28 April 2012

Dari masa kerja pagi tadi lagi nak update blog, tup-tup save draft jer. Baru habis layan Drama Jepun, “Bambino”. Pasal tukang masak/restoran/makanan.

Segment D.I.Y (Do It Yourself) untuk orang baru pindah mcam aku di dalam rumah serba kosong ni daripada kotak kosong menjadi bekas letak buku. Ianya simple jer, mesti sesiapa pun ada terfikir untuk menggunakan kotak kosong menjadi sesuatu; seperti letak barang etc.

IMAG1792

IMAG1793

IMAG1794

Walaupun takde la eksklusif dan bergaya sangat, tapi berguna juga la di samping menjimatkan bajet buat sementara ni.

20 April 2012

QUICK POST.

Selepas penggunaan Celcom SKMM yang bernilai RM25/sebulan denggn limit data 800MB, setakat guna dalam 1 minggu jer dah habis limit data broadband. Kemudian aku terima mesej dari CelcomOffer untuk pengguna yang telah melebihi limit.

Number: celcomOffer
Continue to stream up to125songs,get additional500MB data volume@only RM10 when u exceed ur data limit. To purchase,send BROADBAND VOL to 22188.T&C
Time: 16/04/2012 15:17:54


Number: 22188
Additional volume: 100MB@RM3, 500MB@RM10, 1GB@RM15, 5GB@RM50. To get additional volume, send ON VOL100MB/ ON VOL500MB/ ON VOL1GB/ ON VOL5GB to 22188.
Time: 20/04/2012 14:39:05

Kesimpulannya,

Celcom SKMM = RM25 sebulan/800MB

Additional (jika) 500MB = +RM10 = RM35 sebulan/ 1.3 GB.

(jika) 1GB = +RM25 = RM40 sebulan/1.8GB

Kelemahan mengambil data prepaid broadband. Kalau yang bayar bil RM68 (tak silap) untuk 4GB sebulan.

Nota: Masih tunggu ‘verify’ dari seseorang untuk pengguna broadband menikmati berinternet laju.. Lambanya..

19 April 2012

Jika di imbaskan, semasa aku bersekolah menengah dan tinggal di asrama, ada terjumpa serangga ini tapi berlainan spesis, berwarna hitam. Persamaannya ialah serangga ini boleh melipat dan menyembunyikan sayapnya di bawah abdomen hitam bahagian tengah.

Kemudian, semasa matrikulasi lagi sekitar tahun 2005/2006, masa tu riuh juga diperkatakan supaya berhati-hati dengan serangga ini sebab bisa. Tup-tup tahun 2012 ni, semasa aku baru masuk rumah sewa baru tu, terkena bertemu jodoh juga dengan serangga ini.

Pada mula masuk rumah memang la ada banyak serangga coz dah beberapa hari di tinggalkan, biasalah hidup bujang dan bilik private, dengan tidur cara bujang la tanpa kipas (takde lah sampai 18 SX). Bila bangun, terdapat kesan merah-merah, dan ada kesan macam kena calar, merah dan gatal-gatal, kemudian sedikit berair/bernanah. Pada mulanya aku ingatkan aku ada alahan terhadap toto baru beli, gigih la ke farmasi makan ubat alahan.
Selepas tu, aku terkena lagi benda yang sama, kesan macam calar, satu garisan dan merah, merah, gata-gatal. Kemudian hendak di jadikan takdir, terjumpa la artikel ini. Ia menggamit memori semula yang memang aku sedia maklum akan serangga ini rupanya.
[SHARED INFO FROM PAGE]
Boleh baca dan share. Kalau terjumpa terus matikan je utk keselamatan anak2 ..
APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953.

Racun serangga ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung (Tak pasti). Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.
Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:

Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.
Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air. (Sumber : pak hIdali)
Copas dari tetangga sblh Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih, kasih salep hydrocortisone 1% or Salep betametasone + antibiotik neomycin sulfat-3xsehari or Salep Acyclovir 5%..
Binatangnya mcm kala jengking tp kecil pnjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya mcm herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di ubati.
Harus dibaca penting sekali !!!

Waspada terhadap wabak jutaan Serangga TOMCAT yg dpt menyerang kesihatan. :'(

18 April 2012

Setelah beberapa lama filem Karak arahan KRU Production ni tersimpan di dalam external hardisk aku, akhirnya di saat aku kebosanan, aku berjaya menamatkan filem seram (sedikit komedi) bertajuk KARAK ni.

Aku tak pasti cerita sebenar di sebalik Jalan Lama Karak ni, dan mendengar khabar-khabar dari orang lain bahawa sesetengah cerita hantu yang di tunjukkan di dalam filem ini adalah benar seperti kereta berwarna kuning tanpa pemandu tersebut.

Cerita di mulakan dengan sorang pemandu yang di’makan’ oleh ‘hantu’ sampai perut terburai dan bersedia untuk di tembak oleh polis. Pelik. Hantu boleh memburu dan makan manusia macam makan KFC. Dan Polis siap sedia untuk tembak. Bukan kah ia seperti cerita Makhluk Asing? Hantu atau Makhluk Asing?

Filem Seram Karak bermula apabila 4 orang sahabat yang boleh di bahagikan kepada; Yang  percaya kewujudan hantu, Yang percaya kewujudan makhluk ghaib tapi secara agak moden, seorang yang tidak percaya hantu dan seorang yang gedik konon-kononnya bersedih dengan kematian abang beliau (kot)

(Can you see the ‘DuckFace’?)karak, kru

Bermula lah perjalanan 4 sahabat ni yang melalui lebuhraya karak, oleh kerana jalan sesak, mereka mengambil inisiatif untuk melalui jalan karak lama yang lenggang. Untuk di jadikan cerita, mereka berhenti di sebuah pekan untuk ke toilet-makan, pada masa ini mamat botak-rambut-sikit ke toilet dan cerita pasal mamat ni sahaja, jumpa seorang wanita tapi bila sedar dia dalam tandas lagi. jadi bagaimana dia delusi jumpa wanita hantu tersebut di luar tapi dia masih dalam tandas lagi.

Kemudian mereka kemalangan sebab nak elak budak hantu. Sorang awek yang percaya hantu tu jer yang hidup dan ketiga-tiganya dah mati tapi masih wujud dalam cerita dalam bentuk roh yang belum di bagitau bahawa diorang memang dah mati.

Jalan cerita Karak ni lebih kepada Hantu yang sebenar belaan bini pakcik rumah usang cuba meng’hantui’ hantu-hantu yang tak sedar diri itu hantu, 3 orang sahabat tersebut. Patut pun awek yang percaya hantu tu sahaja kena rasuk dan menakutkan hantu-tak-sedar-diri-hantu tu…Ada satu scene di mana hantu abang-botak-skit di hantui hantu budak sekolah tu.

Hantu 3 orang sahabat-tak-sedar diri-jadi hantu di kenalpasti masa scene flashback last sekali yang rupa-rupanya awek tu sorang jer yang masih hidup. Tapi cerita hantu yang di ceritakan membabitkan hantu-tak-sedar-diri jugak.

Cerita ini tetiba mengingatkan aku kepada satu cerita seram Siam, tak pasti tajuk apa tapi ada 3,4,5 orang sahabat (hakikatnya sorang sahaja Manusia hidup) pergi ke satu kampung yang memang tiada penduduk dan semuanya hantu. Las-last skali baru awek tu sedar yang dia sebenarnya di hantui.

filem karak, hantu, melayu

Scene hantu nenek ini walaupun nampak agak realistic tapi ada sedikit kejanggalan. Jika diperhatikan betul-betul, rambut hantu tersebut ‘terpacak’. Takkan hantu tu meremang bulu rambut kot. Haha. Rambut tersebut elektrostatik. Mungkin sebab spotlight berhampiran kot.

filem karak, kru, kubur,

Scene ini agak tergelak untuk aku lihat, seorang perempuan yang di kelilingi hantu, dengan iman yang tak brapa la kot jika lihat dari segi pemakaian dan perbuatan. Tetiba siap baca makna ayat kursi dengan lancar (Okay! Don’t judge a book by its cover la). Kuat iman jugak awek ni, lepas baru je insaf malam tu, siap main-peluk-peluk lak ngan pakwe dia. Awkward skit kalau dari segi agama. Okay! hantu punyer pakwe, apa nak kisah kan.filem melayu, hantu melayu, karak, kru

Okay. part last tak banyak komen, untuk peminat Rock Maiden (kot), siap pakai baju gambar hantu tapi bila muncul yang sebenar. terketar-ketar kan..

15 April 2012

Belangkas (Horse Shoe Crab). Aku terjumpa haiwan ni masa jejalan di pasar malam yang aku beli ketam celup tepung yang berharga RM1.50 dan RM1 dulu. Pasar Malam Abi pada hari Isnin. On the way balik kerja pada Monday Blues, terus bertembung dengan Pasar Malam ni. Kali ini aku terserempak dengan seorang makcik yang menjual beberapa ekor belangkas, pada mulanya memang telah menarik perhatian aku tapi seperti biasa ronda-ronda pasar malam untuk lihat apa menu untuk hari tersebut.

Dan beberapa kali pusing, singgah la ke spot makcik tersebut dan bertanyakan berapa harga untuk seekor ni, dan makcik tu cakap, RM10..Tapi kenapa aku tidak terkejut apabila makcik tu kata RM10 seekor, kalau secara kasarnya ianya memang mahal. Tapi sebab aku beli belangkas ni adalah untuk koleksi peribadi.


Selepas aku bertanyakan kepada makcik tu berapa harga ni, makcik tu tnya pernah makan belangkas tak? Of course la aku cakap tak, dan tak pernah terlintas pun yang rupanya orang makan belangkas ni!

Makcik tu siap bagi langkah-langkah macam mana nak masak, dan makan lagi. Semasa beli, haiwan ni masih hidup dan bergerak-gerak lagi. Mesti la mereka menjual yang hidup sebab memastikan kesegarannya kan. Selepas beli aku siap panik, MACAM MANA AKU NAK BELA HAIWAN NI! Belangkas merupakan hidupan air masin. Mana nak cari air laut kan. 

Sampai sahaja kat rumah, aku letak belangkas ni dalam baldi berisi air paip dan anti klorin yang beli dekat kedai ‘pet’. Memang confirm la tak hidup, balik je kerja tengok-tengok dan mati dah. Dan sampai sekarang aku jemur je tengah panas biarkan kering untuk koleksi peribadi.
Nota: Bukan senang nak jumpa belangkas ni. Maybe sebab itu harganya agak mahal. Lagipun belangkas merupakan haiwan yang amat bernilai kerana darahnya yang berwarna BIRU! 1 Liter darah Belangkas yang berwarna BIRU mencecah berpulu-puluh ribu ringgit!

Harga sesebuah idea adalah amat berharga sekali, ia bergantung kepada bagaimana idea itu dapat memberi impak kepada orang lain. Mencari sesuatu idea mengambil masa yang lama, dan masa itu akan terus berdetik, tidak boleh di ulang dan di beli. Jadi pada pandangan penulis, harga sebuah idea adalah harga sesuatu masa yang di habiskan untuk mencari idea tersebut.

idea bernas, idea bijak

Contoh: Seorang penulis novel menghabiskan beberapa bulan untuk menyiapkan sesebuah buku, jika hendak di bandingkan kos kertas, dakwat, percetakan; ia boleh di cari kerana ia sentiasa ada, tapi masa yang dihabiskan untuk menghasilkan plot-plot novel tersebut tidak dapat di kembalikan. bagaimana kos masa tersebut, Jadi dengan itu harga sebuah idea sangat penting.

Contoh lain: Jika suatu barang terbuang, pada pandangan A, ianya hanyalah sampah semata-mata yang hendak dilupuskan. Manakala bagi B, sampah tersebut dengan sedikit inovatif, idea semestinya. ‘sampah’ itu menjadi suatu yang bernilai dan berguna kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Kita tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk mencari sesuatu idea. Idea yang bodoh kadang kala berguna juga, ada idea yang tidak masuk logik akal, tapi dengan pengubahsuaian mengikut keadaan realiti semasa, ia adalah boleh di aplikasikan.

NotaPositif: Bagaimana perasaan anda apabila anda memberi idea dan kemudian orang cakap “Good Idea!”, “Bijak Idea”,”Nice Idea”.

14 April 2012

Tulisan kali ini bukan berunsur politik tapi realiti aku sebagai seorang bekas pelajar. Semasa belajar dulu dengan tiada pendedahan tentang pinjaman, ibu bapa hanya tau, nak sambung belajar pinjam PTPTN, aku ada bertanyakan kepada Yayasan negeri tentang pinjaman pelajaran, mereka kata,Pinjaman pelajaran dari Yayasan sekirannya pelajar tersebut tidak mendapat mana-mana pinjaman. Tarikh masuk Universiti telah hampir, Yayasan beri lah wang ehsan skit untuk menampung sebelum mendapat pinjaman PTPTN ni.

ptptn, hutang pelajar, hapuskan ptptn

Akhirnya sepanjang 3 tahun melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda, kemudian Convocation. Kemudian bertukus lumus cuba mendapatkan kerja, ada buat kerja sendiri, kerja part-time sementara mendapat kerja yang betul-betul terjamin. Oleh kerana, pointer Ijazah tidak seberapa, bukannya tidak berusaha tapi macam itulah… dengan tiada pengalaman, sangguplah guna apa-apa kelulusan walaupun SPM, nak guna kelulusan Matrikulasi memang tidak di iktiraf. Keluar sebagai Fresh Graduate.

Hantarlah berpuluh-puluh resume ke seluruh Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang panggil temuduga hingga ke Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya. Tapi dengan personal skill yang kurang, masih bukan rezeki. Duit simpanan masih cukup untuk beberapa bulan. Walaupun bergelar seorang penganggur, tapi aku tidak meminta wang daripada ibu bapa. Tapi Ibu Bapa, mereka memang memahami, walaupun cuma berdiam diri, tapi ada juga hulur beberapa ringgit untuk berbelanja. Duit itu aku hanya kumpul kerana bimbang kemudian hari tiada perbelanjaaan.

Bermulalah kerja sendiri, tidaklah peroleh banyak pendapatan tapi hasil usaha sendiri setiap sen itu amat-amat bererti, kadang-kala berurusan dengan keluarga sendiri. Ada juga duit tips yang di bagi. Dengan duit simpanan yang sedikit, oleh kerana 2 kali terima surat amat pembayaran daripada PTPTN, mula lah bayar untuk kali pertama selepas graduate, RM100 dengan caj RM2 kerana bayar di Pejabat Pos. Sekadar untuk mewujudkan rekod pembayaran sahaja. Kemudian, tiada surat PTPTN sampai lagi. Setelah beberapa lama menganggur menunggu panggilan temuduga, akhirnya di terima melanjutkan dalam Bidang Kemahiran Bioteknologi. Setelah lama berfikir akibat tiada pekerjaan yang menjamin, aku memilih untuk masuk kembali belajar dalam bidang lebih kepada kemahiran.

Sedikit-sedikit dengan duit elaun yang di beri, mampu juga membayar PTPTN beberapa ratus, tapi satu yang menjadi kerungsingan aku apabila melihat rekod pembayaran dalam E-FES PTPTN (Melalui Internet banking dan Caj 50 Sen), setiap bulan ada caj pentadbiran sebanyak RM48.50. Aku semakin runsing memikirkan sampai bila aku kena bayar caj pentadbiran tersebut? Aku bayar balik pinjaman beberapa ratus dengan harapan ia makin berkurang, tapi dengan jumlah bayaran RM21,000 kini menjadi RM21,800++++. Bayar bunga pun tidak habis-habis, sampai bila duit pinjaman tersebut nak berkurang. Tapi aku tetap bayar PTPTN.

Tahun ini genap umur aku 25 tahun, baru memulakan kerjaya, baru memiliki motorsikal untuk ulang-alik kerja tapi sudah memikirkan hutang yang semakin bulan semakin naik. Aku bukanlah harapkan PTPTN di hapuskan kerana duit itu yang kita pinjam untuk pembelajaran sepanjang 3 tahun, sekurang-kurangnya..Hapuskan duit bunga tersebut. Setiap bulan aku bayar PTPTN dengan kadar tertentu, tapi dengan bayaran tersebut rupanya aku juga membayar caj bunga. Kadang-kala aku terbangun tengah malam memikirkan hal hutang yang mungkin lebih 10 tahun baru boleh langsai.

Sekian.

13 April 2012


The plastic usage nowadays becoming wide and there is still no solution to decrease the plastic waste, so it just become a landfill of plastic that would be stand for few hundred years.
So, I found this interesting news on Yahoo!News.
This week we're talking about fungus two ways. One that can survive exclusively on polyurethane and another that can replace Styrofoam.
Both polyurethane and styrofoam are not biodegradable, so without a solution, all the plastic bottles and old toys we throw out every year will be sitting in landfills for centuries.

Yes, you can recycle plastic, but that just means turning it into another product and recycling hasn't sufficiently slowed the production of new plastic.
According to a Yale study, globally we produced 245 million tons of plastic in 2006, compared to only 1.5 million tons in 1950.

One of the fungi we're looking at is called pestalotiopsis microspora. It was discovered by a group of Yale researchers on an expedition in Ecuador and can subsist on polyurethane alone in airless environments, like the bottom of a landfill.
The other comes from a couple of college friends who discovered that the sticky substance on the bottom of mushrooms called mycelium could be turned into a glue and when that glue is combined with corn husks and other food byproducts it takes on a form similar to Styrofoam. Their company,Ecovative wants used Styrofoam to become mulch, not waste.

A future with less plastic and more mulch, all thanks to fungus.






12 April 2012

Sejak 2 minggu lepas; kali ke dua aku topup rm25, dan bulan ke 2 setengah aku guna SKMM ni, Broadband SKMM aku telah mengalami kejutan apabila setelah 2 bulan aku guna broadband SKMM ni dengan kelajuan yang amat guna line HSDPA dan kadangkala mencapai lebih 1Mbps! Nak download movie pun no hal.

Tapi kini ia hanya dalam sejarah. Line Celcom Broadband kembali menjadi ‘Beruk’band. Line menjadi teramat-amat-amat slow! Nak cek emel pun 2,3,4,5,6 kali refresh.

celcom broadband download

Setelah Google serba sedikit, ada satu term mengenai FPU-pe-ntah (Fair Usage Plan-kot), iaitu apabila kita melebihi had bulanan (Contoh: 5GB Sebulan), line internet akan menjadi teramat slow, kalau nak cepat ada extra charge untuk tambah data.

Dan menurut inferens aku, pihak celcom telah detect penggunaan aku yang memang amat terlampau ni kot sampai leh download “Lawak Ke Der” di Istana Budaya tu dengan kadar SKMM RM25 sahaja. kalau ikut pakej SKMM , RM25 hanya untuk 800MB SAHAJA!

Nota: Lepas ni kena guna broadband cara berhemah la, 800MB sebulan dengan RM25. Barang murah ada kelemahannya. Boleh la berjimat cermat sebelum line Internet di install kat office ni.

11 April 2012

Akhirnya hari terakhir sesi temuduga untuk beberapa jawatan di syarikat kami telah berakhir. Seramai lebih kurang 117 orang yang hadir temuduga sepanjang 9 sesi temuduga berlainan hari, hanya beberapa orang sahaja yang berpotensi membantu kami setup dari sebuah kilang Zero to Hero.SmileUntitled-1

Pelbagai ragam, rupa, kelulusan, usia, jantina (hanya Lelaki dan Perempuan sahaja) dan yang penting pengalaman. Kebanyakkannya lulusan SPM, Sijil dan Diploma.

Untuk yang kurang pengalaman macam aku ni, dapat menjadi salah seorang pasukan temuduga untuk pekerja bawahan ni memang suatu yang baru. Seperti macam melihat cermin kehidupan, dulu kita ni la yang hantar resume, datang pelbagai temuduga, kini aku sendiri menjadi penemuduga!

Nota: Kadangkala ada melihat kesilapan diri sendiri sewaktu zaman temuduga dulu-dulu, rasanya boleh keluarkan ‘TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA dah tak lagi? hehehh….Thumbs up

08 April 2012


[Re-Post dari Page Jom Islam]
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
kelebihan solat awal waktu
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

02 April 2012

Tadi sedang aku membelek-belek serta menyusun beberapa resume mengikut kelulusan yang dihantar ke office untuk memohon kerja, datang suatu detik perasaan apabila mengasingkan kelulusan PMR. Aku terfikir, bagaimana mereka hanya sampai tahap PMR? Adakah mereka tidak mampu untuk menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya SPM.

Memang betul pengalaman itu penting, tapi untuk first impression, pelajaran/kelulusan yang menjadi penanda aras. Bila sudah berpuluh-puluh hingga ratus-ratus permohonan (resume) yang di hantar, kami mengasingkan mengikut kelulusan terlebih dahulu supaya senang untuk kami bahagikan dengan apa yang telah di tetapkan oleh pihak sumber manusia.

Jadi untuk yang berkelulusan PMR (walaupun hanya 2-3 orang calon sahaja), kami asing ke tepi. Mengutamakan kelulusan SPM, STPM. Ya. lain kelulusan, lain jawatan. Tapi, peluang jawatan itu lebih luas jika SPM,STPM.

Tengok pengalaman kerja, sijil kemahiran tu ada la juga, tapi bagaimana kami nak yakin jika hanya kelulusan PMR. Bukanlah nak memandang rendah tapi, kami tidak yakin untuk mengambil berkhidmat.

Oleh itu, untuk adik-adik yang sangat malas belajar, jangan sesekali berniat untuk berhenti sekolah. Sekurang-kurang yang amat kurang sekali habiskan lah sampai SPM. Lulus atau Gagal tu lain cerita. Yang penting dapatkan sijil/keputusan SPM sebagai bukti untuk akan datang. Insya-allah, selepas SPM, tu tak kisah kerja apa-apa pun.

Kalau nak kerja lepas SPM, kerja sungguh-sungguh, jangan main-main, sambil lewa, ambil pengalaman semasa kerja tersebut. Harap suatu detik, Hanya Detik akan terlintas

Resume/curricular vitae adalah first impression yang kami lihat. Ia seperti surat-temu-jodoh la. Walaupun rupa takde takpe, asalkan isi-isi resume itu mampu menggoda kami untuk memanggil interview. Bab interview lain cerita pula yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com