Arghhh! anai-anai..! sejenis haiwan yang dapat mencernakan kayu. Apabila datang menyerang, semua barang yang berhampiran kayu nak di santap! Itulah nasib yang aku terima akibat serangan anai-anai ni… Dah la beberapa bulan tak balik kampung, dalam bilik takde siapa nak masuk..dah pindah rumah baru….habis! habis! terutamanya buku-buku ni….

IMAG1914

Buku Log SCUBA yang di ratah oleh anai-anai! Habis… walaupun tak berapa banyak SCUBA dive yang saya lakukan, tapi ni adalah Buku Log SCUBA yang pertama semasa saya ambil Lesen SCUBA…Hancur…..*sentap tengok~

IMAG0562

Hancur…hancur…nasib baik ada sesetengah nota Biotech masih boleh di gunakan, tapi Buku Kegemaran Nostalgia saya semasa sekolah rendah turut hancur!!

Buku Sang Kancil Melawan Naga…*nostagia tu…

Jadi, kesimpulannya:-

➸ Pastikan rumah anda bebas dari anai-anai. Pastikan jika ada sebarang sarang anai-anai di sekitar rumah anda. Kenalpasti sebarang laluan anai-anai di celah-celah dinding atau di celah lantai atau di luar rumah.

➸ Jika terdapat sebarang jejak anai-anai, serta merta atau dalam jangka masa yang singkat mengambil tindakan untuk membasmi anai-anai.

➸ Kesan anai-anai pada rumah kayu lebih teruk berbanding rumah batu. ia mungkin boleh mengakibatkan kerugian dari segi membaikpulih akibat anai-anai.

➸ Pastikan tiada duit kertas/ dokumen kertas bernilai di simpan di tempat berisiko anai-anai seperti celah buku, bawah bantal dsb.