[Re-publish blog walaupun contest yang aku joined ni telah lama berzaman tamat tempohnya, yang penting, aku ingin menerangkan secara Official kenapa aku memilih nama "homosapiensz"].
Blogwalking-contest lagi! Hahha...tengah-tengah blogwalking terjumpa contest menarik ni dari Cik Merazati ni. Memang menarik contest ni.
YOU URL STORY(Sebenarnya memang aku nak cite pasal url aku pun....tett....)

Syarat-syaratnya ialah:
1# Copy banner contest tersebut (Done!)

2# Cerita pasal URL Blog korang.
URL Blog aku ialah Homosapiensz.Blogspot.Com
Saya mendapat Blogspot.Com apabila saya mendaftar dengan Google di bawah Www.Blogger.Com
(Di amik kira tak? )
Okay!

Saya memilih Homosapiensz kerana ia berasal daripada perkataan Nama Saintifik bagi Manusia/Human iaitu; Homo sapiens = Berasal daripada bahasa Latin iaitu "Wise man" or "Knowing Man" [Source: Wiki]. Biasalah sejak menjadi Pelajar aliran Sains sejak Tingkatan 4 sehinggalah Universiti, nama saintifik sentiasa menjadi tarikan aku. Masuk alam pekerjaan pun aku masih dekat dengan nama saintifik ni!
Homosapiens.blogspot.com memang sudah ada, jadi tak valid untuk di gunakan..So, saya tambahlah Huruf Z pada akhirannya menjadi Homosapiensz supaya bunyinya masing sama dan  unique
(Kalau Homosapiensm, homosapiensa,homosapiensv, homosapiensx, homosapiensk, homosapiensf, homosapiensy, homosapiensi, homosapiensu, homosapiensa...Semuanya tak sesuai kan....)
So, terbitlah HOMOSAPIENSZ !

Dan setel pasal Homosapiensz...Cite lak pasal Huruf Z pada HomosapiensZ
Huruf Z pada homosapiensZ merupakan Simbolik kepada alphabet terakhir. Selepas Huruf Z sudah tiada Huruf lagi. itu bezanya kalau letak Nombor, ia takkan berakhir walaupun 9,999,999,999,999,999,999,999 masih ada lagi kan no selepas itu.
Huruf Z yang di gabung pada Homo sapiens merupakan simbolik kepada Spesis Umat Manusia akhir Zaman. Kita merupakan umat Nabi/Rasul yang terAKHIR.


KESIMPULAN:
homosapiens = Nama Saintifik bagi Manusia (Perkataan 'Manusia ' pula di ambil daripada Bahasa Arab bermaksud "Orang yang Lupa")
Huruf Z = Simbolik kepada yang Terakhir.
Jadi , Homosapiensz = Golongan Manusia antara yang Terakhir; Umat Manusia Rasul Terakhir.

3# Tag 2 Orang Untuk Join.
Aku ingin nak tau camne (1) Cik Tom dan (2) Cik Paencomot dapat nama blog diorang.....

4# Letakkan LINK entry kat Blog Cik Merazati ni