Akhirnya aku dan tiba di Perlis! Walau di mana pun berada, mencari tempat makan memang menjadi satu kemestian. Dan kali ini mencari makan malam bersama roomate aku ni sambil melayan AJL (Anugerah Juara Lagu) yang ke-26. Tempat makan kali ni ialah "e-green cafe". Sekitar di Repoh, Kangar, Perlis.

Untuk first time aku makan di sini, aku memesan "Minuman Jus Kiwi", "French Fries", dan "Nasi Goreng e-green" sambil melayan kerenan roomate yang nak tengok AJL 26 ni. Menunggu pesanan bukanlah cepat sangat, tapi bukankah lambat sangat.

Minuman Jus Kiwi ;RM2. Berpatutan lah dengan harga, minuman kiwi ni bagi aku cuma perisa kiwi sahaja. Tiada kesan kiwi blended. (kalau ada mesti lagi mahal.)

Nasi Goreng e-green;RM6. Kalau tengok dari segi harga dan nasi goreng, agak kurang berpatutan. (Lain cerita kalau daging sekarang dah makin naik harga). Nasi goreng bila sampai di meja memang sudah sejuk. Tak pasti pelayan lambat ambil pesanan yang sudah siap atau nasi goreng memang tidak dipanaskan. Rupa Nasi Goreng e-green dan Nasi Goreng Tomyam sama sahaja rupa bentuknya. Dagong masak kicap pun agak masin.

French Fries okay je.

Suasana agak malap, cuma dari jauh nampak hijau je (aku ingatkan kedai ni tutup, dab fikir "kenapalah ada orang tengok tv skrin situ")

Tempat ni nampaknya agak menjadi tumpuan. Ramai je yang layan AJL 26 malam ni. Kebanyakkannya lelaki yang lepak sini. (Maybe coz awek pelayan sini cun kot, tapi ada gak mak awek yang mengandung.atau diorang pun layan AJL gak.LOL.)

p/s : Bila la nak habis AJL ni..(Siapa yang bakal menjadi pemenang keseluruhan juara lagu ni?)

Notakaki : update via application android, 'Blogaway'. With pek celcom SKMM.

Posted via Blogaway