Sebenarnya aku tak berapa pasti apa yang aku postingkan ni dan apa yang aku edit untuk blog aku ni. Tapi harap ia sesuatu yang positive untuk blog ni.

Sumber informasi ini dari pada Blog ini.
Secara default, link orang yang komen pada blog Wordpress dan Blogspot mempunyai attribute rel=nofollow, maksudnya, link alamat yang ditinggalkan oleh komentator tidak akan dijejak oleh search engine atau mesin pencarian seperti Google, Yahoo atau Bing. Jika kita mengubah attribute nofollow tadi menjadi dofollow, maka link yang yang ditinggalkan komentator tersebut akan menjadi backlink.

Pada Wordpress sudah ada plugin tersendiri untuk merubah attribute nofollow menjadi dofollow. Sedangkan untuk di Blogspot kita harus sedikit melakukan editing pada template. Berikut ini adalah langkah-langkah untuk edit HTML pada blogspot.

Dofollow
Dofollow merupakan satu atribut ataupun nak mudah faham (setting) yang membenarkan enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing untuk mengimbas link yang berada di dalam blog korang.
Macam beritahu kepada Search Engine : "Please Follow!", "Do Follow me!"

Nofollow
Manakala setting nofollow tak membenarkan link untuk diimbas dan dicari oleh enjin carian. Setting default blogger adalah Nofollow. Cara Untuk Bertukar ke Dofollow adalah simple dan mudah seperti di bawah. -sumber SINI
Macam beritahu kepada Search Engine : "Do Not Follow me!", "Takyah ikut la!"
  • Login pada akaun blogger anda dan masuk ke dashboard.
  • Pilih TEMPLATE - EDIT HTML.(Recommended to backup before edit)
  • Kemudian cari tag HTML seperti dibawah ini : (Atau cari jer keyword: nofollow)
<a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=’nofollow’>
<data:comment.author/></a>

    • Delete bahagian rel=’nofollow’ATAU boleh juga menggantinya dengan rel=’external’. Sehingga tag HTML akan menjadi seperti ini :

    <a expr:href=’data:comment.authorUrl’>
    <data:comment.author/></a>

    • Jika anda juga ingin mengubah trackback (biasanya dibahagian bawah postingan ada tulisan “Link ke posting ini”) menjadi dofollow, maka carilah code HTML berikut :

    <a expr:href=’data:backlink.Url’ rel=’nofollow’>
    <data:backlink.title/></a>

    • Delete bahagian rel=’nofollow’ATAU boleh juga menggantinya dengan rel=’external’. Sehingga tag HTML akan menjadi seperti ini :

    <a expr:href=’data:backlink.Url’>
    <data:backlink.title/></a>

    • Simpan atau SAVE template yang sudah dirubah.
    Sumber tutorial  ini daripada Blog ini : cara membuat blog menjadi dofollow

    Backlink ni macam kalau tengok dekat bahagian STAT Blogger tu ada nampak Trafic source. lebih kurang gitu la.