HALFEST 2011 atau Halal Fiesta merupakan Pesta Halal Malaysia yang pertama diadakan pada 2011 ni. Ia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pada 12-16 Oktober 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

ha;fest_homosapiensz[dot]com

Jadi sesiapa yang mempunyai kelapangan, ingin tau dah masa terluang boleh lah datang ker Pesta Halal Malaysia ni! Memang kita tau yang industri halal merupakan industri yang penting bagi makanan terutama bagi umat islam kerana ia menitik beratkan isu kebersihan dan kesihatan.

Untuk Maklumat lanjut boleh layari Laman Web HalFest ni.

Tak pasti ada artis tak, tadi bukak web tu ada gak terkeluar kat celah page tu muka Siti Nurhaliza, Shiela Majid, Ziana Zain dan Upin Ipin. (Amboi! sebut artis terus bukak mata yer… tapi betul la..aku ada nampak muka artis tu celah page..tengok la sendiri yer..)

Nota : Kalau nak jupe orang yang bajet artis ada gak! Try cari Booth TPM Biotech Sdn. Bhd (Booth 1009 dan 1112). pastu intai la Ixbarr Abdullah (Aku), Nazreen dan Haliza yer (Coursemates STCA RAUB)…Insya-allah esok (15/10/11) kitorang akan jaga Booth TPM Biotech tu.. Jumpa di sana!!

p/s : thanks bagi yang komen entry lepas pasal First Job (Official) tu, nanti aku jejak balik yer blog korang bila line internet dan kerja dah okay skit.. Untuk Pengkomen entry lepas2 pasal tutorial aku tak approve lagi coz nak singgah balik blog korang. (kan dah cakap blogger ni bajet artis, datang lah PWTC esok nak mintak autograph yer…)