Pagi tadi baru jer tengah siap-siap sample Tanduk Rusa (Grinded) untuk buat test mikrobiology, tetiba bunyi telipon Unknown Number mengganggu ketenangan makmal..

Unknown : (Dengan suara agak tidak Melayu asli) "Hello, Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil"
Aku : Hello
Unknown : Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil, Ini No.SIM 01484xxxx4 kan?
Aku : (Dalam hati..) Pffttttt.....dan terus letak..LOL!

Menurut dari kawan kat Facebook sambungan dia camni lak :-
"Tahniah Cik, anda telah memenangi cabutan bertuah RM10,000..."
Dia kata diorang mintak nombor Bank.

Aku harap tak baca la Tajuk Utama Akbar yang bertajuk :
"Seorang xxx telah kerugian RMxx,xxxx kerana terpedaya dengan panggilan cabutan bertuah"

Nota : Tak sempat nak tanya mamat Unknown Poweroot tu 'Dah makan ke belom'?