28 Jun 2012

As-salam-alaika-ya-qari’

Pagi-pagi ON PC desktop, cek emel dan terbaca satu emel mengenai paypal. Dah la dah lama saya tak buka website paypal ni, daftar sesaja jer menggunakan Maybank ATM Card yang ada VISA tu. (Other Tutorial #1 : Daftar Paypal Guna Kad ATM (Debit Card) Maybank ). Mendapat emel mengenai :-

Transaction Date: Jun 28, 2012
Transaction Amount: $150.00 USD
Buyer's Email: xxxxxxxxx@gmail.com

$150 USD = RM484.80! (Ikut nilai Forex Rates Maybank)

refund 150USD

Siapa lah yang baik hati menderma Ixbarr melalui paypal ni… huhu. Tapi rupanya ada seorang ni salah transfer, so, pihak paypal sent email untuk remind user supaya mengambil action. Boleh jer kata kita dah hantar barang, tapi itu TIPU namanya. So, Ix refund la semula kepada orang-salah-transfer tu… huhu

Baki Paypal Ix masih ada USD$ 3.21 = RM10. Duit yang di gunakan untuk mendaftar Paypal dulu.(Other Tutorial #1 : Daftar Paypal Guna Kad ATM (Debit Card) Maybank ).

Nota: Kalau letak butang derma melalui Paypal dalam Blog ni ada orang nak derma tak?

Posted on Khamis, Jun 28, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

27 Jun 2012

Apabila sebut anak emak, akan terbayang seseorang itu ialah seorang yang manja, kuat merengek. Tapi Bagi saya, Anak Emak ini bergantung bagaimana kita mengadaptasikannya.
Emak, Mama, Ibu, Mommy, Mami, Ummi; Seorang wanita yang bertugas kebanyakkan masanya di rumah dan menguruskan seluruh hal ehwal rumah 


Nota: Anak Saudara pertama saya; Ammar Zafran

Kategori Satu (Anak Mak):-
Anak (termasuk lelaki/ perempuan dan lain-lain) yang sentiasa mengharapkan emak. Dari segi makanan, mengemas, mahupun perkara yang remeh-temeh.

Kategori Dua (Anak Mak):-
Anak yang sentiasa membantu emak dalam menguruskan perkara seharian; termasuk memasak, mengemas dan perkara lain.

Kategori Tiga:
Anak yang rapat dengan ayah; lebih selesa mengadu hal pada ayah daripada emak.
Apa-apa pu kategori kita, asalkan dapat menyesuaikan diri sendiri walaupun di mana kita berada. Anak Emak kategori dua mungkin mempunyai pengalaman survival untuk hidup seorang tanpa terlalu bergantung pada orang lain. kalau lapar boleh masak, tak perlu setiap hari keluar makan di kedai.
Walau bagaimanapun, pengqlaman hidup mengajar kita untuk berevolusi. Mengadaptasi dengan kehidupan.

Posted on Rabu, Jun 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

24 Jun 2012

Ada banyak sampel herba yang sampai di sini untuk di proses. Dah namanya Pusat Herba, mesti lah banyak herba. Sampaikan nama herba yang tak pernah dengar, pelik, dan mungkin agak lucu kedengaran; tapi itulah nama herba yang di beri oleh nenek moyang kita sejak berkurun-kurun dulu.

Ada nama herba dari suku-sakat ali..masai ali

Ada kawan aku pernah sebut kenapa herba ini di namakan ‘Ali’, dia pun terdengar dari khabar lain juga mengatakan nama berasaskan ‘Ali’ di guna sempena ‘Saidina Ali’. Tak tahu sebanyak mana kebenarannya.

Antara sampel herba lain yang namanya agak tak pernah kedengaran yang di terima…IMAG0418

p/s: orang dulu-dulu sihat antaranya menggunakan herba alam semulajadi. Tapi sekarang herba mungkin dapat memudaratkan kesihatan. Perbezaannya adalah cara pemprosesan herba tersebut.

Posted on Ahad, Jun 24, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

23 Jun 2012



Location : Jalan Lang Rajawali 4, Taman Datok Jaafar, 01000 Kangar, Perlis,
Posted via Blogaway. App HTC Sense

Posted on Sabtu, Jun 23, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

22 Jun 2012

Lama rasanya, atau tak pernah rasa kot Bubut Pulut Hitam ni coz takde senarai memori saya Bubur Pulut Hitam ni. Masa pergi Padang Besar, Perlis ada ramai peniaga menjual beras pulut hitam ni. Harga dalam RM5-RM10 satu paket.
Hari ini dapat merasa percuma, Jamuan Kesyukuran Akak Cleaner  sini sempena mendapat pekerjaan. Alhamdulillah! Dah rezeki tak ke mana.
image
Setelah kekenyangan makan nasi dengan 2 kali tambah berlaukkan ayam masak merah, dah full perut nak makan Bubur Pulut Hitam ni… Jadi, sambil-sambil mengadap PC atas meja kerja, sekejap-sekejap masuk sesudu bubur dalam mulut ni. Akhirnya habis juga Bubur Pulut Hitam percuma ni! Just Nice, tak manis sangat.
Nota: Habiskan agar-agar air kelapa muda lak sebelum balik kerja.

Posted on Jumaat, Jun 22, 2012 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

21 Jun 2012

Aktiviti kerja semakin lama semakin bertambah, bertambah juga tanggungjawab sebagai pekerja yang berangan dedikasi ni. huhu!

Staff baru masuk boleh la kurangkan sedikit beban kerja, tapi tetap kena pikul tugas keje sebenar. Mungkin berminggu-minggu baru dapat habiskan dokumen SOP (Standard Operating Procedure) untuk makmal. Bukan 1 makmal, 3 makmal di pertanggungjawabkan..aishhh! Yang penting, pandai menguruskan masa. Masa untuk Facebook, untuk Blogging, untuk email, untuk pendapatan pasif seperti Says.my, churpchurp, untuk diri sendiri, untuk syarikat dan untuk pelanggan.

Aku rasa sangat bertuah bermula kerja untuk syarikat yang baru setup, dapat merasai perjalanan pengalaman kerja bermula daripada kosong dan harap-harap menjadi sebuah syarikat yang penuh potensi.Amin!! Boleh la berbangga menjadi salah seorang team PIONEER..hehe

Dokumen SOP penting sesebuah syarikat untuk mendapat pengiktarafa ISO (International Standadization of Organization), HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point), GMP (Good Manufacturing Practice) atau sebagainya. Work

Posted on Khamis, Jun 21, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

20 Jun 2012

Photo edit yang amat hebat dan sangat real!

Picture credit to damnlol.com

catbirdscatbirdcaterrabitcatrrabitscatsquirrefrobirdgiraftoisehamsadmousemelionno ideapifrogtigerabbittigeruirewasp

koalalai

Version 1/2. All images credit to damnlol.com

Posted on Rabu, Jun 20, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

17 Jun 2012

Sudah beberapa bulan aku menyewa di Pangsapuri ni. Tapi agak tak dinafikan bahawa menyewa di Pangsapuri (walaupun sewanya agak murah berbanding sewa rumah teres), saya rasa agak rimas dan terkurung. Tinggal di rumah yang bawahnya rupa serta berbumbungkan rumah! (Since saya stay di tingkat 3).
Tak lama lagi, bye-bye to rumah sewa pangsapuri dan welcome rumah teres! Nasib perantau berpindah randah macam ‘nomad’ lak…
Nanti di rumah teres saya stay bertiga (3 bilik dan 2 bilik air). Yang paling penting! Rumah teres itu atas tanah!! Saya ni jenis biologi skit. Suka berkebun.. Dalam pangsapuri saya, kesian kat anak pokok Roselle dan Pokok Stevia dalam beg polister hitam ni yang saya beli masa Hari Peladang dan Nelayan lepas…
Jadi, saya prefer tinggal di rumah yang ada tanah, walaupun sekadar rumah kampung berbanding rumah berlantaikan rumah, berbumbungkan rumah walaupun ia kondominium~ (Pendapat saya buat masa sekarang.)
Nota: Oleh kerana saya di besarkan dalam suasana kampung, ia mengajar erti survival. Menggunakan apa yang ada dengan bajet rendah. Jika orang yang biasa hidup di bandar, saya tak dapat beri pandangan.

Posted on Ahad, Jun 17, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

15 Jun 2012

Hoho! Kenal tak buah yang ada dalam gambar bawah ni? !st saya tengok macam Buah Jambu Arang. Tapi bila rasa dan tengok isi dalam bukan Jambu Arang pun. Buah ni Akak Cleaner yang bagi menjemput rasa. Katanya ni Buah Keghriyang (Akak tu sebut laju dan aku ni memang ada masalah skit dengan slang utaghra ni..). Bila sebut betul-betul, Buah K.E.R.I.A.N.G.

Bila saya makan, buahnya agak kelat-kelat, jadi akak ni sediakan garam untuk makan bersama.

keriangdot120101216123412-bb858220

Gambar dar Internet.

Jom baca sedikit artikal sumber online ni!

Buah keriang dot semakin pupus

JERLUN 14 Mei – Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. ”Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.

“Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama ‘anggur Malaysia’ kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. ”Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. ”Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum,” jelasnya.

Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. ”Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. “Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot,” ujarnya.

Nota: Beruntung dapat merasa Buah yang hampir pupus/ sukar di dapati ni, berbuah setahun sekali lak tu Winking smile

Posted on Jumaat, Jun 15, 2012 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

Membaca keratan akhbar Berita Harian Online mengenai menaikkan umur persaraan kepada 60. Aku terdetik untuk komen sedikit, perkara ini ada baik dan kurang baik (mungkin tak buruk).

Naik umur persaraan beri kesan positif kepada ekonomi

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 dijangka mempunyai impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Lim berkata, rancangan itu juga sejajar dengan peningkatan kualiti hidup berikutan sistem penjagaan kesihatan negara telah menyebabkan jangkaan hayat yang lebih panjang.
"Oleh itu, mereka boleh menyumbang positif kepada negara kerana kepakaran mereka boleh membantu meningkatkan produktiviti," katanya kepada sidang media selepas pelancaran Anugerah Golden Bull Award 2012 di sini hari ini.
Lim berkata demikian tentang Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Rang undang-undang itu menyatakan seseorang majikan tidak boleh menyarakan seseorang pekerja sebelum pekerja itu mencecah umur persaraan minimum.
Anugerah Golden Bull yang menyambut ulang tahun ke 10, memberi penghargaan kepada 100 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 20 PKS baru muncul.
Tahun ini, sebuah anugerah baru diperkenalkan, iaitu Super Golden Bull, untuk prestasi jualan yang cemerlang.
Anugerah ini diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sebelum ini, dalam ucapannya, Lim berkata sejumlah RM21.5 bilion diluluskan untuk membantu lebih 51,000 PKS setakat akhir Mac tahun ini.
"Jumlah itu disalurkan menerusi beberapa dana - Dana Projek Usahawan Bumiputera; Dana untuk Makanan; Dana untuk Industri Kecil dan Sederhana; Dana Usahawan Baharu 2; dan Skim Penyelesaian Hutang Kecil," katanya.
Ketika ketidaktentuan ekonomi global, beliau berkata kerajaan sedar mengenai cabaran yang diterima oleh PKS, terutamanya tentang kemungkinan penguncupan dalam pasaran eksport dan oleh itu komited untuk memberi bantuan kepada mereka.
- BERNAMA. BERITA HARIAN ONLINE
Setelah membaca keratan ini ia mengatakan:-
  • - Kerana kepakaran.
  • - Membantu meningkatkan produktiviti
Kenyataan adalah daripada Timbalan Menteri Kewangan, jadi, sebagai bahagian kewangan, ‘minimize’kan budget dan ‘maximize’kan produktiviti. Dengan ini, bajet kewangan dapat dikurangkan untuk melatih pekerja yang kurang berpengalaman berbanding pekerja berpengalaman yang ‘under/without-supervised’.
Mungkin di situ bajet tenaga kerja (man-power) dapat dikurangkan dan laburkannya kepada sumber yang dapat menjana kewangan lebih tinggi di samping menarik populariti department.
Seperti di sebut tadi, untuk mengurangkan bajet mengambil pekerja baru-kurang-berpengalaman mengambil masa untuk mengeluarkan dana untuk memberi latihan dan gaji yang tinggi. Jadi, mungkin pekerja baru di ambil sebagai kontrak di mana dapat memaksimumkan tenaga kerja dan mengurangkan bajet. Asalkan melepasi ‘tahap-selamat’ akta buruh, pihak syarikat tidak perlu bimbang terhadap tindakan Akta Buruh.
Jadi sebagai pekerja-baru-kurang-pengalaman, perlu survival dan menerima apa yang ada serta menimba sebanyak mungkin pengalaman agak kemudian hari nanti dapat berkongsi pengalaman kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
p/s:
Bahagian Modal Insan: “Kita perlu melabur untuk meningkatkan produktiviti pekerja”.
Bahagian Kewangan: “Kita perlu kurangkan perbelanjaan dan maksimumkan produktiviti pekerja”

Posted on Jumaat, Jun 15, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

14 Jun 2012

Akhirnya 14/06/12, IX telah menerima order online daripada hearbeat.my! iaitu Button Badges sempena event group kami; UMVC-VEDFAM! Hasil design IX sendiri….
IX design, order dan transfer bayaran pada 12hb, kemudian pada 13hb. tu pihak heartbeat.my confirmkan order dan bagi tracking number bagi pos via skynet dan pada 14hb, IX menerima bungkusan Button Badges ni di atas meja opis!! Cepat dan tepat jer!!
ini lah hasil tempahan via heartbeat.my. menepati citarasa gitu.hehe!!
Ini lah salah seorang muka customer hearbeat.my yang berpuas hati dengan penghantaran barang online ni!!
Close-up!! Button Badges yang cool! pasni sure nak tempah dengan hearbeat.my lagi la. Selepas pembelian dengan hearbeat.my, diorang bagi baucer diskaun 10% untuk pembelian seterusnya serta dapat komisen 20% coz IX join affiliate heartbeat.my ni!!
p/s: kalau korang ada idea kreatif untuk letak kat cawan, mug, kaca, bantal dan lain-lain, leh join Heartbeat.my ni! Pastu leh dapat baucer diskaun dan komisen diri sendiri lak tu…berbaloi-baloi!!

Posted on Khamis, Jun 14, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

13 Jun 2012

Hola! Hearbeat.my ni memang dah agak lama join tapi ini adalah kali pertama aku order barang dengan hearbeat.my ni. Barang yang aku order adalah ‘badges button’ yang bentuk bulat tu…

Badges-button sempena event our Group ‘UMVC (United Malaysian Vlog Channel’ iaitu VEDFAM (Vlog Everyday For A Month). With my own design. Very limited edition. Aku TER’order’ 4 biji je. lucky draw sorang setiap bulan. Dan satu lagi aku punyer! (for sample!)
Hadiah ni adalah hasil inisiatif sendiri since aku bahagian promoting..eceh! Jadi, spend a bit for lucky draw contest sempena VEDFAM yang diadakan kali kedua ni sepanjang 3 bulan. Jad, setiap hari selama 3 bulan, anda boleh lihat video blog yang di hasilkan oleh Vlogger-vlogger malaysia di channel UMVC kami!!


Aku dah tempah online heartbeat.my semalam, selepas order 4 biji badges-button dengan kos penghantaran RM7. Hari ini diorang dah send emel mengatakan dah pos dan akan terima pada 3 hari bekerja via skynet.

jadi, nantikan siapa Vlogger VEDFAM yang bertuah dapat limited edition VEDFAM Badges-button ni!!

p/s: since aku join affiliate heartbeat.my yang tergantung atas blog aku tu, walaupun beli dengan harga RM32, tapi aku dapat komisen self-purchase 20% dan voucher 10% untuk pembelian seterusnya! awesome!! ni sayang heartbeat.my ni… Leh design sendiri dan beli sendiri dan dapat komisen lak tu. Join la hearbeat.my. berbaloi-baloi.

Posted on Rabu, Jun 13, 2012 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

07 Jun 2012

Supercat! Kucing terbang macam ala-ala inspector gadjet lak. Sebenarnya kucing ni dah mati akibat di langgar oleh kereta. Maka tuan dia , Bart Jansen menggunakan bangkai kucing ni sebagai ‘body’ helicopter yang di panggil ‘Orvillecopter’ yang lengkap dengan radio control. Artis seni ini menjadikan kucing mati peliharaan beliau sebagai helicopter hanya untuk ‘tribute’ kucing itu.

2012-06-05T002106Z_1087799412_GM1E8650NCE01_RTRMADP_3_NETHERLANDS

2012-06-03T182807Z_1127634818_GM1E86406L401_RTRMADP_3_NETHERLANDS

2012-06-03T182311Z_149327242_GM1E86406L001_RTRMADP_3_NETHERLANDS

2012-06-03T181356Z_1361685216_GM1E864067B01_RTRMADP_3_NETHERLANDS

Orvillecopter’ yang terbang di Central Amsterdam sebagai sebahagian daripada KunstRAI Art Festival pada June 3, 2012.

2012-06-03T181303Z_511779477_GM1E86406A101_RTRMADP_3_NETHERLANDS

2012-06-03T180517Z_01_YH205_RTRIDSP_3_NETHERLANDS

Mungkin sesetengah daripada manusia melihat ia sebagai seni, Mungkin ada juga fikir ia sebagai kerja gila. Kebanyakkan manusia memang suka kucing jadi melihat ia sebagai perbuatan yang kejam. Bagaimana pula dengan haiwan-haiwan lain yang sengaja di bunuh hanya untuk mendapatkan kulit, bahagian-bahagian haiwan untuk kegunaan sendiri? Mungkin manusia hanya nampak dari segi kecantikan, kualiti kulit haiwan; bila ‘apply’ pada kucing, ia jadi kejam lak.

Sumber informasi: Yahoo! News

Posted on Khamis, Jun 07, 2012 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

06 Jun 2012

Aku tak berapa pasti dengan keadaan cuaca di Malaysia, tapi di Perlis agak sedikit pelik seperti bukan di Malaysia.
  • - Di siang hari, cuaca sangat panas terik dan bahang. Panasnya agak berlainan dengan panas di pantai timur atau pantai barat.
  • - Kemudian, awan mendung berarak tebal seperti hendak hujan, tapi tak hujan-hujan. Mungkin ini agak biasa.
  • - Tapi yang satu lagi ialah, Angin yang sangat-sangat kuat bertiup dengan sekali-sekala.. Amat kuat! Seperti angin lintang. Ia agak menakutkan apabila angin kuat bertiup sehingga boleh kedengaran angin itu berbunyi melalui celah-celah dinding, pokok-pokok.
  • Apabila di pejabat dapat mendengar angin yang ‘bersiul’ melalui atap bumbung.
  • - Hujan lak turun dengan sangat lebat, jika kereta putih lalui jalan raya terpaksa pasang emergency light, tak nampak rupa kereta dah, hanya lampu je jadi petunjuk. Hujan turu lebat seketika kemudian berhenti dan kembali lebat semula.
Mungkin Perlis bersempadan dengan Thailand dan berhampiran laut, hanya sawah padi terbentang, kurang bukit, pokok-pokok besar untuk menghalang angin.
Kekuasaan Tuhan mengatasi segalanya. Kita hanya manusia kerdil. Melawan cuaca pun tak mampu.

Posted on Rabu, Jun 06, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

02 Jun 2012

Salam semua. Semakin hari semakin kurang masa untuk blogging ni. Sejak berpindah kerja dengan sukarela dan ‘excited’ nya, semuanya bermula dari kosong. Mula mengira hari-hari untuk dipenuhi dengan pengalaman kerja sebagai salah seorang dalam Team perintis cawangan syarikat baru ni.

Macam aku lebih tertumpu kepada bahagian Makmal buat masa sekarang ni. Pembantu makmal pun takde, Chemist pun takde. Kalau berminat tu leh la mohon sini temankan aku dalam makmal...hehe…

IMAG2165

Ada tiga makmal sini; Mikrobiology, Kawalan Kualiti dan Analitikal. Semua peralatan masih berbungkus lagi. Nasib agak baik ada akak cleaner tolong aku untuk unwrapped semua peralatan makmal yang masih berbungkus ni…Pheww~~

IMAG2166

Aku bukanlah major bahagian peralatan makmal ni, tapi adalah sesetengah peralatan makmal tu agak simple dan familiar…

IMAG2163

Sampel product yang bakal kami di sini proses..penuh meja aku buatkan aku terliur jer…Produk yang di hasilkan untuk para usahawan yang berminat! Oleh kerana syarikat kami ni tak boleh keluarkan product sendiri, products usahawan pun boleh lah… Bestnye..kalau wat ujian sensori rasa-merasa produk buah-buahan ni!! Bertambah saiz la aku pasni yer….

Nota: Ada quote yang sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala ni,”Love your job and you don’t need to work another day”

Kepuasan bila segala Ilmu semasa Praktikal di MARDI dulu boleh di praktikkan di sini! DUlu selepas habis praktikal MARDI, aku merancang nak bukak bisnes yang sama macam ni tapi secara usahawan tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH; tak berpeluang lagi untuk diri sendiri tapi bantu usahawan lain pun boleh timba pengalaman lagi.

Posted on Sabtu, Jun 02, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...