27 Mei 2012

Selamat Berhujung minggu. Bulan May ni dah masuk bulan ke empat aku menetap di Perlis Indera Kayangan ni. Dan Perlis ni terkenal dengan ‘trademark’ buah mempelam yang mahal! tahap diRaja punya! Mempelam Harumanis!

Sekarang dah masuk Bulan May, jadi memang dah bermula musim Harumanis ni, Nak berbuah berbulan-bulan tapi stok buah ni habis dalam berminggu-minggu je!

IMAG2084

Mempelam Harumanis mengikut cerita akak cleaner tempat keje aku, memang satu projek tanaman Perlis. Dan biasa dengan cerita-cerita yang Pokok Mempelam Harumanis ni tidak dapat hidup subur di negeri-negeri lain; hanya di Perlis sahaja.

IMAG2087

Buah Harumanis memang agak besar. Berat setiap biji lebih kurang 500 gram (Jadi 1 kg hanya ada 2 biji). Dan harga untuk 1 kg antara RM12, RM13 sehingga RM18!

IMAG2088IMAG2089IMAG2130IMAG2131

Pokok Harumanis ni adalah kacukan dari Mempelam biasa dan Buah Machang/Bacang/Konen. No wonder la buah nya besar macam Buah Machang/Bacang/Konen. Ada satu Harumanis yang aku beli rasanya macam buah Machang, jadi buat kali pertama aku rasa Harumanis dengan ada sedikit rasa Machang/Bacang. So, the feeling having a bit of Harumanis was not a surprise because of the familiar taste with Machang which I used to had during childhood.

Posted on Ahad, Mei 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

25 Mei 2012

Posted on Jumaat, Mei 25, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Awal bulan May lepas, buat kali pertama menerima cek Nuffnang di Office. Terpaksa la guna alamat surat-menyurat di office coz senang ada sekuriti terima barang. Lagi pun nak tulis alamat rumah sewa tak tentu lak. Mana la tau kot-kot nak pindah rumah pasni kan.

Dan lagi, nak letak alamat pangsapuri? Risiko agak besar untuk cek terima di peti surat pangsapuri ni. Dah la tak berkunci kotak surat tu. Selalu jer nampak berterabur surat-surat.

IMAG2041

Walaupun nilai cukup syarat cashout jer, tapi boleh la untuk makan minum 1 minggu….

Posted on Jumaat, Mei 25, 2012 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

22 Mei 2012

pencuci mulut

Posted on Selasa, Mei 22, 2012 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

20 Mei 2012

Semenjak ada koleksi One Piece dalam external hardisk aku, jadi moh le kiter melayan One Piece. Hehe. Walaupun anime ni sudah beberapa tahun ke belakang, tapi aku baru melayan 2,3 minggu lepas.

Nak melayan TV takde, radio pun takde. Laptop kesayangan ni la jadi peneman hidup bujang ni..
Dari Episod 1 sehinggalah Episod 293; ada beberapa ratus episod lagi nak layan ni.., betapa gigihnya (dan sebab bosan!) aku melayan anime ni. Setiap hari, setiap weekend. Layan jugak lah Anime One Piece ni.

Setakat ni, terperasa aku dalam Anime One Piece ni ada mesej tersurat dan tersirat yang menceritakan tentang hal dunia ini.

Nota: Internet Broadband ni tersangat lah lambat, nak blogwalking pun tak dapat. Ni pun update guna Windows Live Writer jer….

Posted on Ahad, Mei 20, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

19 Mei 2012

Kehidupan bujang ni ada je cara mudah untuk makan. Tak kisah sangat pasal makan, asalkan boleh isi perut.

Hidup bujang ni takde peti ais lagi, jadi guna barangan kering dan mudah di simpan. Kali ini bagaimana menikmati pasta/makaroni dengan cara mudah.

Bahan-bahan: Makaroni, Sardin/ Inti Sandwich Segera, Sos Tomato/Cili, Serbuk Lada Hitam (Jika Perlu).

1# Masak Pasta/Makaroni menggunakan rice-cooker atau rebus atas dapur lebih kurang 10-15 minit.

resipi, pasta, makaroni

2# Bila dah masak. Campurkan semua bahan. Dan gaulkan. Nota: Bahan-bahan mengikut citarasa.

resipi, pasta, makaroni

Siap!

Posted on Sabtu, Mei 19, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...