Tulisan kali ini bukan berunsur politik tapi realiti aku sebagai seorang bekas pelajar. Semasa belajar dulu dengan tiada pendedahan tentang pinjaman, ibu bapa hanya tau, nak sambung belajar pinjam PTPTN, aku ada bertanyakan kepada Yayasan negeri tentang pinjaman pelajaran, mereka kata,Pinjaman pelajaran dari Yayasan sekirannya pelajar tersebut tidak mendapat mana-mana pinjaman. Tarikh masuk Universiti telah hampir, Yayasan beri lah wang ehsan skit untuk menampung sebelum mendapat pinjaman PTPTN ni.

ptptn, hutang pelajar, hapuskan ptptn

Akhirnya sepanjang 3 tahun melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda, kemudian Convocation. Kemudian bertukus lumus cuba mendapatkan kerja, ada buat kerja sendiri, kerja part-time sementara mendapat kerja yang betul-betul terjamin. Oleh kerana, pointer Ijazah tidak seberapa, bukannya tidak berusaha tapi macam itulah… dengan tiada pengalaman, sangguplah guna apa-apa kelulusan walaupun SPM, nak guna kelulusan Matrikulasi memang tidak di iktiraf. Keluar sebagai Fresh Graduate.

Hantarlah berpuluh-puluh resume ke seluruh Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang panggil temuduga hingga ke Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya. Tapi dengan personal skill yang kurang, masih bukan rezeki. Duit simpanan masih cukup untuk beberapa bulan. Walaupun bergelar seorang penganggur, tapi aku tidak meminta wang daripada ibu bapa. Tapi Ibu Bapa, mereka memang memahami, walaupun cuma berdiam diri, tapi ada juga hulur beberapa ringgit untuk berbelanja. Duit itu aku hanya kumpul kerana bimbang kemudian hari tiada perbelanjaaan.

Bermulalah kerja sendiri, tidaklah peroleh banyak pendapatan tapi hasil usaha sendiri setiap sen itu amat-amat bererti, kadang-kala berurusan dengan keluarga sendiri. Ada juga duit tips yang di bagi. Dengan duit simpanan yang sedikit, oleh kerana 2 kali terima surat amat pembayaran daripada PTPTN, mula lah bayar untuk kali pertama selepas graduate, RM100 dengan caj RM2 kerana bayar di Pejabat Pos. Sekadar untuk mewujudkan rekod pembayaran sahaja. Kemudian, tiada surat PTPTN sampai lagi. Setelah beberapa lama menganggur menunggu panggilan temuduga, akhirnya di terima melanjutkan dalam Bidang Kemahiran Bioteknologi. Setelah lama berfikir akibat tiada pekerjaan yang menjamin, aku memilih untuk masuk kembali belajar dalam bidang lebih kepada kemahiran.

Sedikit-sedikit dengan duit elaun yang di beri, mampu juga membayar PTPTN beberapa ratus, tapi satu yang menjadi kerungsingan aku apabila melihat rekod pembayaran dalam E-FES PTPTN (Melalui Internet banking dan Caj 50 Sen), setiap bulan ada caj pentadbiran sebanyak RM48.50. Aku semakin runsing memikirkan sampai bila aku kena bayar caj pentadbiran tersebut? Aku bayar balik pinjaman beberapa ratus dengan harapan ia makin berkurang, tapi dengan jumlah bayaran RM21,000 kini menjadi RM21,800++++. Bayar bunga pun tidak habis-habis, sampai bila duit pinjaman tersebut nak berkurang. Tapi aku tetap bayar PTPTN.

Tahun ini genap umur aku 25 tahun, baru memulakan kerjaya, baru memiliki motorsikal untuk ulang-alik kerja tapi sudah memikirkan hutang yang semakin bulan semakin naik. Aku bukanlah harapkan PTPTN di hapuskan kerana duit itu yang kita pinjam untuk pembelajaran sepanjang 3 tahun, sekurang-kurangnya..Hapuskan duit bunga tersebut. Setiap bulan aku bayar PTPTN dengan kadar tertentu, tapi dengan bayaran tersebut rupanya aku juga membayar caj bunga. Kadang-kala aku terbangun tengah malam memikirkan hal hutang yang mungkin lebih 10 tahun baru boleh langsai.

Sekian.