30 Julai 2012

Salam Semua! Nak review skit pasal Milk-A-Deal ni. Ala..iklan yang selalu keluar kat Nuffnang ads tu. Saya adalah masuk dalam website Milk-A-Deal ni dan subscibe untuk Newsletter; jika ada offer atau diskaun-diskaun yang menarik terus masuk ke dalam email anda! Ewah!

Ada pada suatu hari saya ada terpandang offer 70% Off dalam salah satu produk Hotphase dalam newsletter Milk-A-Deal ni, jadi ingin mencuba la macam mana nak nak berurusan dengan Milk-A-Deal ni

milkadeal, nuffnang, homosapiensz.com

1# Pilih salah satu produk yang di dalam Milk-A-Deal Offer.

2# (Ahh~ tak ingat lak menaip secara offline ni) Lepas tu Klik BUY NOW* Kalau tak silap. then terus direct kepada cara pembayaran online banking.

milkadeal, nuffnang, beli online

3# Semasa saya membeli online di Milk-A-Deal ni pada 01 June 2012. Setelah membuat bayaran melalui Online Banking serta mengisi maklumat seperti Nama dan Alamat Pos.

4# Tunggu email pengesahan penghantaran daripada pegedar, dalam pengalaman saya, emel tersebut pada 04 June 2012 (Tarikh produk tersebut telah di poskan).

Nota: Mungkin pengedar tersebut mengalami banyak aduan atau tak pasti apa dia punya masalah, cuma kandungan emel tersebut tak berapa formal, rasmi atau seperti online trader lain. Tapi at least pengedar beritahu pada pembeli.

5# Pada 06 June 2012 saya menerima barangan yang di tempah dari Milk-A-Deal Online untuk kali pertamanya.

Kesimpulan;

❖ Servis agak cepat. Hanya beberapa hari bekerja (Isnin-Jumaat).

❖ Harga agak berbaloi dengan diskaun.

❖ Saya rasa produk tersebut agak lama. Nampak fizikalnya pun memang dah agak lama. Cuma pandai memilih produk-produk yang dapat memberi kualiti yang baik dengan harga berpatutan.

❖ Itulah kelemahan beli Online, tak dapat tengok barang yang hendak di jual, kalau pada gambar mungkin boleh di edit supaya kelihatan agak baru.

Arghhh! anai-anai..! sejenis haiwan yang dapat mencernakan kayu. Apabila datang menyerang, semua barang yang berhampiran kayu nak di santap! Itulah nasib yang aku terima akibat serangan anai-anai ni… Dah la beberapa bulan tak balik kampung, dalam bilik takde siapa nak masuk..dah pindah rumah baru….habis! habis! terutamanya buku-buku ni….

IMAG1914

Buku Log SCUBA yang di ratah oleh anai-anai! Habis… walaupun tak berapa banyak SCUBA dive yang saya lakukan, tapi ni adalah Buku Log SCUBA yang pertama semasa saya ambil Lesen SCUBA…Hancur…..*sentap tengok~

IMAG0562

Hancur…hancur…nasib baik ada sesetengah nota Biotech masih boleh di gunakan, tapi Buku Kegemaran Nostalgia saya semasa sekolah rendah turut hancur!!

Buku Sang Kancil Melawan Naga…*nostagia tu…

Jadi, kesimpulannya:-

➸ Pastikan rumah anda bebas dari anai-anai. Pastikan jika ada sebarang sarang anai-anai di sekitar rumah anda. Kenalpasti sebarang laluan anai-anai di celah-celah dinding atau di celah lantai atau di luar rumah.

➸ Jika terdapat sebarang jejak anai-anai, serta merta atau dalam jangka masa yang singkat mengambil tindakan untuk membasmi anai-anai.

➸ Kesan anai-anai pada rumah kayu lebih teruk berbanding rumah batu. ia mungkin boleh mengakibatkan kerugian dari segi membaikpulih akibat anai-anai.

➸ Pastikan tiada duit kertas/ dokumen kertas bernilai di simpan di tempat berisiko anai-anai seperti celah buku, bawah bantal dsb.

 

27 Julai 2012

26 Julai 2012

Sebagai peminat Transformer mesti akan kagum dengan hasil seni daripada Thailand ni. Hanya diperbuat daripada bahan-bahan terbuang kereta dan trak, artis seni daripada Thailand; Anchalee Saengtai dan team beliau menghasilakan skulptur Optimus Prime dan Bumblebee! Awesome!! Memang nampak amat real!! Walaupun info ini dah lama iaitu tahun 2011...hehe

Skuptur Gergasi Transformers yang dibuatdari kereta yang dikitar semula dan bahagiantrak akan dilancarkanpada itu Ripley’s Believe It or Not di seluruh dunia pada musim panas ini.
Anchalee Saengtai  yang sedang poses dengan salah sebuah skulptur Transformer yang di perbuat daripada bahan automobile dan bahagian trak.



Hasil seni-seni Autobot, yang datang dalam versi  19 kaki tinggi dan 8 kaki tinggi, yang dihasilkan oleh Artis seni Thailand ; Anchalee Saengtai untuk persembahan aneh terkenal di England.

" Transformers-diperbuat-dari-Bahan-berasaskan-kereta ini adalah perkara yang paling menakjubkan kita pernah dijumpai," Ripley Entertainment Exec. Edward Meyer berkata dalam satu kenyataan. "Anchalee dan pasukan boleh membina spesifikasi dari kereta sampah kitar semula dengan hanya menggunakan alat-alat yang paling mudah."

Ripley telah mengumumkan statue Bumblebee di Waxworks Louis Tussaud di San Antonio, Texas, manakala Optimus Prime Saengtai  di Odditorium Ripley di San Francisco. Sepanjang musim panas, arca Transformer itu akan ditambah kepada Odditoriums Ripley di New York, London, Myrtle Beach, South Carolina, dan Pulau Jeju, Korea Selatan, dengan dua Autobots jumbo yang dijadualkan tiba di Odditorium Hollywood lewat tahun ini.


Sumber Info daripada Wired.com dan di translate oleh Google Translate dan di edit oleh Blogger Ixbarr.

21 Julai 2012

Alhamdulillah.. Selamat menjalani hari pertama ibadah puasa bagi tahun 1433 H/ 2012. Ix berada di Utara Negeri Perlis di mana cuaca yang panas since di sini bukan cuaca khatulistiwa seperti negari-negeri lain.

Orang bujang, di perantauan.. jadi, makanan asasinya ialah:
Maggi! Nak special skit tambah telur! perghhh~

Walaupun menu berbuka dan bersahur tidaklah selazat masakan emak, tapi bersyukurlah dapat berbuka dan bersahur dengan makanan mengenyangkan perut...

Rasanya ini adalah kali pertama Ix berbuka dengan maggie! hehe....
Baru lah boleh diet camni! Kandungan kalori yang di ambil adalah kurang dengan kalori yang di gunakan oleh badan. Sebab itu kena, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang....

Bayangkan maggie campur telur yang tengah panas-panas dari ricecooker, masih berasap lagi di tambah dengan perut yang kosong... Nikmatnya dapat makan!
Hari ini adalah hari pertama puasa.
Berpuasa di perantauan bukanlah pengalaman pertama tapi berpuasa di perantauan seorang diri mungkin pengalaman pertama.
Puasa hari weekend ni memmmmmmang agak mencabar sedikit, bangun sahur minum air masak, telan apa yang ada kat dapur yang boleh di makan. tunggu subuh, update blog, tidur puas-puas. tengahari datang office online sampai maghrib. balik office nanti maybe singgah bazar beli makanan berbuka.
Nampaknya macam tu jer la kot....

20 Julai 2012

Setiap bulan Ramadhan, sebahagian penduduk bandaraya akan mendengar bunyi tembakan bedil. Itu menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk atau tamat waktu imsak. Sebelum tahun 1990, penduduk  Kuala Terengganu mempunyai dua isyarat untuk mengetahui waktu berbuka puasa atau waktu imsak iaitu bunyi genta (loceng besar) dan bunyi bedil. Bedil ditembak dari atas bukit Pak Apil  iaitu ditapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Bunyi tembakan ini dapat  kedengaran dalam jarak 8-10 km.
Pihak Polis telah dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil ini. Tembakan ini menggunakan bunga api. Bunga api yang bersaiz 12 in digunakan untuk menghasilkan bunyi yang padat. Besi paip yang bersaiz besar digunakan untuk melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak 8 batang paip dipacak di atas tanah. Untuk berbuka puasa hanya sebatang paip sahaja yang digunakan dan waktu imsak dua batang. Manakala untuk menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.


Pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan pelancar ini dikawal dengan alat kawalan yang diletak 30 meter dari jarak pelancar tadi. Apabila suis ditekan, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa 5 saat bunga api akan terpancar di udara dengan bunyi yang padat. Percikan bunga api sangat cantik dan sepanjang bulan ramadhan bandaraya bermandikan bunga api pada waktu berbuka dan waktu imsak.


Inilah bentuk genta yang terdapat di atas Bukit Puteri. Genta yang seberat 175 kg ini dibuat daripada tembaga kuning oleh Wan Ali Wan Awang dari Kampung Tanjung. Semasa penggunaan genta ini, paluan genta dibunyikan acap kali terutama apabila masuk waktu imsak dan tamat waktu imsak


Di sini terletak Puncak Panorama yang sedang dalam pembinaan. Apabila siap nanti anda boleh melihat bandaraya Kuala Terengganu dan keindahan Sungai Terengganu dari puncak bukit ini.

INFO

Di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan diselia oleh Bahagian Pesenjataan & Bahan Letupan, Polis Di Raja Malaysia.

Lokasi

Di atas Bukit Pak Apil dengan melalui jalan di depan TNB dan tempat ini adalah bekas tapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Tempat ini maseh kawasan larangan dan memerlukan kebenaran polis.

19 Julai 2012

Assalam-Alaik Ya Qari.

Tinggal beberapa hari lagi, Seluruh Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan; di mana seluruh Umat Islam yang cukup syarat wajib menunaikan Rukun Islam yang Ke-tiga; Berpuasa di Bulan Ramadhan. Di kongsi bersama ini, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 H/ 2012 M bagi Seluruh Negeri.
Klik di LINK tempat anda untuk DOWNLOAD Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012.

JADUAL WAKTU IMSAK dan BERBUKA PUASA 2012 NEGERI JOHOR
JADUAL WAKTU IMSAK dan BERBUKA PUASA 2012 NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

16 Julai 2012

Maaf la yer jika terasa entry ini agak jakun sedikit SEBANYAK! Tetiba rasa sungguh bergaya dan berkarisma sekali apabila menerima Bisness kad/ Kad Nama kerja ni~ hohoho~
"Well. This is my card, if anything you can call me during office hour. Thank you"

Okay! Balik kerja dengan hati perasan jap!

15 Julai 2012

 

Pada suatu hari yang tak berapa ingat..Edisi jalan-jalan Perlis, Melawat Taman Ular dan Reptilia Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.. Jika review balik Surat Khabar Kosmo 26/06/2011; khabarnya Taman Ular dan Reptilia ini akan di naik taraf menjadi Zoo Mini jika menurut Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis ni, tapi nampaknya masih kekal menjadi Taman Ular dan Reptilia Perlis.

Taman Ular dan beberapa taman yang terletak berhampiran dengan Banjaran Nakawan; dinding pemisah antara Malaysia-Thailand.

Taman Ular perlis

Untuk masuk ke Taman Ular dan Reptilia ni, bayarannya RM4 untuk dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak (jika tak silap la.). Dan untuk ambil gambar di dalam kawasan Taman Ular ini gak kena bayaran! Jika masuk di bahagian pameran pertaman, banyak pelbagai jenis ular di dalam akuarium, dari ular jenis kecil kepada ular yang besar! Berbisa dan tidak berbisa.

Taman Ular perlis

Selepas dari bilik Pameran pertama, kemudian laluan luar akan jumpa biawak, kura-kura dan iguana. Di bahagian ‘outdoor’ pula ada kurungan ular besar-besar, monyet, burung unta dan buaya.

Ada kurungan ular tedung, taman ular memberi makan bangkai ular. Jadi, jika berkesempatan boleh lihat ular tedung yang besar memakan bangkai ular!

jadi komen saya, kawasan Taman Ular dan Reptilia mungkin tidak nampak berapa meriah. Semua haiwan hanya menjadi tatapan.  Jadi, pengunjung hanya dapat melihat dan melihat satu jenis haiwan ke haiwan yang lain. Mungkin agak membosankan untuk pergi ke sana seterusnya.

Kawasan kurungan ular tedung di kawasan luar walaupun besar tapi ada beberapa fakta mengatakan Ular tedung boleh menyembur bisa beberapa meter, jadi, mungkin perlu kurungan lebih tertutup untuk pengunjung lihat tanpa pengawasan penjaga.

Notakaki: Kekadang nampak juga keretapi bertayar (kenderaan-bapengunjung) lalu dari taman ular sehingga ke air terjun Bukit Ayer. Sepanjang perjalanan boleh lihat Taman Anggur, Taman Mangga Harumanis. Tapi mungki persekitaran menjadi kurang selesa apabila lalu merentasi kawasan kuari batu kapur.

12 Julai 2012

Semasa saya pergi ke satu Pameran Hari Peladang dan Nelayan bertempat di Kangar, Perlis. Singgah la ke booth Lembaga Koko Malaysia ni.. So, jom lihat gambar bagaimana Coklat di hasilkan, Coklat Gelap, Coklat Putih, Coklat makan, dan sebagainya...

coklat, cara prosescoklat, cara proses

coklat, cara proses


Nota: Masa kecik-kecik dulu selalu selinap kat dapur, pastu curi-curi amik Milo dan letak dalam piring..kemudian jilat-jilat..nyummm!~
Assalam-alaik.
Pada suatu ketika dulu kita pernah di gemparkan dengan isu Telur Tiruan di Malaysia. Banyak bloggers meng-update mengenai isu ini, isu telur tiruan ini sudah lama tersebar di China. Tapi apabila isu telur tiruan ini di gemparkan, ia mula di kaitkan dengan telur tiruan China.
itu sebagai mukadimah jer, nak di kongsi bersama pembaca blog ini, pada 30hb June 2012 lepas, saya mengikuti satu seminar usahawan. Di antara aktiviti tersebut adalah forum bersama dengan beberapa agensi kerajaan. Salah satu daripada agensi tersebut terlibat secara langsung dalam sesi terjah kes telur tiruan ini.

Menurut pegawai tersebut, telur tiruan di Malaysia bukanlah telur tiruan seperti didapati di China, tapi memang telur yang asli, kes telur tiruan ini di adu oleh salah seorang pembeli yang mendapati penampilan telur tersebut agak ganjil berbanding telur normal.
oleh kerana saya pun pernah update pasal telur tiruan di entry yang lepas, jadi forum isu ini amat menarik perhatian saya.

Menurut pegawai tersebut itu lagi, antara punca yang berpotensi mengakibat penampilan telur itu agak pelik kerana pengusaha reban ayam tersebut mengamalkan ‘Amalan Perladangan Baik’/ ‘Good Farming Practice’. Antara punca utama isu ini kerana najis ayam yang busuk mengakibatkan kawasan tidak bersih/ hygenic, maka pengusaha tersebut mengambil keputusan untuk sembur dan mencuci kawasan tersebut dengan bahan kimia secara kerap, untuk mengurangkan bau najis. Semakin kerap kerja, maka semakin tinggi kos pengurusan. Jadi, pengusaha mencuba lagi untuk mencampurkan makanan ayam tersebut dengan bahan kimis supaya ayam tersebut tidak membuang najis yang berbau busuk. So, kesan sampingan bahan kimia tersebut,, jadilah telur ayam yang pelik, ganjil. Telur ayam yang sangat low grade!

Jadi, telur ayam itu boleh di jual dengan gred rendah, murah dan perlu di labelkan bahawa ianya telur daripada cara pengusahaan yang di sebut tadi. Tapi, pengusaha berdegil kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi. jadi semuanya tidak berbaloi.
NOTA: SEGALA PENULISAN BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS YANG HADIR MENDENGAR FORUM DI SEMINAR TERSEBUT; DI SAMPAIKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS DALAM TINJAUAN KES INI. JIKA SEBARANG MAKLUMAT KURANG TEPAT SILA BERHUBUNG DENGAN PENULIS UNTUK DI UBAH SEMULA.TERIMA KASIH.

11 Julai 2012

Halal Jakim memang telah di perakui oleh seluruh dunia secara am-nya. Malah, Halal daripada Malaysia (JAKIM) merupakan salah satu pengiktirafan Halal yang agak ketat di dunia. Sebab itu apabila produk yang mendapat Halal Jakim lebih terjamin keyakinan terhadap produk makanan.
Since, saya sendiri terlibat dengan industri pengilangan makanan dan minuman ini, Audit Jakim mungkin akan menjadi lebih kerap selepas ini.

Berikut merupakan sebahagian daripada surat Jakim terhadap kami tentang peringatan betapa pentingnya mendapat pengiktirafan Halal Jakim ini.

Ada sesetengah industri makanan mengambil cara mudah untuk mendapatkan pengiktirafan Halal iaitu daripada badan-badan swasta yang mungkin hanya mementingkan keuntungan. Pengalaman saya dalam menerima audit daripada Jakim baru sekali. Daripada sekali itu, audit tersebut tidaklah terlalu ketat atau longgar, ia seperti pelanggan yang sentiasa mempersoalkan sumber bahan mentah yang di gunakan dalam produk tersebut.

Katakan produk itu menggunakan gula, gula itu daripada mana? bagaimana gula itu di proses? gula itu mendapat pengiktirafan Halal luar negara mana? Adakan Badan Halal luar negara di iktiraf oleh Jakim? Kerana pihak Jakim juga akan menghantar wakil ke luar negara untuk mungkin berbincang atau melihat bagaimana badan Halal Luar negara audit industri makanan. Yang penting ialah SUMBER YANG HALAL. Kerana itu yang di syariatkan oleh agama Islam.

Jika kita mengikut piawaian cara yang betul, kawasan yang betul, sumber yang tak syubhah, halal. Insya-allah, produk makanan kita mudah untuk mendapat status Halal. Penduduk Islam merupakan Penduduk agak majoriti di dunia ini, mendapat Status Halal bermaksud memberi keyakinan pengguna Islam untuk membeli produk tersebut, apabila produk tersebut laku, maka, bisnes menjadi untung. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Malah, bukan sahaja tauke islam jer yang mohon Halal Jakim ni, Tauke bukan Islam pun turut mohon Halal Jakim. kerana pengguna yang beli produk, yang memberi keuntungan kebanyakkannya pengguna yang mahukan Halal Jakim. Semua pengguna tak kira bangsa, agama akan berasa yakin terhadap Halal Jakim kerana cara pemprosesan produk tersebut adalah bersih dan suci daripada perkara yang memudaratkan.

NOTA: SEGALA PENULISAN ADALAH BERDASARKAN PENGETAHUAN YANG CETEK. JIKA TERDAPAT KESALAHAN FAKTA, SILA KEMUKAKAN KEPADA PENULIS.

10 Julai 2012

Hari ini, 10-11 Julai sepatutnya saya perlu menghadiri satu latihan kecemasan di Ibu Pejabat KL, tapi pada hari ini, 10 Julai juga ada meeting yang saya aturkan dengan Pihak IPT untuk perbincangan usahasama. Dan juga semalam, 9 Julai merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25.


Jadi, Saya dah beli tiket bas dari Perlis ke KL (Hentian Pudu) RM45.50.  Dan semalam juga pihak IPT menelefon bahawan Prof.Dr yang busy-man turut hadir dalam meeting tersebut. Oleh kerana saya sendiri mengaturkan meeting tersebut, dan Prof. Dr. Busy-Man juga turut hadir, Maka Bos saya mengambil keputusan untuk menangguhkan latihan saya di KL.

Tapi, tiket bas dah beli, Bas Transnasional. Jadi, terpaksalah pergi ke kaunter Tiket minta tolong jualkan, agaknya takde siapa yang beli kot, rugi je la tiket bas tu. Nasib le tiket bas je, kalau tiket flight.... mampu?

Harap dapat bina kerjasama dengan IPT ni, since, bidang kerjasama lebih kepada Project Paper yang ada saya publish dalam entry sebelum ini berkaitan Enzim.

Nota: Nasib tak perlu travel beratus-ratus kilometer dengan bas pada hari ulangtahun kelahiran ke 25 ni.

08 Julai 2012

Hari ini 8 Julai, dan esok ialah 9 Julai 2012. Pada tarikh itu telah genap saya berumur 25 tahun. Sudah 25 tahun lelaki ini hidup di dunia = 1/4 Century. Sudah layak menerima Jubli Perak. Syukur alhamdulillah.
Semakin meningkat usia, semakin peka pada masa depan. Sekitar umur ini baru memulakan kerjaya. Baru mula untuk membuat simpanan masa depan. Baru memikirkan untuk berkeluarga (tuttt!!).
Tapi bagi seorang lelaki yang berumur 25 tahun, sudah layak secara batinnya untuk menjadi seorang ketua keluarga. tapi secara zahirnya, mampu kah untuk menyediakan tempat berlindung bagi bakal keluarganya? Dari masa ini mula memikirkan perancangan masa depan.
Jujurnya, saya bakal 25 tahun ini agak gusar dengan perancangan masa depan. Sistem kewangan secara zahirnya belum mampu untuk hidup beberapa tahun akan datang.
Nota: Setiap orang memerlukan Jaminan Kehidupan (Life Assurance.)
92b7205b494fc63cae3a2f0f73c33a33

06 Julai 2012

this info i got from a webpage, its sound interesting..
calculate your metabolic rate..[just read this info]
this info quite boring to read through but just get some info k..

BMR formula
The BMR formula uses the variables of height, weight, age and gender to calculate the Basal Metabolic Rate (BMR). This is more accurate than calculating calorie needs based on body weight alone. The only factor it omits is lean body mass and thus the ratio of muscle-to-fat a body has. Remember, leaner bodies need more calories than less leaner ones. Therefore, this equation will be very accurate in all but the very muscular (will underestimate calorie needs) and the very fat (will over-estimate calorie needs).

Metric BMR Formula
Women: BMR = 655 + ( 9.6 x weight in kilos ) + ( 1.8 x height in cm ) - ( 4.7 x age in years )
Men: BMR = 66 + ( 13.7 x weight in kilos ) + ( 5 x height in cm ) - ( 6.8 x age in years )
example :
66 x (13.7 x 55 kg) + (5 x 171 cm) - (6.8 x 21 years old)
= 1,531.7
Once you know your BMR, you can calculate your Daily Calorie Needs based on your activity level using the Harris Benedict Equation.

Harris Benedict Formula
The Harris Benedict Equation is a formula that uses your BMR and then applies an activity factor to determine your total daily energy expenditure (calories). The only factor omitted by the Harris Benedict Equation is lean body mass. Remember, leaner bodies need more calories than less leaner ones. Therefore, this equation will be very accurate in all but the very muscular (will under-estimate calorie needs) and the very fat (will over-estimate calorie needs).
First, determine your BMR using our BMR Calculator or our BMR Formula.
To determine your total daily calorie needs, multiply your BMR by the appropriate activity factor, as follows:
1. If you are sedentary (little or no exercise) : Calorie-Calculation = BMR x 1.2
2. If you are lightly active (light exercise/sports 1-3 days/week) : Calorie-Calculation = BMR x 1.375
3. If you are moderatetely active (moderate exercise/sports 3-5 days/week) : Calorie-Calculation = BMR x 1.55
4. If you are very active (hard exercise/sports 6-7 days a week) : Calorie-Calculation = BMR x 1.725
5. If you are extra active (very hard exercise/sports & physical job or 2x training) : Calorie-Calculation = BMR x 1.9

Total Calorie Needs Example
If you are sedentary, multiply your BMR (1745) by 1.2 = 2094. This is the total number of calories you need in order to maintain your current weight.
Once you know the number of calories needed to maintain your weight, you can easily calculate the number of calories you need to eat in order to gain or lose weight:

- Calorie Needs to gain weight
Once you know the number of calories you need to maintain your weight (using our BMR Calculator in conjunction with our Harris Benedict Equation, you can easily calculate the number of calories you need in order to gain weight.
If you want to gain body weight, you need to consume more calories than you burn. One pound of body weight is roughly equivalent to 3500 calories, so eating an extra 500 calories per day will cause you to gain one pound a week.
For optimum health, if you increase your calories to gain weight then (health permitting) gradually increase your level of physical exercise in order to maintain or increase your lean body mass. The benefits of exercise on physical and mental health are well documented and shouldn't be ignored.

- Calorie Needs to lose weight
There are approximately 3500 calories in a pound of stored body fat. So, if you create a 3500-calorie deficit through diet, exercise or a combination of both, you will lose one pound of body weight. (On average 75% of this is fat, 25% lean tissue) If you create a 7000 calorie deficit you will lose two pounds and so on. The calorie deficit can be achieved either by calorie-restriction alone, or by a combination of fewer calories in (diet) and more calories out (exercise). This combination of diet and exercise is best for lasting weight loss. Indeed, sustained weight loss is difficult or impossible without increased regular exercise.
If you want to lose fat, a useful guideline for lowering your calorie intake is to reduce your calories by at least 500, but not more than 1000 below your maintenance level. For people with only a small amount of weight to lose, 1000 calories will be too much of a deficit. As a guide to minimum calorie intake, the American College of Sports Medicine (ACSM) recommends that calorie levels never drop below 1200 calories per day for women or 1800 calories per day for men. Even these calorie levels are quite low.
An alternative way of calculating a safe minimum calorie-intake level is by reference to your body weight or current body weight. Reducing calories by 15-20% below your daily calorie maintenance needs is a useful start. You may increase this depending on your weight loss goals.

BMI Calculator
Underweight Treatment
The best way to add weight is to increase your intake of complex carbohydrates, particularly whole grain ones. Foods like whole wheat bread, muffins, pasta, crackers, and bagels are good to include. Also, legumes and fruits would be wise choices.
In order to gain weight, you will have to eat more calories. You will need to include regular exercise and strength training into your lifestyle in order to prevent gaining too much weight as fat. And, as I mentioned, those extra calories should come mainly from additional carbohydrate.
To start, set up a realistic goal weight for yourself. You may need to resign yourself to a less than (what you may consider) an ideal weight. Make good nutrition your priority, and weight gain the second.
It is best to gain weight slowly and steadily. This will help to ensure that your weight gain is in the form of lean body mass and not excessive fat. Don't try to gain more than 1/2 pound a week.
Some more tips
  1. Drink 6-8 glasses of distilled water a day.
  2. Eat frequent but small meals.
  3. Eat lots of raw fruits and vegetables (green leafy vegetables are great)
  4. Do not drink coffee, alcohol, soda pop,...
  5. Do not eat processed foods; white sugar, white flower,...
  6. Avoid red meat and animal fats.
  7. Reduce intake of dairy products.
  8. Do not smoke and avoid second hand smoke.
BMI Calculator
Overweight Treatment
Your body weight is controlled by the number of calories you eat and the number of calories you use each day. So, if you consume fewer calories than you burn, you will lose weight. You can do this by becoming more physically active or by eating less.
You didn't put on extra weight overnight so it is equally unrealistic to take it off quickly. Record a goal that you can reach in one month that is 4 to 8 pounds less than you weigh now. Set a goal you know you can achieve.
Here are some very simple changes that you can start today that will greatly improve your chances of weight loss success:
Eliminate Red Meat
If foods like burgers are basic to your current diet, cutting out red meat can go a long way in helping you make healthier meal choices. Build your meals around fish or poultry.
Cut out fried foods
Grill, bake, roast, broil or boil your food. This also means doing without French Fries and snack foods like Potato Strings, Chips,...
Start with a soup or a salad
By starting dinner with a soup or salad, you will curb your hunger, which will in turn help you keep portion sizes in check and prevent you from overeating.
Stop Cola consumption
For every 20 ounces of Coca-Cola you drink, you're consuming 250 calories. If you're trying to consume around 1500 calories a day in order to lose weight, you can blow your entire calorie budget on soda!
Drink water
Reach for the goalf of eight glasses a day. Even if you don't drink eight, you're drinking more than usual.

BMI Calculator
Obesity Treatment
The method of treatment depends on your level of obesity, overall health condition, and motivation to lose weight.
Treatment includes a combination of diet, exercise, behavior modification, and sometimes weightloss drugs. In some cases of severe obesity, gastrointestinal surgery may be recommended.
If you are overweight, losing as little as 7-10 percent of your body weight may improve many of the problems linked to being overweight, such as high blood pressure and diabetes.
Slow and steady weight loss of no more than 1-2 pounds per week is the safest way to lose weight. Too rapid weight loss can cause you to lose muscle rather than fat. It also increases your chances of developing other problems, such as gallstones and nutrient deficiencies. Making long-term changes in your eating and physical activity habits is the only way to lose weight and keep it off!
Whether you are trying to lose weight or maintain your weight, you must improve your eating habits. Eat a variety of foods, especially pasta, rice, wholemeal bread, and other whole-grain foods. Reduce your fat-intake. You should also eat lots of fruits and vegetables.
Making physical activity a part of your daily life is an important way to help control your weight. Try to do at least 30 minutes of physical activity a day on most days of the week. The activity does not have to be done all at once. It can be done in stages: 10 minutes here, 20 minutes there, providing it adds up to 30 minutes a day.

BMI Calculator
Body Fat Formula
If you are unable to use our Body Fat Calculator, or if you are interested in how your Body Fat Percentage is calculated, this page has the mathematical Body Fat Formula.
The best time to use this formula, is in the morning. Your body weight and waist measurements are the most accurate just after you wake up from 7-8 hours of sleep.
The formula below will not calculate your exact body fat percentage. The most accurate way is underwater weighing, but this formula should give you a consistent measurement you can use as a guideline so you can determine if you're losing body fat and/or muscle.
Body Fat Formula For Women
Factor 1 (Total body weight x 0.732) + 8.987
Factor 2 Wrist measurement (at fullest point) / 3.140
Factor 3 Waist measurement (at naval) x 0.157
Factor 4 Hip measurement (at fullest point) x 0.249
Factor 5 Forearm measurement (at fullest point) x 0.434
Lean Body Mass Factor 1 + Factor 2 - Factor 3 - Factor 4 + Factor 5
Body Fat Weight Total bodyweight - Lean Body Mass
Body Fat Percentage (Body Fat Weight x 100) / total bodyweight
Body Fat Formula For Men
Factor 1 (Total body weight x 1.082) + 94.42
Factor 2 Waist measurement x 4.15
Lean Body Mass Factor 1 - Factor 2
Body Fat Weight Total bodyweight - Lean Body Mass
Body Fat Percentage (Body Fat Weight x 100) / total bodyweight

BMI Calculator

Body Fat Chart


The following Body Fat Chart describes body fat ranges and their associated categories.
Body Fat Percentage Categories
Classification
Women (% fat)
Men (% fat)
Essential Fat
10-12%
2-4%
Athletes
14-20%
6-13%
Fitness
21-24%
14-17%
Acceptable
25-31%
18-25%
Obese
32%+
25%+
Knowing your body fat percentage can also help you determine if your weight loss goals are realistic. Remember, weight loss doesn't always mean fat loss.
For example, let's say you are a 130 pound woman with 23% body fat, and your goal is to lose 20 pounds.
Initial body fat
130 pounds x 0.23 body fat = 30 pounds body fat
Lean body mass
130 pounds total - 30 pounds fat = 100 pounds lean body mass (bones, organs,...)
Goal
130 pounds - 20 pounds = 110 pounds
So, for this individual to achieve a lean, but healthy 18% fat, she would need to lose only 7 pounds of fat, reducing her weight from her current 130 pounds to 123 pounds. Losing more than 7 pounds means losing lean body mass (usually metabolically-active muscle tissue), which is clearly not desirable.
So before you decide that you need to "lose weight", remember to consider that "weight" consists of both lean body mass and body fat. Try to keep your weight loss goals realistic, and remember, keep the calorie-burning muscle, and lose only the fat.
130 pounds x 0.18 = 23 pounds body fat
100 pounds lean body mass + 23 pounds body fat = 123 pounds goal weight.
 Pada suatu hari, ada akak cleaner tu datang masuk office dia bagitau,"Cik xxx, Encik Xy, Encik XZ! ada ular dekat tuuuttttt.....", then kami pun agak gelabah, maklumlah baru sebualn lebih pindah kerja sini, takde kes ular masuk kilang lagi. Tutt..tutt... tengok ular hijau-hitam ni.
Nama ular ni ialah 'Ular Sawa Burung'

Oleh kerana aku dan ular memang macam best-buddy (at least aku jer syok-sendiri rasa camtu), dengan normalnya aku kata,"Saya biasa tangkap ular ni..." (Budak kampung.. selalu jumpa ular ni.)
So, dengan pakaian office, lipat lengan baju terus tangkap Ular ni. Walaupun kecil, dan dengan nakalnya ular ni gigit jari aku. Nasib la ular ni tak berbisa jika tengok secara kasar macam ular lidi atau ular daun.
Aku anggapkan makanan ular ni macam katak, cicak atau serangga. 

Jadi, aku pergi jauh-jauh campak ular ni. Tak baik bunuh haiwan. Lagipun haiwan ni tak berbisa dan tidak mengancam nyawa, sebaik-baiknya jangan bunuh haiwan. Lain la kalau macam ular tedung ke. Kalau tak dapat tangkap, bunuh terus la, kalau tidak kita yang akan di bunuhnya.

Tips Bila Bertembung dengan Ular:
  1. Jika tiada pengetahuan tentang ular, elok pegang senjata seperti kayu panjang.
  2. Pastikan ular tersebut berbisa atau tidak.
  3. Pastikan lokasi ular tersebut.
  4. Telefon Jabatan Penghilitan/ Bomba atau orang ramai untuk minta tolong.
  5. Jangan bertindak seorang diri tanpa pengawasan.
  6. Jarakkan diri dengan ular.
  7. Jangan mengancam ular tersebut sehingga berkemungkinan ia menyerang atau menyembur bisa.
  8. Jika hendak menangkap ular dengan tangan, pastikan menangkap daripada ekor untuk elak daripada digigit.
  9. Jika mempunyai penyapu, tekankan pada badan ular berhampiran kepala dan pegang kepala ulang serta badannya bagi mengelakkan ia bergerak bebas/ mengigit.
  10. Lari daripada tempat ular tadi!
Nota: Next Cerita aku pergi Taman Ular, Kangar, Perlis.

Cerita Aku dan Ular Sebelum ni:

05 Julai 2012

Pada 13 Mei 2012; Hari Ahad; Jam 12:53 Ptg Bersamaan 21 Jamadilakhir 1433, saya menerima SMS daripada abang no.2 bahawa kakak ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel. Sekarang sudah berusia lebih kurang sebulan 23 hari dah.

Alhamdulillah, gembira menerima perkhabaran kelahiran ini. Kemudian saya teringat tentang mimpi saya pada 13 Januari 2012; 19 Safar 1433 iaitu mimpi mengenai seorang bayi yang comel, dalam mimpi tersebut saya pun tak pasti anak siapa tapi kami agak rapat. Mimpi menjadi kenyataan apabila menerima Anak Saudara pertama!

Nota: Saya sentiasa menganggap mimpi sebagai tunjuk-ajar, motivasi, idea untuk kehidupan sebenar. Sentiasa cuba untuk mentafsir mimpi. Mimpi saya bukan lagi mainan tidur. Ia adalah inspirasi kepada lebih elok atau mengelak perkara tidak baik.

03 Julai 2012



Semalam 1st time saya naik menghala ke utara malaysia; Hentian Duta. Sebelum naik bas beli makanan alas perut skit, Air Karbonat Revive & Sandwich Tuna.

Dalam bas sangat penat giler jadi musafir di angi lalu ni, pagi ni baru sempat menjamah 'so-called-sandwich' ni, tapi apa yg di dapati, lebih rupa dari kuantiti. Nampak luaran macam banyak inti jer. Rupanya, 'aku tertipu'!!

Dah la harga RM2.50. Air revive pun RM2.50. Memang harga sedut-darah ni.7-Eleven pun tak mahal camni.

So, jika biasa naik bas beli jajan/kudapan/snack; lebih baik beli kedai yang lebih banyak pilihan.

Location : Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway. App HTC Sense

02 Julai 2012


Feeling love update skettt.. live update dalam LRT dari Bukit Jalil ke Stesen PWTC.

Baru sahaja training 1hari subjek ISO.

Malam ni bertolak ke Perlis, esok keje kul 9 pg.

Location : Kuala Lumpur - Putrajaya Hwy, Salak Selatan, 56000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway. App HTC Sense
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com