Walaupun berita mengenai “Nenek Berusia Belasan Tahun” ni sudah tersebar beberapa hari lepas (Rujuk Arkid Utusan Malaysia, 16/02/2012), ramai bloggers dan orang ramai komen pada website menyalahkan serta salah faham mengenai isu ini.
Menurut Akhbar Metro semalam (17/02/2012) yang saya baca di kedai makan, ada ruang petikan kecil menjelaskan bahawa Isu ini BUKAN KESILAPAN. Mungkin orang ramai terlepas pandang dan sesiapa yang menaip artikel berkenaan ini pun terlepas pandang pada gambar Nenek dan Cucunya itu.


Di dalam gambar yang di siarkan oleh surat khabar, blog, website ini agak jelas menunjukkan bahawa di akhir nombor kad pengenalan nenek itu mempunya simbol [*] berbanding dengan nombor kad pengenalan cucunya. Dan artikel yang di tulis:
Petikan Utusan Malaysia: “Dalam nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412- 02-0058 yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini .”
Nota: Di mana ia perlu ditulis “960412- 02-0058* ” menunjukkan sebagai warga emas yang tak dapat di kenalpasti tahun kelahiran.
Mungkin tidak ramai sedar kepentingan simbol [*] tersebut, saya cuba search dalam laman web Jabatan Pendaftaran tidak menjumpai penerangan mengenai simbol tersebut. Mungkin salah keyword search.
Menurut kenyataan Akhbar Metro semalam mengenai Kenyataan ini bahawa Kad Pengenalan Nenek itu BUKAN KESILAPAN kerana nenek itu mungkin lahir pada tahun 1896. Jika ini adalah benar, mungkin nenek itu menjadi Manusia tertua di Malaysia iaitu berusia 116 Tahun! Jika ini dapat di sahkan benar, Nenek Wan ini boleh di senaraikan sebagai Manusia Tertua di Dunia!! Menurut sumber Wiki ini, manusia yang dapat di sahkan tertua di Dunia ialah Besse Copper dari Amerika, berumur 115 Tahun 176 hari (sehingga tarikh 18 Feb.2012).
Nota :  Kalau nombor kad pengenalan “001212-02-0012” bermaksud seseorang itu lahir tahun 1900 ke?? Bagaimana kalau seseorang itu lahir tahun 1899? “*991212-02-0012”. Mungkin ia lebih mudah di fahami jika ada simbol [*] di depan untuk abad 1800-an. Kalau tahun 3001 pula? 011212-02-0012”; adakah ia lahir tahun 2001? LOL!
Rujukan Blog, Website dan Pengkomen2
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
http://amazingnara.com/nenek-berusia-16-tahun-akibat-kesalahan-mykad
http://ulanweblog.com/2012/02/permohonan-br1m-nenek-muda-diproses/