Aku tak berapa pasti dengan keadaan cuaca di Malaysia, tapi di Perlis agak sedikit pelik seperti bukan di Malaysia.
  • - Di siang hari, cuaca sangat panas terik dan bahang. Panasnya agak berlainan dengan panas di pantai timur atau pantai barat.
  • - Kemudian, awan mendung berarak tebal seperti hendak hujan, tapi tak hujan-hujan. Mungkin ini agak biasa.
  • - Tapi yang satu lagi ialah, Angin yang sangat-sangat kuat bertiup dengan sekali-sekala.. Amat kuat! Seperti angin lintang. Ia agak menakutkan apabila angin kuat bertiup sehingga boleh kedengaran angin itu berbunyi melalui celah-celah dinding, pokok-pokok.
  • Apabila di pejabat dapat mendengar angin yang ‘bersiul’ melalui atap bumbung.
  • - Hujan lak turun dengan sangat lebat, jika kereta putih lalui jalan raya terpaksa pasang emergency light, tak nampak rupa kereta dah, hanya lampu je jadi petunjuk. Hujan turu lebat seketika kemudian berhenti dan kembali lebat semula.
Mungkin Perlis bersempadan dengan Thailand dan berhampiran laut, hanya sawah padi terbentang, kurang bukit, pokok-pokok besar untuk menghalang angin.
Kekuasaan Tuhan mengatasi segalanya. Kita hanya manusia kerdil. Melawan cuaca pun tak mampu.