29 Januari 2012



Akhirnya aku dan tiba di Perlis! Walau di mana pun berada, mencari tempat makan memang menjadi satu kemestian. Dan kali ini mencari makan malam bersama roomate aku ni sambil melayan AJL (Anugerah Juara Lagu) yang ke-26. Tempat makan kali ni ialah "e-green cafe". Sekitar di Repoh, Kangar, Perlis.

Untuk first time aku makan di sini, aku memesan "Minuman Jus Kiwi", "French Fries", dan "Nasi Goreng e-green" sambil melayan kerenan roomate yang nak tengok AJL 26 ni. Menunggu pesanan bukanlah cepat sangat, tapi bukankah lambat sangat.

Minuman Jus Kiwi ;RM2. Berpatutan lah dengan harga, minuman kiwi ni bagi aku cuma perisa kiwi sahaja. Tiada kesan kiwi blended. (kalau ada mesti lagi mahal.)

Nasi Goreng e-green;RM6. Kalau tengok dari segi harga dan nasi goreng, agak kurang berpatutan. (Lain cerita kalau daging sekarang dah makin naik harga). Nasi goreng bila sampai di meja memang sudah sejuk. Tak pasti pelayan lambat ambil pesanan yang sudah siap atau nasi goreng memang tidak dipanaskan. Rupa Nasi Goreng e-green dan Nasi Goreng Tomyam sama sahaja rupa bentuknya. Dagong masak kicap pun agak masin.

French Fries okay je.

Suasana agak malap, cuma dari jauh nampak hijau je (aku ingatkan kedai ni tutup, dab fikir "kenapalah ada orang tengok tv skrin situ")

Tempat ni nampaknya agak menjadi tumpuan. Ramai je yang layan AJL 26 malam ni. Kebanyakkannya lelaki yang lepak sini. (Maybe coz awek pelayan sini cun kot, tapi ada gak mak awek yang mengandung.atau diorang pun layan AJL gak.LOL.)

p/s : Bila la nak habis AJL ni..(Siapa yang bakal menjadi pemenang keseluruhan juara lagu ni?)

Notakaki : update via application android, 'Blogaway'. With pek celcom SKMM.

Posted via Blogaway

Posted on Ahad, Januari 29, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

28 Januari 2012

[Re-publish blog walaupun contest yang aku joined ni telah lama berzaman tamat tempohnya, yang penting, aku ingin menerangkan secara Official kenapa aku memilih nama "homosapiensz"].
Blogwalking-contest lagi! Hahha...tengah-tengah blogwalking terjumpa contest menarik ni dari Cik Merazati ni. Memang menarik contest ni.
YOU URL STORY(Sebenarnya memang aku nak cite pasal url aku pun....tett....)

Syarat-syaratnya ialah:
1# Copy banner contest tersebut (Done!)

2# Cerita pasal URL Blog korang.
URL Blog aku ialah Homosapiensz.Blogspot.Com
Saya mendapat Blogspot.Com apabila saya mendaftar dengan Google di bawah Www.Blogger.Com
(Di amik kira tak? )
Okay!

Saya memilih Homosapiensz kerana ia berasal daripada perkataan Nama Saintifik bagi Manusia/Human iaitu; Homo sapiens = Berasal daripada bahasa Latin iaitu "Wise man" or "Knowing Man" [Source: Wiki]. Biasalah sejak menjadi Pelajar aliran Sains sejak Tingkatan 4 sehinggalah Universiti, nama saintifik sentiasa menjadi tarikan aku. Masuk alam pekerjaan pun aku masih dekat dengan nama saintifik ni!
Homosapiens.blogspot.com memang sudah ada, jadi tak valid untuk di gunakan..So, saya tambahlah Huruf Z pada akhirannya menjadi Homosapiensz supaya bunyinya masing sama dan  unique
(Kalau Homosapiensm, homosapiensa,homosapiensv, homosapiensx, homosapiensk, homosapiensf, homosapiensy, homosapiensi, homosapiensu, homosapiensa...Semuanya tak sesuai kan....)
So, terbitlah HOMOSAPIENSZ !

Dan setel pasal Homosapiensz...Cite lak pasal Huruf Z pada HomosapiensZ
Huruf Z pada homosapiensZ merupakan Simbolik kepada alphabet terakhir. Selepas Huruf Z sudah tiada Huruf lagi. itu bezanya kalau letak Nombor, ia takkan berakhir walaupun 9,999,999,999,999,999,999,999 masih ada lagi kan no selepas itu.
Huruf Z yang di gabung pada Homo sapiens merupakan simbolik kepada Spesis Umat Manusia akhir Zaman. Kita merupakan umat Nabi/Rasul yang terAKHIR.


KESIMPULAN:
homosapiens = Nama Saintifik bagi Manusia (Perkataan 'Manusia ' pula di ambil daripada Bahasa Arab bermaksud "Orang yang Lupa")
Huruf Z = Simbolik kepada yang Terakhir.
Jadi , Homosapiensz = Golongan Manusia antara yang Terakhir; Umat Manusia Rasul Terakhir.

3# Tag 2 Orang Untuk Join.
Aku ingin nak tau camne (1) Cik Tom dan (2) Cik Paencomot dapat nama blog diorang.....

4# Letakkan LINK entry kat Blog Cik Merazati ni

Posted on Sabtu, Januari 28, 2012 by Ismiqbal Abdullah

7 comments

27 Januari 2012

popia, kebab, sandwich yogurt, roti, serat spageti, sos spageti, sardin air soya, dapur, resipi mee kuning, resipi, mardi kordial buah, mardi, praktikal jeli, spageti, western food maruku, makanan tradisional sos, buah, kordial nasi lemak lamuni, tumbuhan, herba mi segera, cintan jeli kelapa, mardi mee kuning, dadih, mardi

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

dragon seaglass, handcraft seaglass, pendant, handcraft seaglass, keychain, handcraft phone strap, seaglass, handcraft couple keychain, limited edition, seaglass couple keychain, seaglass, handcraftseaglass keychain, handcraft, artcouple keychain, limited edition

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

[Re-Publish : 24 Nov.08] Exam aku dah habis..officially aku dah habis semester 5 aku..ada 1 sem lagi untuk aku tamatkan pengajian ijazah sarjana muda aku..hehhe..kemudia masuk ke dunia pekerjaan (dunia yg sebenar..)
time cuti semester selama 1 bulan ni tak tau aku nk wat per..duk terperap dlm umah jer..tgk tv, tgk ikan, tgk hamster, tgk pokok, tgk dinding, tgk adk, main game..
 
Bosan2 duk umah kacau (join skali..) adik aku main game 'supermario'..huhu
*****
Di kawasan pantai timur semenanjung sekarang tengah musim ujan dah..(monsun timur laut..) time ni ler Monsoon Cup diadakan..Start 3 Dis' 2008 ni...jemput ler dtg (aku pun tak pernah pergi Monsoon Cup tu..


Cuaca di Malaysia dicirikan oleh 2 rejim monsun iaitu:-
1. Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September yang secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

2. Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac yang membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Apakah Monsun?
Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.


Apakah yang Menyebabkan Monsun?
Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (anti-cyclone) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

Sediakan payung sebelum hujan,
Hujan turun tak henti-henti,
Tersilap kata harap maafkan,
Harap kita berjumpa lagi.
****

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Sempena Tahun Naga bagi Tahun Baru Cina 2012 ini, aku Re-Post semula gambar aku bertarikh : 14 Dec 2008.
Satu lagi hasil nukilan aku..."Dragons"..aku tiru dari gambar yang aku amik kat umah sofi..koleksi naga beliau..
Aku tak pasti hendak menggelarkan hasil ini sebagai apa, 3D kot? Dragon tersebut hanyalah satu lukisan dan di bawahnya di tampal bersama polystyrene bagi membentuk imej bayangan seolah-olah 3D

Ia  menjadi baseline untuk memantapkan lagi versatile-arts aku. Bahan Kitar semula yang di gunakan ialah 'Polystyrene'

Nota : Aku tak reti melukis, cuma reti meniru jer.

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments


 I already watched this drama few years ago. And it was on of good japanese drama based on based on Aya Kito (木藤亜也 Kitō Aya?, July 19, 1962 – May 23, 1988)'s diary. published shortly before her death. The diary, a true story based on her own life, was originally written in first person.
It is about a girl coping with her teenage life along with a degenerative disease. She keeps a diary of not only what she does but how she feels and the hardships she must endure. Initially, the diary's purpose was for Kitō to chronicle impressions she had about how the disease was affecting her daily life. As the disease progressed, however, the diary became Kitō's outlet for describing the intense personal struggles she underwent in coping, adapting, and ultimately trying to survive her disease. As she notes in one entry, "I write because writing is evidence that I am still alive." [Source : WIKI]

OST Japanese Drama :  1 Litre of Tears' (With Japanese Lyrics and English Translation)



Only Human by K:

Kanashimi no mukou kishi ni
(On the opposite coast of sadness)

Hohoemi ga aru toiu yo
(is something called a smile)
***
Kanashimi no mukou kishi ni
(On the opposite coast of sadness)

Hohoemi ga aru to iu yo
(is something called a smile)

Tadori tsuku sono saki ni wa
(But before we can go there,)

Nani ga bokura wo matteru?
(is there something we’re waiting for?)


Nigeru tame ja naku yume ou tame ni
(In order to chase our dreams, we can’t have a reason to run away)

Tabi ni deta hazusa tooi natsu no ano hi
(We’ve got to go, to that far away summer’s day)

Ashita sae mieta nara tame iki mo nai kedo
(If we find it tomorrow, we can’t sigh)

Nagare ni sakarau fune no you ni
(Because like a boat that opposes the stream)

Ima wa mae he susume
(we have to walk straight on)


Kurushimi no tsukita basho ni
(In a place worn down by sadness)

Shiawase ga matsu toiu yo
(something called a miracle, is waiting)

Boku wa mada sagashite iru
(Yet we are still searching)

Kisetsu hazure no himawari
(for the sunflower that grows at the end of spring)


Kobushi nigirishime asahi wo mateba
(The warrior who awaits the morning light)

Akai tsume ato ni namida kirari ochiru
(before he can clasp it with red nails, his tears glitter and fall)


Kodoku ni mo nareta nara
(Even if we’ve grown used to loneliness)

Tsuki akari tayori ni
(only relying on the light of the moon)

Hane naki tsubasa de tobi tatou
(We have to fly away with featherless wing)

Motto mae he susume
(just go foward, just a little further)


Amagumo ga kireta nara
(As the rainclouds break)

Nureta michi kagayaku
(the wet streets sparkling)

Yami dake ga oshiete kureru
(Although it brings only darkness)

Tsuyoi tsuyoi hikari
(A powerful, powerful light)

Tsuyoku mae he susume
(helps push us to walk on)
***

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

Salam Jumaat,
Sempena Jumaat terakhir aku di Terengganu ni sebelum bermastautin di negeri orang, Sudah lama aku terlintas untuk meng'delete' kebanyakkan entries blog aku yang lama-lama sejak 2008 yang aku sendiri mengkategorikannya sebagai "STUPID AND IMMATURED!"

Arghhh! Geli hati jiwa raga aku membaca kebanyakkan entries yang aku buat dulu-dulu, jadi sekarang aku ingin DELETE dan REMOVE gambar yang menggelikan jiwa raga aku tu.

Dulu-dulu aku blogging tanpa di pengaruhi oleh apa-apa pun, masa tu aku tak kenal lagi; Apa itu SEO, Blog Trafik, Nuffnang, Iklan Blog, Duit Blog, Nak tambah Followers etc.. Dulu cuma BLOG...AKU BLOG UNTUK AKU!Sekarang mengikut peredaran masa, semuanya di ambil kira..jadi Jom kita berhijrah dalam BLOGGING! 
  • Jika ada entries yang tak berapa matang dari segi ayat, kalau rajin boleh kemaskan lagi ayat dan Re-Publish semula. Informasi itu tiada Usia.
  • Jika ada entries mengandungi gambar yang kurang sesuai, remove jer..Kalau rajin lagi, cari gambar berkaitan dengan tajuk entries.
  • Yang ni kalau teramat rajin, dulu-dulu tak kisah pun pasal Keywords entries ni, sekarang, memana entries takde keywords, letak jer
Quote aku;
Blogging adalah Hobi menulis diari maya untuk tontonan umum. Bila membaca diari maya ni, kita boleh menilai perwatakan pemikiran kita dari masa ke semasa. Blogging untuk berkongsi pengalaman. Kebaikan akan datang kemudian.

Inferens : Kalau aku mengupdate tarikh publish entries ni, adakah usia Blog dapat di pendekkan?

Posted on Jumaat, Januari 27, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

26 Januari 2012

Beberapa hari lepas aku telah beli satu pack celcom internet yang limited edition daripada kawan aku. (menurut dia ini tiada di jual di memana kedai Telco). Aku mendapat tahu pasal pack internet celcom yang murah ni daripada Facebook la. Selepas kawan aku tag promosi pasal pack celcom ni.
Dan aku lak tag kawan aku, dar mereka pun berminat untuk membeli atas nama aku. Jadi aku order pack SIM celcom ni 5 keping. Kawan aku pun jual 20 SIM jer, jadi ia amat limited edition.
Pek Celcom Broadband 1 Malaysia SKMM
Harga dia jual RM60 (free untuk 1 bulan pertama), setelah minta di kurangkan jadi harganya RM55 per SIM. Caj RM25 untuk internet dan maybe selebihnya Untung masing-masing la kot.
Baru jer beberapa hari aku guna pack internet celcom ni. Memang standard broadband la (lebih dikenali sebagai 'Beruk-band'), internet Celcom Broadband agak slow berbanding Maxis Broadband. Tapi di sebabkan harga Pek Celcom ni agak murah, dan menurut pemahaman aku berdasarkan pembacaan internet:-
  • Starter Pack; RM55 (free 1 bulan internet), dan caj untuk bulan seterusnya hanya RM25. 
  • Cara caj macam topup biasa, cuma topup RM25 sebulan untuk menikmati internet. Boleh topup RM30, nanti RM25 akan di tolak dalam baki.
  • Menurut pek tu, ia hanya 800MB data, tapi menurut beberapa testimoni forum internet, ia unlimited.
  • Tiada komitmen, kontrak dengan celcom.Tak perlu pendaftaran
  • Jika tempoh kredit expired, masih ada tempoh 50 hari untuk reload, dan pada hari ke-51, pek celcom itu akan terbatal.
  • Nasihat kawan aku, kalau nak topup, tunggu hari ke -31 atau sehari selepas tempoh kredit expired.
Kalau berminat untuk beli, cuba search dalam internet. Kawan aku pun dia dah order beberapa tapi dipulangkan semula duit coz tiada stok.

Posted on Khamis, Januari 26, 2012 by Ismiqbal Abdullah

12 comments

Aku agak sentiasa memikirkan untuk membuat vlog ni, cuma ada masa atau tak jer. Since, Petai ni agak Limited Edition (juga mempunyai musim dan sukar di dapati di samping harganya agak mahal), tambahan pula aku beli lebih kurang 100 papan petai dengan harga RM30 jer.. Murah jika di bandingkan harga petai yang di jual di pasar tani Dan bertambah lagi parent aku memang gemar makan petai ni, lagipun cara terbaik untuk simpan petai ialah JERUK.
Petai yang jeruk mempunyai bau yang kurang kuat berbanding petai segar. Tetapi larutan air jeruk memang mempunyai bau yang sangat kuat!

Saksikan Vlog (Video Blog) aku sempena Musim Buahan-Petai.
Tajuk Vlog : Membuat Jeruk Petai.
Vlogger : Ixbarr (The homosapiensz)
Lokasi : Kuarters Pusat Biotek Herba, Raub, Pahang
Baca info lanjut serba sedikit mengenai Petai ni; biji kekacang yang mempunyai bau yang kuat bila di makan tapi mempunyai pelbagai khasiat yang berguna untuk badan manusia! LINK WIKIPEDIA B.MELAYU.

Antara Khasiat Petai (Sumber Blog)

Sumber gizi penting
Penelitian menunjukkan bahwa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga zat ini adalah gula alami yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai 4x lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lain yang terdapat pada petai juga lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Berdasarkan kajian, buah petai dikatakan mengandungi kadar proteindan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Atasi anemia
Anemia biasanya ditandai dengan gejala-gejala seperti tubuh lemas, letih dan kurang bersemangat. Anemia juga menyebabkan penderitanya mengalami kesulitan konsentrasi dan nyeri pada persendian tulang. Perkara ini terjadi kerana badan kekurangan zat besi. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangi anemia atau masalah kurang darah ini.

Mampu Mengurangkan Stres dan Depresi
Sekiranya anda mengalami stres dan depresi, itu tandanya anda kekurangan triptofan. Triptofan adalah suatu asid amino penting yang apabila dikonsumsi, maka akan diubah menjadi serotonin, yang mampu mempengaruhi sistem kerja saraf dan berfungsi memperbaiki “mood”kita.
Stres juga berisiko mempercepat metabolisme tubuh dan mengurangi kalium dalam tubuh. Kalium berguna menstabilkan degup jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Untuk itu, ketika stres, anda memerlukan lebih banyak kalium untuk tubuh. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

Menyihatkan mata dan meningkatkan konsentrasi
Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi, iaitu 200 IU per 100 mg. Seperti diketahui, vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Mengurangi tekanan darah tinggi dan mencegah stroke
Kandungan kalium yang tinggi, namun rendah garam dalam petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang penyakit jantung dan gejala stroke. Bahkan The New England Journal of Medicine menerbitkan hasil penelitian yang mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu menurunkan risiko kematian akibat stroke hingga 40 peratus.

Melancarkan sistem pencernaan
Serat juga banyak terkandung dalam petai. Serat atau fiber berguna melancarkan pencernaan. Bagi anda yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti konstipasi atau sembelit, memakan petai akan dapat membantu mengurangi penderitaan anda. Petai juga memiliki efek antasid pada tubuh. Jika anda merasa mual dan sendat kerana makan terlalu banyak, petai mampu mengurangi rasa sakit tersebut.

Antioksidan 
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

 Berhenti Merokok
Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

 Awas! Jangan Lebih Makan
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid aminoyang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.

Posted on Khamis, Januari 26, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

22 Januari 2012

Walaupun video pasal 'HALAL' ni tak berapa islamik, tapi masih boleh memberi pengertian 'Apa Itu HALAL'. Untuk tontonan 18 Tahun dan ke atas kerana mengandungi visual tak-berapa sesuai untuk orang kurang matang. LOL!

"Halal..halal..halal..la...la...la..."
Description : Visit http://www.15malaysia.com to watch more videos like this. 15Malaysia consists of 15 short films about Malaysia featuring some of the best known faces in the country including entertainers and politicians.

Posted on Ahad, Januari 22, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

13 Januari 2012

Pagi-pagi jumaat bangun pagi dengan senyuman. Satu mimpi yang buatku tersenyum. (Ko ingat ingat aku mimpi basah?!). Ada beberapa mimpi yang aku ingat. Walaupun hanyalah sekadar mimpi tapi ia memberikan aku senyuman sepanjang hari. Haha! 

Nak tahu apa yang aku mimpi? (Aku tak pasti pasal menceritakan mimpi ni, tapi mimpi yang baik okay kot. kalau mimpi yang buruk, mungkin daripada benda yang tak elok.)

Nota : Aku tak pasti aku perlu publish tak Post ni. But this is something i want remember.

Aku bermimpi mengenai apa yang aku inginkan di masa hadapan. Perkara yang aku inginkan, buat aku bahagia di masa hadapan. Aku harap Tahun 2012 sebagai 'first step' untuk merealisasikan apa yang aku fikirkan masa hadapan.

oh! Aku belum wish 'Selamat Tahun Baru 2012', ada dengar khabar tahun 2012 merupakan tahun agak banyak peristiwa di ramalkan berlaku (ekonomi,sosial dan politik)..yang penting kita jaga diri sendiri.

Mimpi : Aku mimpi mengenai seorang bayi yang comel yang aku gelarkan diri aku 'Papa'. Tiba-tiba aku rasa sayang dan tanggungjawab.
Ulasa : Its time for me to take serious on responsibility for my future generation. Think now for future investment.

p/s : Reader comments : Don't Allow. Read Only

Posted on Jumaat, Januari 13, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

12 Januari 2012

Somehow these faces look familiar. I can't remember his or her name..
justin bieber, emma watson, harry potter, justin bieber girl

Posted on Khamis, Januari 12, 2012 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

Pepagi dah dapat emel ni "Meeting with Dato' CEO". 
Hah! Amik kau! Apa lah yang kau wat ni Ix!!
Surely something important...Wait and See!
dato ceo, datuk, jawatan besar
Rasa kena amik serius la pasal penampilan diri ni. Client/Customer bukan sebarangan jugak. bak kata orang
"First Impression is the Last Impression"

Posted on Khamis, Januari 12, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

10 Januari 2012

Kita selalu bukak Facebook, tengok status dalam tu ada perlbagai.. Ada yang jenis ilmiah, ada jenis jiwang, ada jenis personal, ada yang luah perasaan, Jadi Kita di kategori mana? Adakah mengharapkan LIKE semata-mata. Kalau ada yang SHARE tu maksudnya status kita 'means something'
facebook, ceramah agama, remaja sosial, islamik
Try klik besar-besar gambar tu, try tengok kategori mana dalam gambar tu menunjukkan kita? Tak perlu jawab....diri sendiri tahu jawapannya.

Posted on Selasa, Januari 10, 2012 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

08 Januari 2012

Testing satu lagi application android untuk blogger yang dikenali sebagai "Bloggeroid".


Sebelum ni jika aku mengupdate blog daripada handphone ialah "Blogger-droid"


Belum cuba lagi macam mana applikasi "Bloggeroid" ni...Belum review lagi aplikasi "Blogger-droid"

Nota:Baru je beberapa minit install, taip jap then terus uninstall. Sucks!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Posted on Ahad, Januari 08, 2012 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Cerita tahun lepas tapi takde la lama sangat, 22 Nov.2011 lepas je, Kami para staff baru kena menghadiri satu event di mana company kami joined . Tujuan asal kedatangan ni adalah untuk dengat Talk tentang Supercritical Fluid Extraction (SFE), untuk mendapatkan sedikit sebanyak info tentang pemprosesan ekstrak yang agak masih baru di Malaysia since company kami bercadang untuk memperkenalkan pemprosesan ekstrak ini kepada pelanggan. ia agak kos tinggi tapi hasilnya lebih 'pure'.
”biomalaysia
Well, skip that nerdy introduction! Since i was centralized at Raub, it would take about 2 and Half hours to arrive at HeadQuarters. So kitorang kena bertolak awal pagi.
Sampai di HQ Bukit Jalil tepat sebelum jam 09.00 pagi. Kemudian, kami berempat (wakil Raub) bersama 3 orang wakil HQ ke Booth kami di BioMalaysia Convention and Exhibition di PWTC yang berlangsung pada 21-23 November 2011.
”biomalaysia
Sementara menunggu Talk berkenaan tajuk yang kami ingin fokuskan, sempat la berjalan sekitar melawat booth-booth daripada local company, international company dan some universities and college. Most of the exhibition about Biotechnology.
Bila dah bosan melawat booth lain, kembali ke booth company kami.. Since kekurangan orang dan pelawat pun bertambah melawat booth, kami kenalah menjadi 'backup promoter' nak memperkenalkan berkenaan company, services yang ditawarkan serta contoh produk yang telah dihasilkan.
”technology
Setiap visitors kena daftar di kaunter pendaftaran. Walaupun Talk pasal extraction process tu agak general, tapi bolehlah menguatkan pengetahuan kami skit since kami pun unofficially ada wat proposal pasal ni. Did a little bit of reading.

Nota : Bak ada kata beberapa orang, daripada makan masakan panas di KL..better makan KFC..Jadi, di sanalah kami berada untuk makan tengahari. Bersama kawan kami sorang ni daripada program kami lalui sebelum ni, yang baru balik dari Korea setelah 2 bulan berada di sana atas tajaan BiotechCorp.

Posted on Ahad, Januari 08, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

07 Januari 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/

6 Jan 2012

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Sumber : myAdha

Posted on Sabtu, Januari 07, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments


Listkan semua blog yang di 'follow' dalam Bloglist.
Perhatikan senarai blog yang tiada Icon .Kemungkinan Blog tersebut telah di delete. Jadi Takde maknanya nak Follow lagi kan..
Pilih secara Random Blog yang tiada tempoh last updated. Maybe Blog tersebut tidak update lebih dari 3,4,5,6 bulan. Nak Follow lagi ker blog camtu?
Maybe URL blog tersebut telah di ubah/Redirect

http://www.google.com/reader/settings >> Subscription

Posted on Sabtu, Januari 07, 2012 by Ismiqbal Abdullah

No comments

05 Januari 2012

Nyanyian sempoi Najwa Latiff dan Vlogger, Syam Kamarul



Spontaneously cool!
Actually i am not really a fan of Najwa Latiff, share this video because of SyamKamarul quite familiar to me as he is one of the Vlogger Community group i've joined called "United Malaysia Vlog Channel" (UMVC)

Posted on Khamis, Januari 05, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

04 Januari 2012

Tajuk Pemindahan Organ dari Perspektif Islam
Disiarkan pada 27-12-2011
Kategori Penerbitan
Penerangan Disiarkan pada : Disember 2011

Buku ini diterbitkan bertujuan memberi penerangan kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam mengenai beberapa persoalan utama berkenaan pemindahan organ. Antaranya “Adakah pemindahan organ sama dengan perbuatan menyeksa mayat?

Buku ini diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris oleh Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian Perkembangan Perubatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Ilmuan, Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Pusat Sumber Transplan Nasional. Panel semakan termasuk pakar dalam bidang fiqah dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Dimuatkan juga kata-kata aluan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah JAKIM.
”hukum

Posted on Rabu, Januari 04, 2012 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

02 Januari 2012

Semalam aku singgah rumah kawan aku dan oleh kerana melayan aku sebagai tetamu, amatlah penting untuk tahu tempat makan yang menarik. Dan kemudiannya dia membawa aku ke satu tempat makanan yang sedap, Restoran En.Tan : Kopitiam Muslim'.
Lokasinya agak stratergik walaupun bersaing dengan gerai-gerai yang lain sekitar perumahan flat sekitar Sri Rampai, Setapak.
”signboard
Pekerja daripada negara luar, semasa kami minta order pun ada juga bertanya macam mana masakan ini itu, rasa ini rasa itu.. Walaupun bahasa melayu kurang jelas tapi boleh di fahami la.
Setelah seketika memilih menu makanan dan aku memilih menu :-
”fried
Fried Dumpling (RM4.50/3pcs) : Menurut pelayan tu ada ketam, ayam, apa-ntah, tapi rasanya cam isi nugget atau bebola ayam yang di lenyek jer..tapi boleh di makan lagi. Ingatkan karipap.
”chicken
Menu utama; Chicken Chop with Fried Rice (RM12.90) : Sos black pepper dia okay, tapi aku suka banyak sos skit, nasi goreng pun okay; tak masin, tak tawar, just nice..overall-nya okay la....

Selepas makan tu Taukey, Encik Tan tu datang bertegur sapa dengan kawan aku tu, jadi aku turut mendengar la apa yang dia cakap.
Menurut beliau, resipi masakan tu hanya dia jer yang pegang; semua rempah tu memang dia sediakan awal-awal, pekerja dapur hanya masak jer...Segala bahan mentah pun dia yang pergi beli...

 Nanti ada ikan bakar self-service lak...

Nota : Aku suka masakan cina coz kurang rasa masin, pedas dan rasa natural.

Posted on Isnin, Januari 02, 2012 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...