Semalam (22/03/2012) keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2011 telah di perolehi, adik aku salah seorang daripada calon SPM tersebut.

SPM merupakan satu langkah antara simpang. Sama ada seseorang itu pulih untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan memiliki wang poket, amik sijil kemahiran atau duduk di rumah.
Ia memang di pilihan tangan masing-masing, tapi pada umur 18 tahun, seseorang perlu menasihati mereka. Mereka masih muda untuk membuat keputusan yang mungkin mengubah kehidupan mereka untuk jangka masa panjang.

Jadi, sebagai seorang yang pernah mengalami situasi lepasan SPM, pernah menganggur, pernah bekerja, pernah menemu duga calon lepasan SPM yang ingin bekerja; Saya cadangkan supaya bertanya kepada orang yang dapat memberikan pandangan yang berguna.
#1: “Lepas SPM leh kerja dapat duit banyak-banyak dan enjoy!”
Penerangan: Jika lepas SPM nak kerja, kalau kerja sambilan tu tak di ambil kira la. Jika anda seorang yang pemikiran ‘out-of-the-box’, mungkin boleh mencari idea untuk mendapat duit yang banyak. Kalau anda tu seorang yang ‘so-so’ jer, kerja setakat cukup makan, kalau hidup bujang 3-4 tahun boleh la, lepas tu, takde apa tujuan hidup, kawin nak sara anak bini lagi. Kalau kat Perlis gaji pun takat RM400-500 sebulan.
# 2: “Lepas SPM masuk Tingkatan 6”
Penerangan: Minat untuk sambung belajar tu bagus la. Sekurangnya Upgrade skit dari SPM. Kalau tahap gaji tu pun mintak kerja boleh la RM700-800. Skop kerja lebih luas skit. kalau tak dapat memana IPT pun, Tingkatan 6 pun okay walaupun subjeknya agak terhad untuk di kuasai.
# 3: “Lepas SPM Sambung Diploma”
Penerangan: Lepasan SPM ni perlu lihat pada potensi diri, minat dan kelulusan. Kalau nak sambung Diploma, tengok potensi keputusan SPM tersebut. Pilih kursus yang mempunyai peluang dengan keputusan SPM. Bukan sekadar minat semata-mata. Yang penting kemampuan. Penilai untuk UPU ni tak nilai pada minat calon. Minat tu bukannya dapat lihat dalam borang. Setiap kursus mempunyai subjek yang perlu ada. Minat itu boleh di pupuk. Lepasan Diploma boleh la gaji dalam RM1000-1300.
# 4: “Lepas SPM sambung Sijil Kemahiran/ Matrikulasi”
Penerangan: Kenalpasti apa kemahiran diri yang ingin di perluaskan dan pada masa sama potensi kerjaya berkaitan. Jika ambil sijil kemahiran, jangan berhenti separuh jalan jer. Jika mampu, miliki sijil sehingga setaraf dengan ijazah/Diploma. Mengikut tahap-tahap di tetapkan.
Matrikulasi: Rasanya sama dengan Tingkatan 6, jika Matrikulasi 2 tahun, better amik Tingkatan 6 untuk 2 tahun. Saya tidak pasti Sijil Matrikulasi masih di perakui. Tingkatan 6 mempunyai potensi untuk meluaskan minat dan peluang. Untuk Matrikulasi WAJIB sambung Ijazah. Untuk memilih ijazah tu mampu ke memenuhi pointer yang di perlukan.
Pengalaman menemuduga calon lepasan SPM.
Ada beberapa calon untuk jawatan yang memerlukan kelulusan SPM, mungkin ia mengikut tahap bajet gaji, mentaliti. Ada yang kelulusan SPM berumur 21 tahun. mungkin 3 tahun pengalaman kerja pelbagai. Kemudian jawatan A yang di pohon,

kami : ”Kalau mengikut pengalaman awak, awak boleh memohon untuk jawatan B
Calon: “Takper la. Saya ingin memohon untuk jawatan A, untuk mendapatkan pengalaman berbeza
Dia tidak bertanyakan bagaimana Jawatan B yang amat berpotensi menjamin dia mendapat kerja itu. Jawatan B merupakan kerja di bawah seliaan saya. Dia tetap dengan pendirian dia, potensi dia yang hanya untuk Jawatan A, kami letakkan kemungkinan besar tidak tersenarai pendek.
Nasihat
Bagi calon lepasan SPM, fikirlah teramat panjang apa potensi kamu untuk masa hadapan, Baik, buruk, cemerlang, teruk keputusan kamu bukan menjami 100%, selagi ada peratus kemungkinan walaupun 0.01%, kamu masih ada peluang. Yang penting bagaimana kamu menghadapi dan membuat perancangan seterusnya. Untuk hari esok.