Semalam aku singgah rumah kawan aku dan oleh kerana melayan aku sebagai tetamu, amatlah penting untuk tahu tempat makan yang menarik. Dan kemudiannya dia membawa aku ke satu tempat makanan yang sedap, Restoran En.Tan : Kopitiam Muslim'.
Lokasinya agak stratergik walaupun bersaing dengan gerai-gerai yang lain sekitar perumahan flat sekitar Sri Rampai, Setapak.
”signboard
Pekerja daripada negara luar, semasa kami minta order pun ada juga bertanya macam mana masakan ini itu, rasa ini rasa itu.. Walaupun bahasa melayu kurang jelas tapi boleh di fahami la.
Setelah seketika memilih menu makanan dan aku memilih menu :-
”fried
Fried Dumpling (RM4.50/3pcs) : Menurut pelayan tu ada ketam, ayam, apa-ntah, tapi rasanya cam isi nugget atau bebola ayam yang di lenyek jer..tapi boleh di makan lagi. Ingatkan karipap.
”chicken
Menu utama; Chicken Chop with Fried Rice (RM12.90) : Sos black pepper dia okay, tapi aku suka banyak sos skit, nasi goreng pun okay; tak masin, tak tawar, just nice..overall-nya okay la....

Selepas makan tu Taukey, Encik Tan tu datang bertegur sapa dengan kawan aku tu, jadi aku turut mendengar la apa yang dia cakap.
Menurut beliau, resipi masakan tu hanya dia jer yang pegang; semua rempah tu memang dia sediakan awal-awal, pekerja dapur hanya masak jer...Segala bahan mentah pun dia yang pergi beli...

 Nanti ada ikan bakar self-service lak...

Nota : Aku suka masakan cina coz kurang rasa masin, pedas dan rasa natural.