Salam Jumaat,
Sempena Jumaat terakhir aku di Terengganu ni sebelum bermastautin di negeri orang, Sudah lama aku terlintas untuk meng'delete' kebanyakkan entries blog aku yang lama-lama sejak 2008 yang aku sendiri mengkategorikannya sebagai "STUPID AND IMMATURED!"

Arghhh! Geli hati jiwa raga aku membaca kebanyakkan entries yang aku buat dulu-dulu, jadi sekarang aku ingin DELETE dan REMOVE gambar yang menggelikan jiwa raga aku tu.

Dulu-dulu aku blogging tanpa di pengaruhi oleh apa-apa pun, masa tu aku tak kenal lagi; Apa itu SEO, Blog Trafik, Nuffnang, Iklan Blog, Duit Blog, Nak tambah Followers etc.. Dulu cuma BLOG...AKU BLOG UNTUK AKU!Sekarang mengikut peredaran masa, semuanya di ambil kira..jadi Jom kita berhijrah dalam BLOGGING! 
  • Jika ada entries yang tak berapa matang dari segi ayat, kalau rajin boleh kemaskan lagi ayat dan Re-Publish semula. Informasi itu tiada Usia.
  • Jika ada entries mengandungi gambar yang kurang sesuai, remove jer..Kalau rajin lagi, cari gambar berkaitan dengan tajuk entries.
  • Yang ni kalau teramat rajin, dulu-dulu tak kisah pun pasal Keywords entries ni, sekarang, memana entries takde keywords, letak jer
Quote aku;
Blogging adalah Hobi menulis diari maya untuk tontonan umum. Bila membaca diari maya ni, kita boleh menilai perwatakan pemikiran kita dari masa ke semasa. Blogging untuk berkongsi pengalaman. Kebaikan akan datang kemudian.

Inferens : Kalau aku mengupdate tarikh publish entries ni, adakah usia Blog dapat di pendekkan?