Situasi : Potong Barisan
Tempat : Pusat Beli Belah Tempatan
Pelaku : Remaja Perempuan Berkacamata Bingkai Putih.
Masalah : Potong Barisan.
Semasa aku meminta pekerja untuk menimbang beberapa barang, tetiba muncul seorang remaja perempuan maybe awal 20-an terus meletak barang timbanganya atas penimbang tersebut. Pekerja tersebut tengah membetulkan sticker harga.
Dalam hati mahu jer sindir, aku rasa darah dah naik kepala. Sabar. Relaks dulu. Kalau pekerja tu timbang barang perempuan tu, baru aku bersuara.

Nak dijadikan cerita, barang timbangan perempuan tu terjatuh coz plastik penuh.

Dia pun keluar ayat ni,"ops sorry".

Dalam hati dah, "Hah! Nasib ko!"

Selepas pekerja tu membersihkan tumpahan tu, terus dia alihkan barang tu dan meneruskan menimbang barangan aku. Bagus la kan. Beratur kena ikut GILIRAN.

Perempuan tu pun meletakkan barang selebihnya dan berlalu. Dan aku tak amik kisah.

Nota : Walapun kamu tu seorang perempuan, sila cuma sedikit tertib.

Published with Blogger-droid v2.0.1