Quick Post:
Petang tadi selepas kerja aku dan kawan sekerja ronda-ronda ke kampung berhajat untuk mencari PETAI dan DURIAN. Sekarang ni sudah di kira akhir musim Durian dan Petai. Jadi, Mama aku pun memang minat dengan petai ni, ia menjadi alasan yang kukuh la untuk aku mencari petai!
Ronda punya ronda akhirnya singgah la satu kedai Kakak Kelantan yang menjual buah Durian, Manggis, Cempedak dan Petai.. 
Durian kat kampung ni memang amat murah, RM1.50 per kilogram jer. Kawan aku beli dalam 10 Biji.
Aku lak beli Petai satu ikat penuh, ada hampir 100 keping dengan harga RM30..okay la. berbaloi gak. 
Since kawan-kawan aku nak balik kampung masing-masing, jadi bahagikan la buah tangan Petai jer yer..

Sekarang misi untuk MMBUAT JERUK PETAI ! supaya tahan lama. Maklumlah untuk mendapat petai ni memang agak sukar dan limited. Petai ni boleh di kira hasil hutan jugak since persekitaran sini memang hutan.