Kita familiar dengan lampu fluorescent, lampu LED, lampu kristal dan lampu isyarat. Tahukah semua, dengan simple teknologi dan idea dari sesetengah orang, AIR juga boleh menjadi sumber tenaga cahaya yang mampu menerangi sebuah bilik (dengan bantuan pantulan Cahaya Matahari) bersamaan dengan 50-60-watt mentol!
Fungsinya mudah. Isi lebih kurang 1 Liter air ke dalam 1 Botol plastik. Campurkan sedikit peluntur (bagi memastikan air itu sentiasa jernih dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma). Letak di atas bumbung rumah dengan 1/3 bahagian botol berada di luar. Dan biarkan cahaya matahari (maybe cahaya lain) memantulkan cahaya ke dalam seluruh bilik!
Di adaptasikan oleh seorang pelajar daripada Massachusetts Institute of Technology menumpukan pada "appropriate technologies," Lampu Botol Solar ini telah di pasang sebanyak 10,000 botol seluruh Filipina dengan bantuan organisasi Isang Litrong Liwanag ("A Liter of Light").
Rujukan:
Plastic Bottle Light Bulb
How Stuff Works
50 Watt Light Bulb
Plastic Bottle Bulb