Alhamdulillah.
Setelah seminggu ditugaskan (Lapor diri dan berkenalan dengan Cawangan KL) di 'HeadQuarter' KL, akhirnya aku kembali ke cawangan Raub semula! Bersama 2 orang rakan sekerja.
Suasana memang amat beza. Bergantung kepada individu sendiri la..
Sepanjang 1 minggu di KL, aku kena:-
  • Kerja start jam 9 pagi tapi kena bertolak awal dalam jam 7 pagi. Sampai di tempat kerja dalam jam 8.15 pagi. (Pergi Matahari terbit, Balik Matahari terbenam)
  • Berkurung dalam LRT, bersesak dengan jem jalan raya, dan dalam LRT.
  • Bersarapan di tempat kerja.
  • Bak kata kawan aku,"Nak gi kerja stress jem, kat kerja pun stress, balik kerja pun stress jem".
  • Di KL aku memang kekurangan air, kena beli air mineral coz tak tahan telan air paip yang di masak. Maybe coz filter paip dah lama. Rasa agak berkeladak..
  • Perbelanjaan KL memang agak tinggi, semuanya perlukan duit. bagi aku yang tak seberapa ni maybe tak tahan la walaupun 1 minggu jer merasa suasana kerja di KL.
  • Aku kena ulser coz kurang air dan terdedah aircond 9pg-5pm. Sakit bila kena kat lidah dan gusi.huhuu
 Di Raub pula, tak dapat komen lagi coz baru jer ahad baru ni sampai sini, rumah yang disediakan pun belum sempat kemas semuanya. Apa pun selesa la, di kelilingi suasana hijau, tenang, Dengan kemudahan Internet as Other World. Its OK for me.

p/s : Tengok 1 minggu di sini camne baru leh komen.

Nota : Menikmati kemudahan di Raub sebelum pertama kali jejak kaki dan bermastautin di Perlis tahun depan!