Semalam, 26/08/11 sekitar jam 11:30 malam, aku sedang membonceng motorsikal, baru je pulang dari kedai coz Mama kirim beli telur dan roti. Biasalah kalau bawak motor tengah hujan rintik-rintik di malam hari agak ralit (leka) juga la. Aku bawak terus jer sampai aku perasan dari jauh ada beberapa orang seolah  melambai-lambai jer sambil menjerit suruh berenti. Aku pun segera menekan brek secara kecemasan. 

Oleh kerana jalan raya yang licin, brek begitu jer memang tak berkesan, dah brek pun tayar masih menggelincir menghala ke sebatang pokok yang tumbang tengah jalan tu...huhu~ Nasib baik ler tak masuk terus dalam pokok tumbang tu, tapi tak berapa nasib baiknya aku yang jatuh atas jalan raya tu. Tersungkur.
[Kamera hanset jer] Pokok yang tumbang, habis pecah telur yang Mama kirim..huhu~
 Sesudah tersungkur atas jalan raya, nasib baik la pakai helmet dengan selamat dan aku cuma menongkat dagu jer kena jalan. Nasib aku entah la nak kata baik ke tak. Menurut penduduk yang ada sekitar tu, ada sebuah kereta yang memang tak perasan langsung pokok tumbang ni dan terus..zaaassss!! masuk celah tu....!!

Nak tunjuk luka jer...Takde feeling gaya model yer.
Inilah hasilnya yang aku dapat pada malam tu ..hehe~ aku ni memang slalu bergambar...Sabar jer la yer~
Masa aku jatuh tu, aku terduduk jap, nak redakan bengang kepala dan sakit rahang aku. Motorsikal cuma pecah cermin dan lampu jer. Tapi boleh bawak lagi balik rumah melalui jalan kampung lain..

Selepas balik rumah tu, biasa la..terus masuk bilik capai kamera digital dan terus snap..snap..snapp...! Selepas snapp..snapp..tu baru ler aku cek luka tu teruk ke tak.. Nampak luka kat tangan ok jer..basuh dengan air suam jer..tapi kat dagu jer yang agak dalam..So Mama cadangkan aku pergi jahit luka di Hospital Sultanah Nur Zahiran Bahagian Kecemasan.

Sampai jer sana, daftar kat kaunter dengan bayaran RM1 jer..tunggu kejap jer then terus dipanggil masuk bilik. Kemudian Doktor tu soal siasat jap. (Dan aku menjawab dengan jujurnya, ada lesen, pakai helmet) . Kemudian cek luka bahagian dagu aku, tekan-tekan skit dan memang kena jahit la.
Baru sampai rumah.. Nurse tu tampal lagi taknak terdedah masa perjalanan. Luka pun aku rasa dah bersih dah
 Nurse pun amik masa skit siapkan barang-barang untuk jahit dan cuci luka, kemudian bermula lah sesi menjahit, letak ubat bius skit. Masa nurse tu jahit agak gak rasa macam jarum halus masuk dalam kulit ni, Tapi rasa tu kejap jer lepastu Nurse tu terus ikat jahitan.
Dagu aku ni memang tak rasa sakit langsung sejak jatuh motor tadi, rasa kebas lagi...so, bila nurse tu cek kedalaman luka, cuci luka dan cucuk ubat bius, memang tak rasa sakit sangat la.

Selepas jahitan ke-2, aku bertanya kepada Nurse tu,"Kalau saya amik gambar ke video ke boleh tak?" (aku memang dah prepare kamera digital dalam poket ni..siap dah On)
Nurse tu pun menjawab dengan sopannya,"Tak yah la dah nak habis ni, lagipun memang kami tak benarkan amik gambar sini"
(dengan agak kecewanya, aku masukkan balik kamera dalam poket..)
Aiiseyy!! melepas korang nak tengok aku kena jahit luka buat kali pertamanya...huhu~
3 Jahitan...camtu ke orang kira??
 Tada! Jahitan luka aku yang pertama!! 02/10/11 ni kena gi memana klinik untuk bukak jahitan ni..

Nota : Baik betul pakcik rumah tepi tu, sanggup tolong kutip telur yang masih berisi dan boleh diselamatkan untuk bagi kat aku bawak balik, walaupun aku tinggalkan gitu jer..

p/s #1: sakit rahang lagi nak mengunyah ni...huhu.kena kunyah perlahan-lahan la...
p/s #2 : Jambu lah aku kena cukur janggut sejemput ni....hehe
Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com