Beskal oo..Beskal...
Sekarang ni aku tengok dah jadi trend budak-budak muda menunggang basikal. Nampak cam mahal-mahal lak setiap satu. siap ada kelip-kelip lagi. Ia memang lah satu budaya yang bagus, sihat tapi yang menjadi tak eloknya menurut pemerhatian aku ler adalah Etika Berbasikal dengan Selamat.. Pernah aku jejalan kat Bandaraya Kuala Terengganu ni, agak ramai ler bebudak menunggang basikal secara berkumpulan. Masa Hari Malaysia baru ni, siap ada pakai bendera Malaysia lagi..Bagus...bagus..Patriotik ler jugak seposen....

 Nak berbasikal memang bagus. Masa kecik-kecik pun aku suka berbasikal. Masa kat Kampus sebelum dapat lesen motor pun aku berbasikal jer. Tapi aku kerap tengok Mat-Mat Beskal yang bergerak secara berkumpulan ni macam mengabaikan keselamatan mereka. Memakai pakaian gelap. Setakal lampu -'LED' yang kelip-kelip mana ler orang perasan sangat memalam ni. Ada sekali tu aku tengok mat beskal berkumpulan selamber dekk jer main-main tengah jalan.. Kalau kena langgar for sure la bukan diorang yang salah walau hakikatnya salah diorang...

Jadi untuk semua yang suka berbasikal. Berhati-hati di jalan raya. Hormati pengguna jalan raya lain.

Nota : Ix rasa Mat-Mat Beskal yang berlagak main tengah jalan ni macam nak menunjuk-nunjuk jer la...Mat Beskal jenis camtu maybe leh jadi Bakal Mat Rempit kot..Atau Mat Rempit dah tukar jadi Mat Beskal coz maintenance motor tinggi skit dari beskal...