07hb November 2011 (07/11/11), Akhirnya dengan gaji pertama dengan keadaan hanset yang super-nazak. setelah aku survey beberapa model telefon bimbit yang berbaloi akhirnya model HTC Wildfire menjadi pilihan hati.
Tak pasti apa nama Plaza kat Shah Alam yang aku beli ni, Mula-mula survey beberapa model telefon bimbit di internet untuk mengetahui fungsi, kebaikan dan harga secara kasar supaya dapat buat plan untuk budget secara kasar. 
Status FB Update 17th July 2011, Dream Comes True: 07th Nov.2011


Kemudian setelah mendapat idea beberapa model telefon bimbit mengikut keutamaan, kemudian aku bersama kawan untuk menemani. Tak banyak kedai sangat, dan kebanyakkan kedai tak banyak pilihan yang mengikut turutan model yang aku senaraikan.

Akhirnya, pada mula-mula aku beli Sony TXT Pro dengan kadar ikut kemampuan. Selepas semalaman guna, aku tidak berpuas hati dengan fungsi yang agak lembab dan agak limit. Aku memang peminat Sony, tapi Sony TXT Pro bukan menjadi pilihan dan tak di galakkan (walaupun semalam jer aku guna)

Akhirnya aku pergi kembali kepada kedai tersebut dan terus menukar kepada model HTC WILDFIRE S yang memang menjadi pilihan utama aku. Walaupun kerugian RM80 coz registration model telefon pertama, aku pun mengambil risiko dengan kerugian RM80, better aku ambil model baru yang tahan lama dan puas hati.
Model HTC yang paling murah di kalangan HTC, RM850, Android 2.2.1. Tambahan SD Memory Card 4GB dengan RM40 kalau tak silap. WiFi, Touch-Screen, Bluetooth, Applikasi Android, GPS, Kamera 5MB, Lawa gak, Tahan lasak (Ini terbukti selepas HTC aku jatuh beberapa kali atas lantai, Jalan tar. LOL). Baru je beberapa bulan guna dah calar-balar akibat jatuh, function still okay.Cuma kadang-kala function RAM agak slow loading, terutama bila SMS yang sampai beribu-ribu, Bila Screen terkena air, fungsi touch-screen agak slow. Bateri yang paling lama aku guna dalam 2 Hari 15 Jam lebih, tapi tak sampai 3 Hari. Ini bergantung kepada penggunaan. Terutamanya GPS dan Kamera.
Model HTC Wildfire sekarang lebih murah dah sekarang ni.


p/s: Aku memang dah menghajati Model HTC Wildfire sempena hadiah untuk diri sendiri Hari Lahir ke-24.