkara yang memudaratkan.

NOTA: SEGALA PENULISAN ADALAH BERDASARKAN PENGETAHUAN YANG CETEK. JIKA TERDAPAT KESALAHAN FAKTA, SILA KEMUKAKAN KEPADA PENULIS.