Semenjak ada koleksi One Piece dalam external hardisk aku, jadi moh le kiter melayan One Piece. Hehe. Walaupun anime ni sudah beberapa tahun ke belakang, tapi aku baru melayan 2,3 minggu lepas.

Nak melayan TV takde, radio pun takde. Laptop kesayangan ni la jadi peneman hidup bujang ni..
Dari Episod 1 sehinggalah Episod 293; ada beberapa ratus episod lagi nak layan ni.., betapa gigihnya (dan sebab bosan!) aku melayan anime ni. Setiap hari, setiap weekend. Layan jugak lah Anime One Piece ni.

Setakat ni, terperasa aku dalam Anime One Piece ni ada mesej tersurat dan tersirat yang menceritakan tentang hal dunia ini.

Nota: Internet Broadband ni tersangat lah lambat, nak blogwalking pun tak dapat. Ni pun update guna Windows Live Writer jer….